top of page

 PERSONAL LOAN SEGERA 2024

Permohonan 24 jam terkini tahun 2023.Pendaftaran dibuka dan kelulusan segera. Berpengalaman lebih 10 tahun bersedia bantu anda memiliki loan peribadi dengan mudah dan pantas.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
Business Meeting

PERMOHONAN LOAN ASYIK #REJECT 

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
Business Partners at Work

Untuk info & pertanyaan,sila hubungi

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

KENAPA PINJAMAN PENTING UNTUK ANDA 

PERUBATAN

Mengambil pinjaman peribadi untuk membayar kos perubatan segera lebih baik daripada tunggu dan bimbang bagaimana aku membayar kos perubatan sahaja

PENGUBAHSUAIAN RUMAH

Penambahbaikan dan ubah suai kediaman, pemindahan dan lain- lain faktor memerlukan kos tambahan segera.

PENYATUAN HUTANG

Menyelaras dan menyatukan semua hutang sedia ada di dalam satu akaun mudah

PERKAHWINAN

Pinjaman peribadi dapat mempercepatkan tarikh perkahwinan atau lain-lain acara segera.

APA KATA MEREKA 
TESTIMONI PARA CLIENT

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

“Tak perlu turun naik bank lagi, semua di hujung jari. Process permohonan betul mudah tambah lagi bila masa terdesak”

Amira Helmi

Kakitangan Kerajaan

White Feather

UPDATE TERKINI DARI LOAN BANK CENTRE

MISI KAMI MEMBANTU PERMUDAHKAN URUSAN PINJAMAN UNTUK KEGUNAAN PERIBADI ANDA

Legal Research and Writing

DIVIDEN ASB 2019: CARA PENGIRAAN DIVIDEN, BONUS & ZAKAT ASB

Berikut pengumuman rasmi dividen ASB 2019.

Dividen  ASB 2020 akan diumumkan penghujung tahun depan.

Turut dikongsikan cara-cara pengiraan dividen,bonus dan zakat ASB sebagai rujukan anda.

Untuk makluman,pengumuman dividen ASB 2019 boleh ditonton secara langsug dipage rasmi Amanah Saham Nasional Berhad.

Bagi Tahun 2019,Pengagihan dividen ASB adalah sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit membabitkan pengagihan RM9 bilion.

Sebelum itu mari kita imbau kembali sejarah pengagihan pendapatan dividen dan bonus ASB tahun-tahun sebelum ini.

2018 — 6.5 + 0.5 sen / unit

2017 — 7.0 + 1.25 sen / unit

2016 — 6.75 + 0.5 sen / unit

2015 — 7.25 + 0.5 sen / unit

2014 — 7.5 + 1.0 sen / unit

2013 — 7.7 + 1.0 sen / unit

2012 — 7.75 + 1.15 sen / unit

Bagaimana pula dividen ASB 2019?

Ramai yang menjangkakan penurunan dividen berikutan prestasi ekonomi dan saham yang suram di Malaysia dalam tempoh setahun ini.

Namun berdasarkan rekod sepanjang lima tahun lalu, walaupun KLCI memberikan pulangan negatif, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.

PENGIRAAN DIVIDEN ASB 2019

Berikut dikongsikan cara pengiraan dividen ASB terkini.

Pengiraan di bawah berdasarkan dividen ASB 2017 di mana pengagihan pendapatan 7 sen + 0.25 sen bonus + 1.0 sen bonus ulang tahun PNB (terhad 10,000 unit pertama sahaja).

Agihan dividen biasanya dikreditkan ke akaun pelabur pada Januari tahun berikutnya.

Cara pengiraan dividen ASB adalah seperti berikut:

Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan

BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)

BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)

Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh

Maknanya bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM825.

Manakala bagi purata BMB 12-Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.

Baca: ASB vs Tabung Haji Mana Lagi Untung?

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB 2017 beliau:

= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500

Bonus Ulang Tahun ASB

= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100

Maka secara tak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Ali.

= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Tahun
= RM14,500 + RM100
= RM14,600

Ali boleh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau untuk akaun ASB melalui MyASNB yang dibuat melalui sistem atas talian.

PENGIRAAN ZAKAT ASB

Zakat diwajibkan ke atas pelaburan di ASB.

Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi “كل مال نام فهو وعاء للزكاة” yang bermaksud “Setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat”.

Pelaburan yang dibuat di ASB, adalah bertujuan untuk mengembangkan harta dan mendapat pulangan berupa keuntungan yang diperolehi menerusi dividen, bonus dan pendapatan ASB setiap tahun.

Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5%.

Situasi #1 – Pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri

Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formulanya adalah seperti berikut:

[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen @ Pendapatan ASB] x 2.5% (Kadar Zakat)

Contoh (i):
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 14,600 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,365

Contoh (ii):
RM 15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 1,187.50 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 16,187.50 x 2.5%
= RM 404.68
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 405 (setelah dibundarkan).

Situasi #2 – Pelaburan dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank

Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Adapun bagi modal pelaburan, tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan. Formula kiraan adalah seperti berikut:

Dividen @ Pendapatan ASB x 2.5%

Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB dengan menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.

Kes 1: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama dari RM 200,000 = RM 14,600
= RM 14,600 x 2.5%
= RM 365
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 365

Contoh (ii):
Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
= RM 3,725 x 2.5%
= RM 93.12
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 93

Dalam contoh (ii), nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2017 iaitu RM 14,083. Mengapa dikenakan zakat juga? Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh (ii) di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.

Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat *TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.

Kes 2: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.

Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama) = RM 14,600
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 14,600 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM 1,412
= RM 1,412 x 2.5%
= RM 35.30

Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 35.30. Situasi kenaan zakat ini adalah sama seperti contoh (ii) dalam Kes 1 di atas.

Contoh (ii):
Modal Pelaburan Maksimum RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama 15 tahun)
= RM 401 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 4,812
= RM 3,725 (dividen/pendapatan ASB) – RM 4,812 (bayaran semula pembiayaan)
= (-) RM 1,087

Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Situasi #3 – Perolehan selepas penyerahan semula sijil pembiayaan pelaburan ASB

Sebahagian pelabur menggunakan kaedah membuat pembiayaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) dan menyelesaikan bayaran baki pembiayaan untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan.

Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.

Contoh (i) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:

[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%
[RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 14,600 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 36,602.61
= RM 36, 602.61 x 2.5%
= RM 915.06
Zakat dikenakan adalah RM 915

Contoh (ii) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.
[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 14,600 (nilai dividen semasa ASB)] = RM 214,600
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Zakat dikenakan adalah sebanyak RM 5,365

Dengan penjelasan ini, diharapkan agar dapat memberikan manfaat dan kefahaman yang jelas kepada para pelabur dan muzakki. Semoga Allah Ta’ala menerima segala amalan dan kebaikan yang dilakukan dan menjadikannya sebagai pemberat mizan di Hari Pembalasan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
Image by Christina @ wocintechchat.com

ADAKAH PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN DIKIRA SEBAGAI 'AH LONG'?

Terdapat kes terkini di mana lintah darat mengenakan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap kelewatan selama 30 minit bukanlah berita yang ditokok tambah. Kes ini benar-benar berlaku kepada seorang agen insurans yang meminjam RM3,000 dan telah membuat bayaran penuh. Tetapi, lintah darat tersebut meminta RM1,500 atas alasan kelewatan. Lintah darat tersebut mengugut untuk mencederakan peminjam tersebut dan keluarganya. Situasi sebegini kelihatan mengarut, tetapi ini adalah realiti. Perkara ini telah mencetus kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pinjaman Wang Berlesen vs ‘Ah Long’

Ramai yang keliru dengan tanggapan umum bahawa semua pemberi

pinjaman wang adalah ‘Ah Long’ atau lintah darat yang mengenakan faedah yang tinggi. Malah, terdapat pemberi pinjaman yang sah dan dikawal selia oleh pihak kerajaan, yakni Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT baru sahaja melancarkan inisiatif untuk penjenamaan lesen berdaftar sebagai ‘Komuniti Kredit’ bagi mengubah pandangan masyarakat dan memberikan pendedahan mengenai kemudahan pinjaman yang selamat.

Harus diingatkan bahawa pinjaman wang tidak dikawal selia olah Bank Negara. Oleh itu, jika ada pemberi pinjaman yang mempamerkan lesen oleh Bank Negara, kemungkinan besar itu adalah lesen palsu. Berikut adalah contoh lesen palsu.

Hari ini kami ingin mendedahkan perbezaan antara ‘Ah Long’ dan Pemberi Pinjaman Berlesen yang mengikut peraturan, yakni Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (MA). Jadual di bawah mempamerkan perbezaannya.

LINTAH DARAT/ AH LONG

— Tiada sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Mereka tentukan segala peraturan.

— Tiada lesen.Sekali lag,mereka tentukan segala peraturan sendiri.

— Lazimnya adalah sepuluh-tiga dimana 30% kadar faedah setiap bulan.Mereka juga boleh menentukan kadar faedah sesuka hati.

— Mungkin terdapat bayaran tersembunyi yang mereka akn tentukan sendiri.

— Tiada perjanjian yang dikemukakan.

— Tiada kawal selia dan mereka akan membuat iklan sesuka hati.

— Mereka akan memegang dokumen peribadi seperti IC, pasport, kad bank dan sebagainya sebagai deposit keselamatan.

— Contoh peras ugut seperti melempar cat merah, mengganggu dan mengugut ahli keluarga.

— Mereka menetapkan bayaran sesuka hati.

— Peminjam tidak dibenarkan membuat penyelesaian pinjaman awal kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.

KRITERIA

— Dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

— Lesen

–Kadar Faedah

— Lain-lain Bayaran

— Perjanjian Pinjaman

— Pengiklanan

— Cara Memohon

— Cara Mengutip Hutang

— Bayaran Untuk Kelewatan

— Penyelesaian Pinjaman Awal

PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN YANG MEMATUHI AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951

— Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

— Seksyen 5(2) daripada Akta Pemberi Pinjam Wang mewartakan bahawa mereka perlu memperbaharui lesen setiap 2 tahun.

— Maksimum 12% setahun (pinjaman terjamin) dan 18% setahun (pinjaman tidak terjamin)

— Mengandungi pengesahan dan yuran guaman, yuran semakan kredit dan duti setem.

— Perjanjian pinjaman akan disahkan oleh pihak ketiga seperti Peguam, Pegawai Undang-Undang atau Suruhanjaya Sumpah.

— Di bawah Seksyen 11 Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka perlu memohon permit untuk pengiklanan. Di bawah Seksyen 27A Akta Pemberi Pinjam Wang, mereka dilarang untuk mengupah agen atau penyampai maklumat.

— Proses dokumentasi asas pinjaman merangkumi semakan latar belakang menggunakan dokumen seperti salinan IC,Slip gaji,penyata bank,KWSP dan lain-lain.

— Mereka akan menghantar peringatan, mengupah pemungut hutang, mengeluarkan surat permintaan, mengeluarkan senarai hitam pada CTOS atau menawarkan perkhidmatan kaunseling AKPK.

— Caj adalah antara 3-5% untuk pembayaran lewat.

— Ya, mereka membenarkan penyelesaian pinjaman awal.

Kami ada beberapa petua tambahan untuk melindungi diri anda daripada berurusan dengan ‘Ah Long’. Jadi jangan terhantuk, baru tengadah ya.

Petua Untuk elak daripada berurusan dengan “Ah Long”

Petua 1: Semak nombor SSM syarikat peminjam wang di laman web KPKT

Petua 2: Periksa sama ada mereka memaparkan lesen mereka di pejabat mereka adalah yang dikeluarkan oleh KPKT, bukannya BNM.

Petua 3: Pastikan urusan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, terutamanya kadar faedah tidak melebihi 18% setahun dan pergunaan perjanjian pinjaman yang sah

Kesimpulan

Pastikan anda hanya memohon pinjaman dengan institusi kewangan yang anda percayai. Cara terbaik adalah untuk mendapatkan pinjaman dari bank. Walau bagaimanapun, peraturan bank berkenaan kelulusan pinjaman adalah amat ketat terutamanya jika berkaitan dengan skor kredit. Jika anda ingin mengetahui cara terbaik untuk meningkatkan skor kredit, anda boleh rujuk artikel kami.

Jika anda berpendapatan rendah atau tiada skor kredit, satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman yang selamat adalah daripada koperasi/ yayasan yang sah atau pemberi pinjaman wang yang berlesen. Jika anda memerlukan bantuan kewangan, semaklah kelayakan pinjaman dengan percuma melalui Direct Lending, platform pinjaman peribadi yang bekerjasama dengan koperasi, yayasan dan pemberi pinjaman wang berlesan yang kukuh, sah dan dipercayai.

Businesswoman with Mask
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

ADAKAH SIMPANAN TETAP ITU PERLU SEBELUM ANDA MELABUR?

BOLEH BUAT DUIT KE DENGAN SIMPANAN TETAP?

Simpanan tetap ni berbeza dari stok dan amanah saham. Pulangan yang anda dapat tidaklah tinggi sangat kerana kadar faedah yang dikenakan selalunya rendah, antara 3% hingga 4% p.a. (ataupun tinggi sedikit dari kadar purata). Tapi, kalau anda mahukan pelaburan yang kurang risiko, simpanan tetap lah jawapannya.


 Adakah Simpanan tetap ni lagi bagus ke dari akaun simpanan?

Jawapan dia boleh jadi YA dan TIDAK.

Ya, sebab simpanan tetap tawarkan kadar faedah yang lagi bagus dari akaun simpanan.

Purata kadar faedah bagi akaun simpanan adalah 1.2 p.a. (berdasarkan perbandingan di antara 30+ akaun simpanan bank utama di Malaysia pada bulan Jun 2019).

Tidak, kerana anda tidak boleh akses akaun simpanan tetap ni sesuka hati macam akaun simpanan. Kalau anda tiada duit simpanan kecemasan yang berasingan, anda haruskena lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan simpanan tetap. Sebabnya, wang dalam akaun simpanan tetap lebih susah untuk dikeluarkan berbanding wang dalam akaun simpanan ataupun pelaburan.

Warga asing boleh memohon

Antara simpanan tetap kat Malaysia ditawarkan kepada warganegara, penduduk tetap dan permohonan warga asing ialah simpanan tetap CIMB Bank. 

Warga asing yang berminat boleh memohon Deposit Tetap Matawang Asing. Simpanan tetap jenis ni selalunya ditawarkan sehingga tempoh 12 bulan. 

Tidak Sesuai untuk pelan persaraan

Simpanan tetap tidak boleh dijadikan sebagai salah satu pelan persaraan, kerana pulangan yang diberikan tak sebanyak skim persaraan yang lain. 

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
Business Meeting

5 KESILAPAN ASAS MENGURUSKAN WANG YANG BOLEH BUAT ANDA KOPAK DALAM SETAHUN

1) Anda gaji besar, duit berkepuk, tapi tiap2 bulan takde simpanan jangka pendek (emergency) dan jangka panjang (education/retirement/future). Bila tiba2 nak pakai duit, mula lah swipe kad plastik.

2) Komitmen dengan bank dah cecah 60% dari gaji, memang sengal la nak menyimpan, belanja hidup pun cukup2 jer kan

3) Takde buat bajet dan tak catat belanja. Kan dah cakap, bajet ni ibarat waze, kalau tak ikut boleh sesat, tapi kalau takde buat bajet langsung, lagi la kelaut.

4) Tak ada perlindungan pendapatan andai jadinya sesuatu pada diri anda. Bayangkan nasib anak2 anda kalau jadi apa-apa pada diri anda, takkan nak diorang hidup merempat tepi jalan, takpun bawah jambatan.

5) Duit pencen KWSP habis dalam setahun. Yang ni memang tak boleh buat apa lah. Bila yang tu dah jadi benteng last kita untuk teruskan hidup, yg tu juga kita cepat2 habiskan.

Keyboard and Mouse

KEYAKINAN KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA

Hubungi Segera,pendaftaran anda dijamin dirahsiakan dan segala permohonan pantas dan cekap.

loanbank3.jpg

APA KATA MEREKA

Lebih 3000 pelanggan telah berpuas hati dari servis serta kemudahan disediakan.

“Tak perlu turun naik bank lagi, semua di hujung jari. Process permohonan betul mudah tambah lagi bila masa terdesak”

Amira Helmi

Kakitangan Kerajaan

“Process loan cepat, senang berurusan. Submit document tunggu bank ambik masa dua hari sahaja terus pergi sign document ”

Sharul Hakimi

Kakitangan Swasta

“Pernah submit sendiri tapi tak approved dari bank, terpaksa cari iktiar lain, Submit di loan bank xpress dengan Puan Ain memang berpuas hati.”

Fadhil Zulkifle

Kakitangan Swasta

Kini 3000+ Permohonan Berjaya Diluluskan

Dedikasi, kerjasama dan kepercayaan membuat kami teguh kehadapan merialisasikan impian anda segera.

Dedikasi & profesional

Sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengurusan kewangan.

Shadow on Concrete Wall

TESTIMONI

testimoni 1.jpg
Bar Chart

Kenali Kami

Puan Ain

Consultant Private Loan Bank

Pinjaman Peribadi Cover Satu Malaysia 

38885439_109602839980457_5182315381963882496_o.jpg
Keyboard and Mouse

HUBUNGI KAMI

Business Partners at Work

Perlukan pertolongan berkaitan pemohonan loan? Klik button dibawah

Analysing the Numbers

PERLUKAN NASIHAT ?

MOHON ONLINE?

Borang permohonan online segera membantu mempercepatkan lagi proses permohonan.

loanbank3.jpg
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
bottom of page