top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 Langkah Berkesan Untuk Menangani Kecemasan Kewangan


(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 6 Julai 2019 dan dikemas kini pada 2 April 2020).

Kadang-kala perkara boleh berlaku tanpa diduga. Setiap satu daripada kita pastinya pernah melalui pengalaman seperti kecemasan kewangan. Sama ada seperti bil hospital yang tidak disangka, keperluan di luar jangkaan untuk rumah anda, ataupun kerosakan kereta secara tiba-tiba. Contohnya seperti pandemik COVID-19, ramai yang mungkin akan kehilangan pekerjaan atau rasa susah untuk hidup dengan kos kehidupan yang tinggi.


Cara yang terbaik untuk menghadapi kecemasan adalah dengan menggunakan dana kecemasan yang telah anda kumpulkan (lihat rencana lepas untuk mengetahui cara membina dana kecemasan). Namun begitu, bagaimana pula jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan? Anda masih perlu menyelesaikan bil kecemasan tersebut. Jangan risau! Kali ini, kami akan kongsikan 5 langkah mudah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan kekangan kewangan yang anda hadapi.


1. Jangan Cemas – Fahami Situasi Dahulu


Berdepan dengan kecemasan kewangan tanpa ada simpanan yang cukup adalah amat menakutkan. Tetapi, jangan sesekali biarkan emosi membelenggu diri kerana ia akan mempengaruhi keputusan yang anda lakukan. Lazimnya, keputusan yang dipengaruhi emosi akan memakan diri, terutamanya untuk jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu kekal tenang supaya boleh berfikir dengan rasional dan menilai situasi dengan terperinci.


Untuk memahami situasi dengan lebih teliti, tanya diri anda beberapa soalan ini. i) Apakah punca kecemasan ini? ii) Bilakah anda memerlukan wang tersebut? iii) Berapakah jumlah wang tunai yang anda perlukan? Dengan meneliti situasi kewangan anda terlebih dahulu dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih wajar.


2. Kurangkan Perbelanjaan dengan Segera


Kaji semula perbelanjaan anda untuk mengenal pasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan boleh diketepikan. Ini akan membantu anda untuk menyimpan wang yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.


Antara perkara yang boleh diketepikan bagi membentuk wang simpanan kecemasan adalah rancangan untuk pergi melancong, keinginan untuk membeli telefon bimbit baru, atau perhitungan untuk melanggan pakej gimnasium atau saluran filem tahap premium.


3. Mohon Bantuan Keluarga & Kawan


Meminta wang dengan orang lain memang memalukan. Namun, dalam situasi kecemasan, bantuan orang yang dipercayai dapat bantu meringankan beban kerana kebarangkalian untuk ahli keluarga dan kawan-kawan akan meminjamkan wang tanpa syarat dan faedah yang tinggi. Mereka tidak akan mahu melihat anda menderita seorang diri.


Tetapi, harus diingatkan bahawa segala yang berkaitan dengan wang boleh menyebabkan salah faham. Banyak hubungan yang terputus kerananya. Maka dengan itu, pastikan duit yang dipinjamkan tidak disalah guna dan selesaikan pinjaman dengan segera bagi elakkan bermasam muka.


4. Dapat Pinjaman yang Cepat & Berpatutan



Jika anda tidak mahu melibatkan keluarga dan sahabat handai, anda boleh dapatkan pinjaman peribadi dengan institusi kewangan yang menawarkan pinjaman segera. Perkara ini mudah jika anda mempunyai sejarah kredit yang baik. Cuma pinjam apa yang anda perlu dan mampu. Tetapkan tempoh pembayaran semula yang singkat untuk mengurangkan kadar faedah.



6 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page