Jika anda sedang bercadang untuk mengambil seseorang sebagai penjamin pinjaman anda, berikut merupakan beberapa tips penting yang perlu anda ambil tahu.
Pilih penjamin pinjaman yang sesuai
Mereka yang mempunyai kewangan yang stabil dan mahir dalam menguruskan wang serta kewangan peribadinya merupakan orang-orang yang patut anda ambil. Anda harus pertimbangkan beberapa perkara iaitu:
Jenis kedudukan kredit dan aset yang perlu dimiliki penjaminLokasi mereka
2. Ulang dan berlatih perbualan
Anggap situasi perbualan anda seakan-akan anda sedang membuat pembentangan ataupun mesyuarat perniagaan. Nampak berpengetahuan akan melihatkan anda sebagai seorang yang bertanggungjawab dan serius. Rancang perbualan anda dan apabila anda sudah bersedia, kumpul semua maklumat yang perlu dan bawanya bersama apabila anda bertemu dengan bakal penjamin anda.
3. Jumpa mereka secara berhadapan
Lebih baik sebenarnya untuk anda membuat pertemuan dengan penjamin anda secara depan-depan untuk mengelakkan salah faham dan mendapatkan kepercayaan mereka. Sekiranya anda bertemu di tempat awam, pilih tempat yang selesa, tidak hiruk-pikuk yang membenarkan privasi dan kurang bising.
4. Sertakan juga pelan pembayaran semula
Pamerkan kemampuan anda untuk membayarnya dengan membentangkan pelan pembayaran semula. Pastikan pelan tersebut boleh dilaksanakan dan berikan maklumat lanjut tentang situasi kewangan anda, pendapatan, bajet dan tunjukkan mereka pelan tersebut dalam bentuk fizikal supaya mereka tahu jumlah tepat yang perlu anda bayar balik.
Anda juga boleh memberitahu mereka hak sebagai penjamin. Berikan mereka brochure Info Perbankan untuk Penjamin Pinjaman yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank Malaysia. Terdapat maklumat lanjut yang lebih teliti tentang segala perkara yang penjamin pinjaman perlu tahu, termasuklah hak dan cara untuk melindungi kewangan mereka.
5. Bentangkan pelan kecemasan
Andaikan anda tidak boleh membayar pinjaman anda disebabkan malang yang diduga, beritahu bakal penjamin pinjaman anda tindakan yang anda akan ambil berdasarkan jenis pinjaman yang anda akan ambil. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah
Berunding untuk menentukan terma-terma pinjamanMenjual atau menyewakan kenderaan/hartanah untuk mendapatkan keuntungan
6. Apa yang perlu dilakukan apabila penjamin pinjaman sudah memberikan jawapan
Sekiranya jawapannya TIDAK, minta mereka fikirkan sekali lagi. Jangan lupa untuk berterima kasih untuk masa yang telah diluangkan.
Sekiranya jawapannya MUNGKIN, buat temu janji untuk kali kedua atau bawa mereka terus ke bank supaya anda dapat meyakinkan mereka.
Sekiranya jawapannya YA, anda boleh pergi ke bank bersama dan berbincang dengan pegawai bank.
Perkara yang paling penting dalam mendapatkan penjamin pinjaman anda ialah usaha, bersungguh-sungguh dan memberikan kerjasama. In shaa Allah, akan dipermudahkan.
Comments