top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

3 Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam

Updated: Aug 18, 2022


Adakah anda tertanya tanya bagaimana cara untuk kira kelayakan pinjaman peribadi bank dan koperasi bagi penjawat awam? Berminat untuk mohon pinjaman bank dan koperasi tetapi tidak pasti syarat-syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan? Kali ini kami akan tunjukkan cara semak kelayakan pinjaman peribadi dan pengiraan jumlah maksimum pinjaman yang anda layak mohon.

3 Cara Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi


Semak syarat-syarat untuk mohon pinjaman peribadi bank dan koperasi


Sebelum anda memohon pinjaman peribadi sama ada dengan pinjaman koperasi atau bank. Pastikan anda ketahui syarat kelayakan untuk meningkatkan peratus kelulusan permohonan pinjaman anda. Setiap pembiayaan daripada bank atau koperasi mempunyai beberapa syarat tertentu.


I. Mempunyai Penyata Gaji


Syarat utama untuk untuk buat pinjaman peribadi adalah pemohon perlulah mempunyai penyata gaji. Secara amnya, penyata gaji digunakan untuk memastikan gaji semasa dan potongan sedia ada bagi tujuan mengira kelayakan pinjaman. Pemberi pinjaman selalunya memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan slip gaji terkini untuk memproses permohonan peminjam.

II. Mempunyai Jawatan Tetap


Kebanyakan pinjaman bank dan koperasi untuk kakitangan kerajaan memerlukan pemohon mempunyai jawatan tetap. Ini untuk memastikan pemohon mempunyai pekerjaan yang stabil.

III. Warganegara Malaysia & Belum Bersara


Untuk memohon pinjaman dari bank dan koperasi, pemohon perlulah seorang warganegara Malaysia. Selain itu, pemohon juga harus berumur 20 tahun hingga 59 tahun untuk membuat pinjaman. Kebanyakan pinjaman bank dan koperasi untuk penjawat awam menawarkan pinjaman sehingga 1 tahun sebelum umur bersara. Oleh kerana umur bersara di Malaysia adalah 60 tahun, pemohon harus berumur 59 tahun semasa membuat pinjaman.

IV. Pendapatan Kasar Minima RM1,500


Untuk memohon pinjaman, pendapatan kasar minima anda perlulah sekurang kurangnya RM1,500 termasuk elaun tetap.

V. Tidak Muflis


Syarat penting untuk membuat pinjaman adalah seorang individu itu tidak muflis. Jika anda disahkan muflis, ini bermakna anda tidak mempunyai aset yang cukup untuk membuat bayaran bagi hutang dan pinjaman sedia ada.

VI. Potongan Gaji Tidak Melebihi 60%


Satu lagi syarat penting bagi memohon pinjaman adalah potongan gaji sedia ada tidak melebihi daripada 60%. Ini kerana, jika potongan gaji melebihi 60%, ini bermakna komitmen dah tinggi dan kemungkinan tidak mempunyai wang mencukupi bagi perbelanjaan hidup. Namun, terdapat juga pinjaman koperasi yang masih menerima permohonan pinjaman peribadi potongan gaji lebih 60% ini. Sebelum itu, anda kena pastikan dulu jumlah komitmen dengan kira kelayakan pinjaman maksimum yang anda boleh mohon.


2. Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman peribadi


Setelah anda semak kelayakan pinjaman peribadi, anda perlulah sediakan dokumen untuk memohon dan membuat pinjaman bank atau koperasi. Hal ini kerana, salah satu faktor pinjaman koperasi ditolak disebabkan dokumen yang tidak lengkap. Selain syarat kelayakan dan kriteria peminjam, proses penghantaran borang dan dokumen sokongan juga kenalah lengkap. Barulah senang dan cepat permohonan pinjaman anda diluluskan.


I. Salinan Kad Pengenalan / IC


Anda perlu menampilkan salinan kad pengenalan anda sebagai bukti bahawa anda adalah pemohon yang memohon pinjaman peribadi tersebut. Pinjaman bank dan koperasi hanya menawarkan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia sahaja. Sebagai bukti bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia, anda perlu menampilkan salinan kad pengenalan. Pemohon hanya perlu sediakan 1 salinan kecuali untuk Koperasi Gemilang 1 salinan berwarna, 2 salinan hitam putih dan semua maklumat wajib kelihatan jelas.

II. Penyata Gaji 3 Bulan Terkini


Anda diminta menampilkan penyata gaji untuk mengesahkan jumlah gaji tetap yang diterima dalam tempoh tiga bulan yang terkini. Kebanyakan pihak bank dan koperasi memerlukan penyata gaji 3 bulan terkini ini disahkan oleh majikan.Pemohon yang bergaji tetap lebih daripada 3 bulan menujukkan kestabilan kewangan dan lebih mampu untuk bayar balik pinjaman berbanding dengan pemohon yang bekerja sendiri.

III. Surat Pengesahan Jawatan


Dokumen ini untuk mengesahkan status,tempoh perkhidmatan, jawatan dan gaji tetap pemohon dengan majikan pemohon. Surat pengesahan jawatan ini disediakan di atas surat kepala majikan

IV. Salinan Penyata Bank Terkini


Dokumen ini diperlukan oleh beberapa pihak koperasi untuk mengesahkan akaun bank tersebut adalah hak pemilik pemohon untuk pihak koperasi masukkan pinjaman dan ia membuktikan jumlah pendapatan yang diterima oleh pemohon daripada majikan setiap bulan.

V. Salinan Bil Utiliti


Terdapat beberapa koperasi yang perlulan butiran penggunaan elektrik atau air di rumah anda. Dokumen ini adalah untuk mengesahkan maklumat diri seperti nama dan alamat kediaman anda, terutamanya jika alamat kediaman anda adalah berlainan dengan alamat yang terpapar dalam kad pengenalan.

27 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page