top of page
Writer's pictureNorman Abdullah

Antara Cara Untuk Meningkatkan Skor Kredit Anda



Berikut ialah panduan ringkas tentang cara meningkatkan skor kredit anda!


1. Kemas kini maklumat peribadi


Ia mungkin kedengaran mudah, tetapi mengemaskini maklumat peribadi anda, seperti alamat kediaman yang lapuk boleh membuat perubahan, jadi semak dan pastikan agensi pelaporan kredit mempunyai butiran terkini anda.


2. Dapatkan kad kredit


Antara cara untuk membina skor kredit yang baik ialah dengan mendapatkan kad kredit. Namun tips ini hanya untuk perkara kecil seperti barangan runcit, minyak kereta yang mana anda perlu membayarnya secara konsisten setiap bulan. Ini akan meningkatkan skor kredit anda dalam masa yang singkat!


3. Bayar bil dan hutang tepat pada masanya


Memandangkan sejarah pembayaran anda membentuk 45% daripada skor anda, berusahalah untuk membayar bil dan hutang anda tepat pada masanya. Anda tidak perlu membayar hutang sekaligus namun membayarnya secara konsisten setiap bulan pasti akan memberi manfaat kepada anda.


4. Semak tabiat pembayaran balik mereka yang mempunyai kaitan dengan kewangan anda


Adakah anda pernah bersetuju untuk menjadi penjamin seseorang? Adakah anda berkongsi bil dengan orang lain? Adakah anda mempunyai kad kredit tambahan? Berhati-hati dengan mereka yang mempunyai kaitan kewangan dengan anda kerana tabiat pembayaran balik mereka yang lemah boleh menjejaskan skor kredit anda.






13 views0 comments

Comments


bottom of page