Kebanyakan orang yang memohon pinjaman adalah disebabkan mereka memerlukan wang tunai segera dalam tempoh masa yang pendek. Apabila anda terdesak untuk memilikinya, anda lebih mudah membuat kesilapan, yang menjadikan proses permohonan anda menjadi sukar.
Berikut adalah 4 tips yang berguna untuk mengelakkan kesilapan lepas berlaku lagi apabila anda memohon pinjaman peribadi:
#1 Jadi Realistik
Jangan terlebih membuat pinjaman, anda hanya perlu memohon pinjaman mengikut kemampuan anda dengan pendapatan bulanan yang anda perolehi.
Ketahui jumlah pembayaran balik bulanan dan hitung samada anda mempunyai wang yang cukup untuk membayar balik jumlah tersebut setiap bulan setelah membayar semua komitmen anda yang lain.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kelewatan pembayaran balik bulanan anda, ia akan mengakibatkan tambahan denda. Akibatnya, anda akan mengalami hutang yang bertimbun.
#2 Ketahui Sejarah Kredit Anda
Sejarah kredit ialah pemberi pinjaman akan dapat melihat dan mengkaji kelayakan anda untuk membuat pinjaman. Untuk memastikan anda mempunyai skor kredit yang cemerlang, pastikan semua hutang anda dibayar.
Sekiranya anda telah menangguhkan atau memungkiri sebarang jenis pinjaman, anda akan mendapat skor kredit yang buruk. Kemungkinan anda tidak akan dapat mengambil sebarang pinjaman.
#3 Jujur
Memandangkan untuk mendapat pinjaman peribadi kebanyakannya disebabkan oleh keperluan tunai yang mendesak, anda perlu memastikan permohonan dan proses kelulusan berjalan dengan lancar.
Menipu atau menyembunyikan maklumat tertentu boleh menjejaskan kelulusan pinjaman anda dan pastinya tidak akan membantu keputusan permohonan keseluruhan anda. Apa yang berlaku ialah ia akan melambatkan proses dan keputusan permohonan anda.
Untuk mengelakkan dari kelewatan, jangan menipu dan sediakan maklumat sebanyak mungkin. Beberapa dokumen biasa yang diperlukan untuk membuat pinjaman peribadi adalah:
Salinan kad pengenalan (dan yang asal jika memohon secara peribadi) dan pasport juga boleh diterima sekiranya anda bukan warganegara Malaysia.
Bukti Pendapatan: Anda perlu tahu samada bank memerlukan semua bukti berikut atau beberapa dokumen yang disenaraikan di bawah.
Slip gaji selama tiga bulan berturut-turut.
Kadang-kadang bank anda mungkin memerlukan sehingga enam bulan, bergantung kepada jumlah pinjaman.
Kad kredit / Penyata bank untuk membenarkan bank menyemak sejarah kredit anda.
Kenyataan KWSP untuk menunjukkan sejarah dan pendapatan pekerjaan anda.
Borang EA kerana ia mengandungi maklumat penting mengenai gaji anda; atau Borang B jika anda bekerja sendiri
#4 Semak Permohonan Anda
Sentiasa semak semula borang sebelum menghantar kepada bank. Ia akan membantu anda mengelakkan dari kesilapan, jika tidak, ia akan melambatkan permohonan anda atau menyebabkan permohonan anda ditolak.
Untuk mengelakkan risiko permohonan pinjaman peribadi ditolak, tidak salah bukan jika anda perlu menyemak dokumen semula. Lebih baik anda susah dahulu, daripada permohonan anda dilambatkan atau ditolak mentah-mentah.
Sumber : CompareHero.my
Comments