top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 Langkah Berkesan Untuk Menangani Kecemasan Kewangan


Setiap satu daripada kita tidak akan boleh lari daripada kecemasan kewangan seperti bil hospital yang tidak disangka, keperluan di luar jangkaan untuk rumah anda, ataupun kerosakan kereta secara tiba-tiba. Kecemasan adalah sebahagian daripada hidup. Kita sebagai manusia perlu bijak menghadapinya.


Cara yang terbaik untuk menghadapi kecemasan adalah dengan menggunakan dana kecemasan yang telah anda kumpulkan (lihat rencana lepas untuk mengetahui cara membina dana kecemasan). Namun begitu, bagaimana pula jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan? Anda masih perlu menyelesaikan bil kecemasan tersebut! Jangan risau. Kali ini, kami akan kongsikan 5 langkah mudah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan kekangan kewangan yang anda hadapi.


1. Jangan cemas – fahami situasi dengan teliti


Berdepan dengan kecemasan kewangan tanpa ada simpanan yang cukup amat menakutkan. Tetapi, jangan sesekali biarkan emosi membelenggu diri kerana ia akan mempengaruhi keputusan yang anda lakukan. Lazimnya, keputusan yang dipengaruhi emosi akan memakan diri, terutamanya untuk jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu kekal tenang supaya boleh berfikir dengan rasional dan menilai situasi dengan terperinci.


Antara perkara yang perlu dinilai sewaktu menghadapi kecemasan kewangan adalah punca kecemasan, waktu yang ada untuk selesaikan masalah tersebut, dan jumlah wang yang diperlukan.


2. Kurangkan perbelanjaan dengan segera


Dengan kadar segera, kaji semula perbelanjaan anda untuk mengenal pasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan boleh diketepikan. Ini akan membantu anda untuk menyimpan wang yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.


Antara perkara yang boleh diketepikan bagi membentuk wang simpanan kecemasan adalah rancangan untuk pergi melancong, keinginan untuk membeli telefon bimbit baru, atau perhitungan untuk melanggan pakej gimnasium atau saluran filem tahap premium.


3.Mohon bantuan keluarga dan sahabat handai



Meminta wang dengan orang lain memang memalukan. Namun, dalam situasi kecemasan, bantuan orang yang dipercayai akan meringankan beban kerana kebarangkalian untuk ahli keluarga dan sahabat akan meminjamkan wang tanpa syarat dan faedah adalah tinggi. Mereka tidak akan mahu melihat anda menderita seorang diri.


Tetapi, harus diingatkan bahawa wang boleh menyebabkan malapetaka. Banyak hubungan yang terputus kerananya. Maka dengan itu, pastikan duit yang dipinjamkan tidak disalah guna dan selesaikan pinjaman dengan segera bagi elakkan bermasam muka.


4. Dapatkan pinjaman yang cepat dan berpatutan


Apabila dalam kesusahan, pasti ramai yang akan ambil kesempatan. Sebab itu anda tidak digalakkan untuk membuat keputusan yang dipengaruhi emosi. Sebaliknya, anda perlu bertenang dan berfikir dengan waras dalam membuat keputusan yang penting seperti membuat pinjaman peribadi.


Jangan sesekali membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berlesen walaupun mereka boleh memberikan wang dengan segera. Peminjam wang tidak berlesen akan membebankan anda dengan kadar faedah yang tidak munasabah. Selain peminjam wang tidak berlesen, dan juga harus berwaspada dengan agen pinjaman yang menawarkan pinjaman yang amat menarik, seperti kadar faedah serendah 3.99% dan hampir 100% bayaran keluar tanpa meneliti latar belakang kredit anda. Baca rencana kami mengenai perkara yang perlu diawasi sebelum memohon pinjaman agar anda tidak ditipu.


Lakukan perancangan untuk menghadapi kecemasan kewangan di masa hadapan


Apabila satu badai telah berlalu, badai yang lain pasti menanti. Oleh itu, adalah baik jika anda terus bersedia untuk menghadapi kecemasan kewangan yang pasti, akan kembali lagi di masa hadapan. Tubuhkan dana kecemasan yang kukuh supaya anda tidak akan terlalu sesak untuk menghadapi kecemasan yang seterusnya.


Rancang kewangan anda dan pertimbangkan untuk mengambil insurans yang anda boleh meringankan beban kecemasan yang melibatkan perubatan atau kemalangan.



0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page