(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 21 Februari 2018 dan dikemas kini pada 13 April 2020).
Mengurus pendapatan dan perbelanjaan diri setiap bulan merupakan sesuatu aktiviti yang penting kerana ia boleh mempengaruhi jumlah simpanan anda pada akhir bulan nanti. Mengikuti laporan daripada World Bank, 40% golongan Milenial di Malaysia mengaku bahawa mereka berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan diri sendiri. Kebanyakan perbelanjaan tersebut dibelanjakan atas kategori makanan dan utiliti.
Perancangan perbelanjaan yang terperinci akan membantu anda memahami tabiat pengunaan wang diri sendiri supaya tidak boros dan membeli barang yang tidak diperlukan. Kami akan berkongsi dengan anda aplikasi mobil yang percuma untuk memudahkan anda rancang perbelanjaan kewangan.
1. HeyAlfred (Semua app store)
Aplikasi kewangan ini dimiliki oleh sebuah syarikat di Malaysia iaitu HA Tech Solution Sdn Bhd. Aplikasi ini menggunakan technology AI yang boleh membantu anda mengurus semua kewangan anda dengan menyambungkan akaun perbankan dan e-wallet anda. Aplikasi ini bantu meringkaskan perbelanjaan anda kepada beberapa kategori seperti yang ditunjukkan di ilustrasi di atas. Aplikasi ini adalah hanya untuk perancangan kewangan sahaja. Transaksi kewangan tidak boleh dilakukan melalui aplikasi ini.
2. Mint (Android dan iOS)
Mint adalah aplikasi perancangan kewangan yang berasaskan web tetapi ia boleh diakses melalui aplikasi juga. Mint boleh membantu anda mengurus dan mengatur kewangan anda seperti bil, skor kredit, hutang kredit, pelaburan dan lain-lain. Mint akan memberitahu anda sekiranya anda dikenakan bayaran transaksi, sudah melebihi belanjawan anda, transaksi yang mencurigakan dan lain-lain. Mint juga akan menunjukkan anda ringkasan perbelanjaan mingguan anda. Satu kelemahannya adalah hanya pengguna aplikasi di US sahaja boleh menghubungkan aplikasi ini dengan akaun perbankan dan e-wallet. Tetapi sebagai alternatif, anda boleh masukkan URL bank dan nombor akaun perbankan untuk merekodkan belanjawan anda. Secara amnya, aplikasi ini mudah untuk digunakan.
3. Monefy (Android dan iOS)
Aplikasi ini merupakan satu cara yang mudah untuk menjejaki perbelanjaan harian dengan hanya menambahkan apa-apa perbelanjaan anda kepada laman aplikasi tersebut. Anda juga boleh mentaksirkan corak perbelanjaan anda seperti yang akan digambarkan dalam bentuk rajah pai dengan jangka masa yang anda inginkan. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi Monefy dengan ahli keluarga anda. Monefy membolehkan anda untuk ‘synchronise’ akaun anda dengan Google Drive atau Dropbox.
4. My Tabung (Android dan iOS)
Aplikasi kewangan ini dicipta oleh Bank Negara Malaysia. Aplikasi ini membolehkan anda untuk membuat belanjawan peribadi, rekodkan dan menjejaki pendapatan, simpanan dan perbelanjaan. Secara keseluruhannya, ia mempamerkan grafik yang mudah difahami untuk pengguna menganalisis perbelanjaan mereka.
5. Goodbudget (Android dan iOS)
Goodbudget adalah berasaskan web tetapi boleh diakses melalui aplikasi juga. Aplikasi kewangan ini berfungsi berdasarkan ‘kaedah sampul surat’. Aplikasi ini membantu anda untuk mengatur perbelanjaan kewangan anda dengan lebih senang. Anda tidak perlu mengasingkan wang anda ke dalam sampul surat berlainan.
6. Money Manager (Android dan iOS)
Money Manager membolehkan anda mengumpulkan perbelanjaan dan pendapatan anda dalam kategori-kategori yang berlainan. Pengguna boleh mencipta sehingga 12 kategori untuk perbelanjaan dan 5 kategori untuk pendapatan. Aplikasi jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu sumber pendapatan, seperti mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekaligus.
Anda juga boleh menyimpan resit anda di dalam aplikasi Money Manager. Satu kelemahannya adalah hanya pengguna aplikasi di US sahaja boleh menghubungkan aplikasi ini dengan akaun perbankan dan e-wallet. Sebagai alternatif, anda boleh masukkan URL bank dan nombor akaun perbankan untuk merekodkan belanjawan anda.
Secara amnya, anda boleh menggunakan mana-mana satu aplikasi di atas untuk membantu anda merancang semua perbelanjaan, pinjaman dan hutang dengan memecahkan mereka ke tahap yang lebih mudah diuruskan. Kami berharap cadangan kami adalah berguna dan boleh membantu dengan perancangan kewangan anda.
Comments