top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

6 Tempat ‘Paling Best’ Simpan Duit Sebelum Gaji


Pernah tak anda hadapi situasi macam ni? Keluar makan dengan kawan lepas itu lupa nak bawa dompet keluar. Beli barangan dapur, masa nak bayar baru perasan dompet takde, e-wallet takde duit. Sebelum nak berhutang dengan mak, ayah, kawan, jiran, semak dulu beberapa tempat yang ‘best’ untuk selitkan duit.


Semakin kita pandai bahagikan duit kita, semakin banyak duit yang kita ada nanti. Bagi atasi masalah duit selalu habis sebelum waktunya, belajar simpan dan selit duit yang ada ‘dicelah bedah’ mana-mana yang ada sebelum gaji masuk. Tak perlulah banyak sangat, mungkin boleh ketepikan RM20 atau RM50 dulu.


Mungkin wang yang diselitkan ini boleh bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan. Inilah perkongsian admin tentang 6 tempat yang paling best untuk simpan duit sebelum gaji masuk.


1. Celahan dompet


Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah nak keluarkan. Amaun yang anda nak selit ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit dah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian I.C. kita.


2. Laci pejabat


Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka. Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.


3. Dalam komponen kereta


Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai design yang berbeza. Cuba explore sikit celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut. Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu vacuum bermula.


4. Belakang ‘casing’ handphone


Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa bawa dompet keluar, tapi handphone? Jarang-jarang akan lupa. Setuju tak? Biasanya, mereka akan letak duit RM10 sehingga RM50 dalam casing handphone, terpulanglah pada diri masing-masing. Terdapat juga banyak design casing handphone yang ada kompartmen untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’. Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di Shopee. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.


5. Name tag holder


Teknik ini common juga sebab ramai yang simpan duit di dalam name tag mereka waktu bekerja di pejabat. Sama dengan casing handphone, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari kita di pejabat. Atau belilah lanyard untuk gantungkan name tag holder di leher anda untuk mudahkan anda bawakannya bile keluar nanti.


6. Simpan dengan pasangan anda


Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan mak. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nak berikan duit kepada orang lain untuk simpankan? Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan berkumpul.


Secara konklusinya, ia terpulanglah di mana anda suka selitkan duit kecemasan ini. Lepas dah simpan, bila dah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk ‘refill’ duit itu semula.


Pilihlah tempat strategik yang anda rasa tak akan hilang dengan mudah. Tapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.

6 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page