top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian


Tidak dinafikan, teknik loan ASB ataupun teknik financing ASB, jika dilakukan dengan betul, merupakan teknik yang powerful untuk mendapatkan jumlah simpanan yang besar dalam tempoh masa yang singkat.


Berbanding dengan menyimpan secara biasa, teknik loan ASB menggunakan kuasa leveraging (guna duit orang lain, iaitu bank) dan kuasa compounding (dividen dicampurkan dengan modal asal) untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.


Contohnya, jika menggunakan 3 teknik loan ASB paling popular, anda akan dapat:

teknik 1: modal RM 14,500, hasil akhir RM 39,000teknik 2: modal RM 72,264, hasil akhir RM 109,000teknik 3: modal RM 86,717, hasil akhir RM 152,035


Dan oleh kerana teknik loan ASB boleh dikatakan sangat mudah dilakukan dengan syarat tahu caranya, maka teknik ini telah menjadi pilihan kebanyakan orang untuk membuat simpanan secara paksaan (force-saving)


Tambahan lagi, terdapat banyak panduan berkenaan teknik loan ASB yang dkongsikan oleh mereka yang pakar, contohnya Combo ASB Genius, dan ini memudahkan lagi orang ramai untuk belajar dan menggunakan teknik financing ASB sebagai jalan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.


Jika anda pun teringin untuk menggunakan teknik financing ASB, sebaik-baiknya ambil kira beberapa perkara penting ini terlebih dahulu:


1. Komitmen bayar hutang


Apabila menggunakan teknik loan ASB, sudah semestinya perlu meminjam dengan bank.

Apabila meminjam, perlulah ingat bahawa hutang adalah hutang, dan hutang wajib dibayar.

Setiap bulan, peminjam wajib menyelesaikan bayaran ansuran yang dikenakan oleh bank.


Kalau gagal buat bayaran ansuran, mungkin akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.


Contohnya, bank boleh force-surrender sijil loan ASB yang dibuat, menyebabkan matlamat asal membuat teknik loan ASB tidak tercapai.


Dan peminjam boleh disenaraihitamkan dalam CCRIS, yang mana boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain selepas ini.


Oleh itu, jika ingin aplikasikan teknik loan ASB, pastikan mampu dan berdisiplin membayar ansuran bulanan yang ditetapkan bank, dan mampu beri komitmen untuk jangka masa panjang.


Jangan pula selepas apply loan ASB, tiba-tiba dibuat perkara lain yang akan menjejaskan komitmen untuk membayar ansuran loan ASB yang dimohon.Baca juga:  4 Strategi Mudah Capai Matlamat Kewangan Lebih Cepat


2. DSR akan meningkat


Apabila bank menilai keupayaan seseorang untuk meminjam, bank akan mengira Debt-Service-Ratio (DSR) pemohon tersebut.


Contohnya, Abu berpendapatan bersih RM 3,000 dan hanya mempunyai hutang kereta sebanyak RM 450/bulan, maka DSR beliau adalah 15% (RM 450 / RM 3,000 x 100 = 15%)

Beberapa lama kemudian, Abu membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,200/bulan, maka DSR Abu sekarang adalah 55%.


Apa akan jadi jika DSR meningkat?


Kesannya, akan menjejaskan kuota atau peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan yang lain, contohnya pembiayaan rumah.


Andaikan bank menghadkan DSR 60% untuk jumlah hutang seseorang, maka Abu boleh dikatakan mustahil untuk mendapatkan pembiayaan rumah jika beliau ingin membeli rumah dalam masa terdekat.


Apa yang perlu dilakukan Abu adalah menaikkan pendapatan beliau dan buktikan kepada bank, atau melupuskan baki-baki hutang yang ada.


Ramai sebenarnya yang tidak dapat memohon pinjaman/pembiayaan rumah akibat terikat komitmen dengan ASB loan, dan perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang tidak merancang matlamat loan ASB mereka dengan baik.


Sepatutnya, rancang dan tetapkan gap masa antara 5 tahun atau lebih antara masa mula teknik loan ASB dengan masa untuk beli rumah.


Dalam erti kata lain, kalau dah merancang nak buat teknik loan ASB, pastikan dalam masa terdekat jangan merancang untuk buat loan lain, kecuali anda berpendapatan besar dan DSR masih sangat rendah.


3. Rekod dalam CCRIS


Apabila membuat loan ASB, nama peminjam akan disenaraikan dalam rekod CCRIS.

Rekod CCRIS adalah satu rekod bersepadu yang diselenggara oleh Bank Negara dan dapat diakses oleh semua bank untuk melihat rekod hutang setiap orang yang ada hutang.

Jika bayaran ansuran dibuat cantik, maka cantiklah rekod CCRIS.


Tetapi, jika ada bayaran yang tertunggak, maka rekod CCRIS akan menjadi tidak cantik.

Ini boleh menjejaskan peluang mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain pada masa akan datang.


Untuk loan ASB, peminjam akan direkodkan sebagai mempunyai hutang pinjaman/pembiayaan peribadi.


Maka, perlulah memastikan bayaran ansuran bulanan dilunaskan dengan baik agar dapat menjaga rekod CCRIS sendiri.


4. Kadar faedah pinjaman boleh berubah


Jika dilihat kepada produk ASB financing yang ada sekarang, semuanya dikira berdasarkan kadar faedah terapung yang bersandarkan kepada kadar asas (basal rate, BR)

Contohnya, CIMB ASB financing: BR + 1.30%, Maybank ASB financing: BR + 2.20%, BSN ASB financing: BR + 1.40%


Oleh kerana ASB financing ini berdasarkan kepada kadar faedah terapung, maka boleh sahaja bank menaikkan atau menurunkan kadar faedah mengikut kehendak mereka.

Jika kadar faedah naik, maka akan meningkatlah jumlah pinjaman dan seterusnya bertambahlah bayaran ansuran bulanan.


Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan jumlah keuntungan yang ingin dicapai melalui loan ASB.



Untuk ASB, yang dijamin adalah modal pelaburan sahaja, tetapi bukan kadar keuntungan.

Maksudnya, jika anda melabur RM 100,000, maka nilai tersebut akan kekal dan tidak akan terjejas walaupun hakikatnya ASB itu sedang mengalami kerugian.


Tetapi, kadar dividen atau bonus yang diberikan setiap tahun adalah tidak dijamin jumlahnya; bergantung kepada prestasi dan keuntungan dana ASB sendiri.


Walaupun rekod menunjukkan bahawa kadar dividen ASB tidak pernah lebih rendah daripada 7%, tetapi dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak mustahil yang kadar dividen ASB akan lebih rendah daripada nilai tersebut.


Kenapa perkara ini penting bagi mereka yang buat teknik loan ASB?


Kerana kadar dividen ASB boleh mempengaruhi jumlah keuntungan yang ingin diperoleh melalui teknik yang dilakukan.


Malah, kebanyakan teknik financing/loan ASB yang diajar meletakkan nilai kadar dividen ASB 7.5% atau lebih dalam pengiraan yang ditunjukkan.


Untuk lebih faham, katakanlah Siti membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 selama 25 tahun dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,193/bulan (RM 14,316/tahun)

Siti merancang untuk menggunakan teknik penggubahan (baca di sini: 3 Teknik Loan ASB), maka untuk bayaran ansuran bagi tahun pertama, Siti gunakan duit simpanan beliau.

Untuk tahun kedua pula, Siti merancang untuk menggunakan hasil dividen yang diperoleh daripada sijil loan ASB beliau.


Tetapi, kadar dividen yang diisytiharkan adalah 7% sahaja (sijil loan ASB Siti tidak layak untuk bonus ASB kerana belum capai usia 10 tahun); ini bermakna Siti hanya mendapat RM 14,000 sahaja.


Jumlah ini tidak mencukupi untuk membayar ansuran untuk tahun kedua, malah Siti perlu tambah daripada duit sendiri pula.


Jika ini berterusan, sudah semestinya jumlah hasil akhir yang diperoleh Siti tidak akan sama sepertimana yang ditunjukkan dalam pengiraan teknik loan ASB yang beliau belajar.


Bukan untuk menakutkan


Tujuan semua perkara di atas dijelaskan bukan untuk menakutkan datau menghalang untuk melakukan teknik loan ASB.


Malah, teknik loan ASB memang boleh menjadi satu tool yang hebat sebagai simpanan-paksaan untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini.


Cumanya, sebelum membuat teknik loan ASB, pastikan betul-betul faham dengan teknik yang ingin digunakan, dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Dan pastikan apabila ingin melakukan teknik loan ASB, kena ada perancangan yang jelas dari segi objektif, tempoh masa dan keuntungan yang ingin dicapai.

8 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page