top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

5 PRINSIP KEWANGAN UNTUK IBU BAPA


Menjadi ibu bapa buat pertama kali adalah satu tugas yang mencabar. Anda belum betul-betul bersedia untuk menempuhi apa yang bakal  dihadapi dan ada sesuatu yang baharu untuk dipelajari setiap hari. Pantang larang dan cakap-cakap orang sekeliling mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan adakalanya tidak selalunya tepat. Lambakan informasi daripada internet adakalanya keterlaluan manakala melihat gaya keibubapaan selebriti di Instagram menjadikan kita merasa diri seakan ibu bapa yang gagal.


Dalam kegembiraan menyambut kelahiran bayi, satu isu yang jarang dibincangkan adalah mengenai pengurusan kewangan sebagai ibu bapa baru. Seiring memenuhi keperluan fizikal seorang kanak-kanak, bagaimana dengan keperluan kewangan mereka? Apakah prinsip kewangan yang baik yang harus diikuti oleh ibu bapa baru untuk faedah masa depan anak mereka?


Dalam membina sebuah keluarga di Malaysia, cabaran kewangan daripada perkara yang tidak dirancang boleh meletakkan ibu bapa baru di tempat yang sukar. Di samping itu, dengan peningkatan kos sara hidup dan pendapatan yang terhad, amat penting bagi ibu bapa supaya bijak mengurus hal kewangan.


Cabaran kewangan daripada perkara yang tidak dirancang boleh meletakkan ibu bapa baru di tempat yang sukar.


Berikut adalah enam prinsip pengurusan kewangan bagi ibu bapa kali baru: 


1. MENJADI BIJAK DALAM MENYIMPAN


Sekiranya anda ingin memulakan simpanan atau melabur untuk anak anda, memulakan dengan membuat carian dalam talian dan dapatkan maklumat daripada ibu bapa lain mengenai skim kewangan atau simpanan yang memberi ganjaran atau faedah yang sudah terbukti memberikan kepulangan dan keuntungan kepada orang ramai. Salah satunya Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yang memberi ganjaran kepada semua bayi yang baru lahir dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 dengan insentif unit amanah bernilai RM200.


Sesetengah negeri juga menawarkan faedah kewangan seperti Dana Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menawarkan bayaran sekali sahaja sebanyak RM1,500 apabila anak anda mencapai usia 18 tahun. Selain itu Program Anak Emas Pulau Pinang di Pulau Pinang, dan Skim Insentif Kelahiran Anak di Kedah. Selangor juga menyediakan bantuan kewangan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun melalui si KEMBAR dan TUNAS, yang menyediakan elaun bulanan melalui taman bimbingan kanak-kanak atau pra-sekolah.


2. KENAL PASTI KEPERLUAN DAN KEHENDAK


Adakah anak anda benar-benar memerlukan sepasang kasut bayi berjenama? Adakah bayi anda boleh membezakan antara selimut sarung tenun dan selimut biasa? Adakah penjagaan bayi benar-benar memerlukan penyegar udara aromaterapi? Pasaran produk bayi dunia dijangka berkembang setiap tahun.


Satu perkara yang menyebabkan kebanyakan ibu bapa menghabiskan terlalu banyak wang adalah membeli pakaian bayi yang cepat membesar. Untuk barang-barang yang hanya digunakan sekejap, lebih baik mencari pakaian ‘preloved’ (dibersihkan dengan betul) atau meminta hadiah daripada rakan-rakan dan keluarga (yang akan membelanjakan sesuatu yang comel untuk anak saudara mereka).


3. MEMILIH KUALITI BERBANDING KUANTITI


Boleh dikatakan, beberapa keperluan anak anda seperti kerusi kereta bayi, tempat tidur bayi, kereta sorong bayi, dan botol susu yang memerlukan anda berbelanja lebih. Barangan tersebut akan digunakan hampir setiap hari sepanjang tahun pertama kehidupan mereka dan seterusnya, dan akan memberikan pulangan yang berbaloi bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Cari kualiti bagi produk dalam kategori ini. Ekspo barangan bayi adalah tempat kebanyakan jenama berkualiti mempamerkan barang-barang mereka. Anda mungkin boleh mendapatkan satu atau dua barangan di sini.


4. MULA MENABUNG DARI PERINGKAT LEBIH AWAL


Mempunyai pelan simpanan jangka panjang adalah salah satu cara yang paling dipercayai untuk menjamin keselamatan kewangan mereka.


Satu lagi prinsip kewangan yang baik dan perlu diadaptasi ibu bapa baharu adalah mencari kaedah melindungi masa depan anak anda. Tidak dinafikan dalam dunia yang semakin maju, kos membesarkan anak-anak adalah tinggi, namun, sekiranya anda mula menyimpan dan menabung  dari awal, pulangan dan faedah yang bakal diterima juga adalah tinggi.  

Mempunyai pelan simpanan jangka panjang adalah salah satu cara yang paling dipercayai untuk menjamin keselamatan kewangan mereka. Lihat rancangan simpanan pendidikan seperti SSPN, atau pelan berkaitan pelaburan seperti A-Life Joy-i yang juga menyediakan insurans hayat yang patuh syariah dan menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).Pelan ini disertakan dengan ciri Pertumbuhan Auto (Auto Growth Feature) yang akan meningkatkan amaun perlindungan kepada 200% secara automatik apabila anak anda mencapai umur 18 tahun.


5. DAPATKAN PERLINDUNGAN PERUBATAN UNTUK ANAK ANDA


Kos perubatan kanak-kanak sebenarnya tidak jauh berbeza dengan ibu bapa. Justeru, selain memikirkan mengenai kos kehidupan harian, persedian daripada segi kesihatan perlu dititikberatkan terutama ketika berdepan hal kecemasan. Dengan pelan insurans perubatan, anak anda akan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti apabila diperlukan selain tidak perlu bimbang mengenai kos rawatan dan ubat-ubatan. Antara pelan insuran yang memberikan perlindungan komprehensif dan fleksibel adalah A-Plus BabyCare-i, di mana bayi anda akan dilindungi sekiranya dia perlu diwadkan di dalam Neonatal ICU (NICU), Wad Rawatan Separa Rapi (HDU) atau dimasukkan ke dalam inkubator. Buat pertama kali di Malaysia, pelan ini juga menyediakan perlindungan untuk Autisme dan Gangguan Defisit Perhatian dan Hiperaktif.


Baca lebih lanjut mengenai mengapa anda perlu mempertimbangkan insurans perubatan untuk anak anda di sini.


Sebagai ibu bapa yang baru, wajar bagi anda untuk menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Pastikan anda tidak mengabaikan prinsip pengurusan kewangan pada setiap peringkat pertumbuhan anak-anak selain merebut kesempatan sedia ada dengan menyediakan masa depan kewangan yang baik untuk anak anda. 


2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page