top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

6 Kesilapan Paling Besar Dalam Membuat Laporan Kewangan


Salah satu masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan adalah pengurusan kewangan. Ramai peniaga kecil yang terpaksa gulung tikar kerana kesukaran mengatur laporan kewangan. Pengurusan kewangan harus ditangani secara profesional dengan mengikuti kaedah yang betul. Ramai para usahawan melakukan beberapa kesilapan dalam pengurusan kewangan. Walaupun leceh, pengurusan kewangan amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Berikut adalah beberapa kesilapan dalam pengurusan kewangan yang biasa dilakukan:


Tidak mempunyai perancangan kewangan yang jelas


Penyediaan rancangan dapat membantu para usahawan dalam menjaga kewangan dengan baik. Selain itu, anda perlu memastikan wang anda digunakan untuk perkara yang dapat meningkatkan kentungan pelaburan. Dengan adanya perancangan yang jelas, ini dapat membantu anda menghindari risiko kerugian. Rancangan kewangan yang sederhana, termasuk cashflow yang jelas dan terperinci dapat membantu anda mengetahui kedudukan perniagaan yang dijalankan.


Tidak memahami cashflow


Cashflow yang baik dapat membantu perniagaan anda berkembang. Namun begitu, ramai para peniaga belum menyedari kepentingannya. Cashflow yang lemah mampu melumpuhkan sesebuah perniagaan.  Ini kerana anda tidak mempunyai simpanan wang tunai untuk memajukan perniagaan tersebut. Oleh itu pastikan anda meletakkan lebih kawalan dan pastikan cashflow anda diurus.


Tidak mengambil khidmat akauntan profesional  


Ramai para peniaga tidak mahu mengambil perkhidmatan akauntan profesional kerana kos perkhidmatan yang tinggi. Akibatnya, para peniaga tidak dapat mengurangkan perbelanjaan perniagaan mereka. Seorang pakar kewangan pastinya dapat menilai bagaimana cara yang tepat untuk meningkatkan cashflow dan keuntungan perniagaan, serta cara menjimatkan waktu. Rekod dan susunan laporan kewangan memang sukar disediakan dan memerlukan banyak masa. Oleh itu, mengambil khidmat profesional akan banyak membantu.


Kurang pengetahuan dlm bidang perakaunan


Ramai yang baru mendirikan perniagaan belum tahu asas laporan kewangan, contohnya, untung kasar dan untung bersih, penyata imbangan, laporan cashfow dan penyata pendapatan. Walaupun anda telah mengambil perkhidmatan akauntan profesional, sebaiknya anda perlu memahami beberapa istilah penting dalam kewangan. Pengetahun ini penting bagi setiap peniaga terutama sekali mereka yang baru mula bermula dan yang berhasrat untuk berniaga di masa akan datang.


Tidak menyedari kepentingan menguruskan wang dari mula perniagaan


Biasanya ramai para usahawan cuma mula melihat kepada pengurusan kewangan bila perniagaan mengalami masalah. Ini sudah terlambat. Dengan menguruskan kewangan dari awal dan melalui bantuan pakar kewangan, anda dapat menghindari masalah yang mengancam perniagaan tersebut.  Antaranya adalah masalah cashflow dan keputusan pelaburan yang kurang baik.


Mencampuri hal perniagaan dan peribadi


Kesalahan yang biasa dilakukan oleh para usahawan adalah mencampur hal perniagaan dengan peribadi.  Adalah penting untuk anda memisahkan antara kewangan perniagaan dengan kewangan peribadi. Rekod laporan kewangan dari akaun perniagaan akan mencatatkan semua urusniaga dalam perniagaan. Dengan itu anda dapat mengenalpasti dengan tepat keuntungan atau kerugian yang diperolehi.


Demikian beberapa kesilapam yang biasa dibuat oleh para peniaga dalam membuat laporan kewangan. Semoga artikel ini dapat membantu anda, lebih-lebih usahawan baru dalam mengatur kewangan, supaya lebih berhati-hati dan teliti sebelum mengalami kerugian.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page