Baru-baru ini, kami telah menyiarkan artikel produk dan servis yang dicukaikan di bawah SST, kali ini kami akan berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh berjimat lebih walaupun terdapat cukai SST.
#1 Semak Perbelanjaan dan Bajet Bulanan
Dengan wujudnya SST, saudah tiba masanya untuk anda menyemak dan merancang bajet bulanan dan perbelanjaan dan lihat jika terdapat perbelajaan yang anda boleh buang.
#2 Bayar Hutang Kad Kredit Anda
Selalu menangguhkan pembayaran anda akan merosakkan skor kredit anda. Pastikan anda membayar kesemua hutang kad kredit anda jika anda mahukan kadar faedah yang rendah dari kad anda. Jumpa kauselor kewangan di AKPK jika anda mempunyai masalah kewangan.
Jika anda tidak bayar bil anda, anda akan dikenakan caj denda. Anda boleh memilih kad kredit yang menawarkan tiada yuran tahunan. Alternatif lain ialah mendapatkan kad kredit dengan 0% baki.
#3 Simpan Baki Di Dalam Tabung
Sediakan tabung dan simpan duit baki anda terutamanya syiling; anda tidak akan tahu berapa banyak yang anda sudah simpan dan bagaimana mereka akan menolong anda pada masa akan datang.
#4 Bertukar Kepada Jalur Lebar Yang Lebih Murah Dan Laju
Jika anda menggunakan jalur lebar yang mahal, bertukar kepada yang lebih murah dan laju. Contohnya, pelan asas UniFi (RM79/bulanan untuk 30 Mbps), Pelan Turbo UniFi (percuma upgrade untuk pelanggan sedia ada), dan Maxis Home Fibre (RM89/bulanan untuk 30Mbps.
#5 Bertukar Kepada Pelan Postpaid
Walaupun pelan prabayar telah dimansuhkan SST, tetapi pelan postpaid masih lagi mendapat tempat di hati pengguna kerana lebih menjimatkan. Beberapa pembekal menawarkan SMS percuma, percuma 50min panggilan ke semua rangkaian dan banyak lagi yang ditawarkan dan tidak terdapat di dalam pelana prabayar.
#6 Buka Akaun Bank Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi
Anda memerlukan cara terpantas dan termudah untuk memperoleh duit tambahan? Buka akaun simpanan atau akaun deposit tetap yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
#7 Berbelanja Dengan Bijak Menggunakan Kad Yang Betul
Jadi pengguna yang tidak terlalu boros. Ikuti langkah di bawah;
Gunakan kupon dan ambil tahu promo-promo yang adaJangan berbelanja ketika anda lapar kerana anda akan membeli lebih daripada keperluan andaPergi berbelanja barang dapur bersendirian kerana anda boleh menjimatkan masa dan duitGunakan kad kredit yang betul terutamanya untuk membeli-belah dan membeli barang dapur
#8 Keluarkan Duit Dari ATM Pada Masa Yang Tepat
Yuran transaksi bank kini tidak dikenakan cukai. Minimakan pengeluaran anda seminggu sekali atau seminima yang boleh jika anda menggunakan MEPS kerana anda akan kehilanggan banyak ringgit disebabkan caj yang dikenakan.
#9 Jaga-jaga Dengan Cukai Rebat dan Tuntutan, Malah Ambil Tahu Subsidi dan geran yang Dikeluarkan Oleh Kerajaan
Jaga-jaga apabila anda failkan cukai pendapatan untuk mengelakkan terlebih bayar. Ambil langkah berjaga untuk cukai rebat dan tuntutan terkini. Anda boleh tuntut cukai seperti penjagaan anak atau yuran tadika, barangan penyusuan, yuran pendidikan tinggi, perbelanjaan pemeriksaan kesihatan, bil internet dan banyak lagi.
#10 Berhenti Mengamalkan Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
Mengekalkan kesihatan yang baik boleh mendorong kepada insurans kesihatan premium yang rendah terutama sekali jika anda berhenti merokok. Secara kasar, perokok seringkali perlu membayar lebih untuk insurans mereka.
Berhenti merokok juga boleh menjimatkan duit anda kerana harga rokok telah meningkat disebabkan SST. Anda mungkin boleh jimat hingga RM816 setiap tahun (jika anda membeli RM17/pek secara mingguan).
Comments