Umum pasti mengetahui untuk membuat pinjaman dari sesebuah bank, bukanlah perkara mudah dan terdapat beberapa kriteria penting yang perlu diikuti antara salah satunya ialah jumlah pendapatan sesuatu individu. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis pinjaman peribadi untuk para individu yang mempunyai berpendapatan rendah yang terdapat di bank utama Malaysia. Hal ini kerana untuk mendapat sejumlah wang yang besar pada masa yang singkat untuk sesetengah individu bukanlah mudah dan perlu pelbagai prosedur untuk membolehkan jumlah pinjaman diluluskan terutama kepada individu yang berpendapatan rendah.
Adakah Saya Perlu Mempunyai Pekerjaan Tetap Untuk Membuat Pinjaman?
Jawapannya tidak tetapi ia juga bergantung kepada jenis bank dan tawaran pinjaman yang mempunyai syarat untuk meluluskan pinjaman hanya kepada individu yang mempunyai pekerjaan yang tetap atau pekerja yang datang dari sektor kerajaaan. Terdapat juga bank yang hanya menerima permohonan dari jenis perniagaan yang kecil atau pekerjaan sendiri tetapi perlu menunjukkan surat jaminan seperti borang pencukaian dan dokumen pendaftaran perniagaan.
Berapakah Jumlah Yang Boleh Dipinjam Dengan Pendapatan Yang Rendah?
Jumlah pinjaman yang boleh anda pohon secara umumnya berdasarkan jumlah pendapatan anda dan juga kadar minimum dan maksimum tawaran pinjaman yang diberikan oleh bank. Misalnya, anda boleh melakukan pinjaman dalam kadar RM1,000 ke RM150,000 atau lebih. Namun begitu perlu diingatkan semakin sedikit jumlah pendapatan anda, semakin sedikit jumlah pinjaman yang akan diluluskan.
Apa Yang Perlu Anda Ketahui Untuk Melakukan Pinjaman Bagi Yang Berpendapatan Rendah?
Jenis Takaful Insurans AndaJenis Kadar Pembayaran Balik Yang Lebih RendahPertimbangkan Kadar Yuran Pinjaman dan Kos Yang LainKeperluan Penjamin
3 Jenis Pinjaman Peribadi Untuk Individu Yang Berpendapatan Rendah:
#1 Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
Jika hanya memperoleh kurang dari RM3,000 dan anda boleh membayar kadar pinjaman selama 2 tahun, jenis pinjaman ini sangat sesuai untuk anda. Tambahan pula, tiada caj yuran tambahan dan jenis pinjaman ini boleh diluluskan dalam masa 24 jam. Selain itu anda boleh melakukan pinjaman dari minimum RM5,000 ke RM150,000 dan tanpa pembayaran awal akan dikenakan jika anda menjelaskannnya ke bank kurang dari 3 bulan. Jenis pinjaman ini dibenarkan kepada setiap individu yang bekerja sendiri atau sebaliknya.
#2 AmBank AmMoneyLine
Jika anda hanya mahukan pinjaman yang berjumlah yang sedikit, jenis pinjaman ini mungkin bersesuaian dengan anda dengan minimum jumlah pinjaman sebanyak RM2,000. Selain itu tiada sebarang yuran pengecasan dikenakan tiada pembayaran awal perlu dijelaskan jika anda memberi notis kepada bank dalam masa sebulan notis. Minimum pendapatan untuk membolehkan anda layak memohon pinjaman ini ialah jika pendapatan tahunan anda berjumlah RM24,000 atau RM2000 sebulan dengan kadar faedah berpurata 8%. Jenis pinjaman ini terbuka kepada setiap individu yang bekerja sendiri atau sebaliknya.
#3 CIMB Xpress Cash Financing-i
Jenis pinjaman ini sangat sesuai kepada para individu yang berpendapatan rendah dan minimum pendapatan sebanyak RM800 sebulan atau RM9,600 setahun. Anda boleh meminjam sehingga lapan kali jumlah maksimum. Jenis pinjaman ini juga adalah suatu pilihan yang bijak jika anda perlu wang dalam waktu kecemasan kerana boleh diluluskan dalam masa 24 jam. Namun begitu, kadar faedah jenis pinjaman ini adalah lebih besar iaitu kira-kira dari 18%-24% dan duti stem juga akan dikenakan. Jenis pinjaman ini dibenarkan kepada setiap individu yang bekerja sendiri atau sebaliknya.
Sumber: gobear.com
Comments