top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 Jenis Individu Yang Memiliki Kad Kredit


Kad kredit merupakan sejenis kad bank yang diperbuat daripada kadbod dan datang dengan had penggunaan pada setiap bulan. Dengan pengedaran masa, kad kredit telah berubah menjadi suatu kad keperluan bagi setiap individu yang memerlukan wang dalam kadar segera. Kini, anda hanya perlu membayar kadar peratus faedah dan baki bulanan dibawa ke bulan hadapan. Jadi anda perlu mengetahui LIMA (5) jenis individu yang wajib memiliki kad kredit:


#1 Anda  Seorang Yang Gemar Melancong


Jika kehidupan di atas kapal terbang menjadi pilihan anda, anda wajib memiliki kad kredit untuk memudahkan transaksi pembayaran dan tempahan tiket. Kad kredit pada zaman kini mempunyai tawaran kad kredit yang datang dengan tawaran pelancongan jadi anda boleh menggunakan kad kredit untuk mendapatkan tawaran diskaun tempahan tambang tiket  kapal terbang dan hotel. Namun begitu, tidak semua kad kredit mempunyai fungsi ini jadi anda perlu membuat pilihan yang bijak untuk tidak terlepas dari mendapatkan tawaran ini. Selain itu, kad kredit jenis ini juga mempunyai perlindungan dalam bentuk insurans seperti pembatalan tiket kapal terbang atau penangguhan perjalanan, kehilangan dan kelewatan bagasi serta penyakit dan kecederaan.


#2 Anda Kerap Menggunakan Kereta Untuk Bergerak


Dengan kadar turun naik harga petrol amat merisaukan anda, jadi terdapat suatu cara penyelesaian masalah untuk mengatasi isu ini. Anda boleh menyemak jenis kad kredit yang mempunyai tawaran terbaik menggunakan petrol dan peluang anda untuk menukar perbelanjaan harian anda kepada tawaran istimewa automobil. Hanya dengan membuat sedikit kajian dan pilihan anda akan dapat menebus pelbagai tawaran istimewa hanya dengan mengisi minyak kereta pada setiap hari. Terdapat juga jenis kad kredit yang datang tawaran stesen petrol tersendiri. Jadi kad kredit fungsi ini pasti akan dapat mengurangkan kos harian anda untuk pembayaran petrol dan anda akan dapat menebus tawaran diskaun serta hadiah istimewa.


#3 Anda Perlu Membayar Hutang Dengan Kadar Segera


Pernah dengar kad kredit yang membantu anda menyelesaikan masalah hutang yang makin bertambah dari hari ke hari. Jadi pihak bank telah memperkenalkan jenis kad kredit yang membolehkan anda menukarkan baki untuk mengetahui jumlah hutang anda dalam suatu kad. Langkah pertama, seragamkan semua jenis hutang anda dalam suatu akaun untuk memudahkan anda melakukan pembayaran. Kemudian, kad ini selalunya datang dengan sifar peratusan kadar faedah dan boleh membuat permohonan masa tertentu. Jadi pembayaran bulanan  anda akan mengurangkan baki kad kredit ini. Dengan ini dari menguruskan kadar faedah kewangan anda, terdapat peluang mudah untuk membayar hutang anda secara penuh.


#4 Anda Telah Menjadi Seorang Dewasa Yang Bertanggungjawab


Anda selalu membaca bagaimana melaburkan aset anda dengan cara yang betul dan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dengan mudah jadi anda perlu mempunyai pengurusan kredit kewangan yang bijak. Dengan cara ini, anda perlu mencari kad kredit yang mempunyai sifar tahunan pembayaran kad kredit. Anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar hanya untuk memiliki kad kredit jenis ini. Jika anda hanya menggunakan kad kredit anda hanya untuk pembayaran bulanan seperti bil telefon, pinjaman pelajaran dan bayaran gimnasium jadi dengan pembayaran tahunan kad kredit adalah tidak adil untuk anda kerana hanya menggunakan kad kredit secara minimum.


#5 Anda Seorang Yang Sering Membeli Belah


Anda  tidak boleh ketinggalan dengan perkataan “Jualan” atau “Diskaun” di kedai berhampiran. Rumah anda penuh dengan barangan membeli belah daripada pelbagai saiz dan jenama. Jadi anda memang tergolong dengan definisi kaki membeli belah yang kronik. Dengan ini jenis kad kredit pulangan wang, akan dapat menguntungkan anda untuk berbelanja tanpa membawa wang tunai dalam jumlah yang besar. Ia juga satu cara mudah dan cepat untuk menebus segala usaha selama ini. Siapa yang tidak menginginkan pulangan wang tunai yang dengan menggunakan kad kredit anda. Selalunya syarikat kad kredit akan menyatakan jumlah mata tebusan dengan setiap ringgit yang digunakan dan juga bonus tambahan jika anda membeli di sesebuah kedai, menjadikan kad kredit jenis ini menjadi pilihan ramai apabila mudah berbelanja dan pemberian faedah yang mudah difahami.


Kesimpulannya, setiap kad mempuyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jadi anda perlu menyemak terlebih dahulu sebelum menentukan kad kredit jenis yang sesuai dengan anda. Anda juga perlu bijak mengetahui peluang tebusan diskaun dan hadiah istimewa yang datang dari penggunaan kad kredit.




2 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page