top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 Cara Pantas Membantu Meningkatkan Skor Kredit Pasangan Anda


Perancangan kewangan sangat penting bagi pasangan baik yang belum mahupun yang sudah berkahwin. Sebelum anda tinggal bersama, semak dan ambil tahu skor kredit pasangan anda.


Skor kredit yang rendah akan mendatangkan kesan buruk kepada akaun yang dibuka bersama pada masa akan datang. Jika anda dapati pasangan anda mempunyai skor kredit yang buruk, anda boleh lakukan lima perkara ini untuk membantu meningkatkan skor kredit pasangan anda.


Kemas kini maklumat peribadi anda

Kemas kini alamat, nombor telefon dan maklumat peribadi anda yang lain kerana alamat yang banyak akan merendahkan skor kredit anda dan menganggu proses anda membuat pinjaman.


2. Lepaskan diri anda daripada belenggu hutang


Elakkan daripada mempunyai masalah hutang, buat pembayaran balik tepat pada masanya dan sekiranya anda rasa tidak mampu membayar pada masanya, hubungi peminjam untuk membuat penjadualan semula bayaran balik.


3. Jangan biarkan syarikat mengejar anda


Bayar balik bil anda tepat pada masanya dan tunjukkan bahawa anda seorang pelanggan yang berdisiplin.


4. Semak hubungan kewangan anda


Jika anda berkongsi kad kredit dan bil, pastikan anda tidak terlepas pandang untuk turut melangsaikan bil dan pembayaran tepat pada masanya.


5. Bina kredit anda


Mungkin anda tidak pernah rasa akan keperluan menggunakan kad kredit tetapi kekurangan sejarah kredit mungkin memberi kesan yang negatif terhadap skor kredit anda.  Dapatkan kad kredit, nikmati ganjaran yang disediakan dan jangan lupa untuk bayar bil pada masanya.


Skor kredit pasangan yang buruk tidak akan memberi kesan kepada anda secara terus tetapi anda boleh membantu meningkatkan skor kreditnya dengan menjaga skor kredit anda. Nikmati hari-hari bahagia di alam perkahwinan dengan tenang tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang teruk.


Kredit : Compare Hero

5 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page