top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

7 Cara Praktikal Untuk Menambah Pendapatan Anda


Kini, sesebuah keluarga perlu mempunyai pendapatan tambahan untuk menampung prestasi kewangan kerana kos sara hidup juga semakin meningkat. Berbekalkan pegangan ini, mari kami terokai 7 kaedah berbeza untuk memperoleh pendapatan tambahan dengan menggunakan cara yang selamat dan menyeluruh.


Pilihan untuk menjana pendapatan sampingan mungkin agak terhad pada tahun-tahun sebelumnya. Namun kini dengan kewujudan teknologi dan internet, ianya menjadi tidak mustahil lagi dengan pelbagai kaedah yang menarik.


1. Adakah anda seorang yang dwibahasa dan selesa berkomunikasi secara bertulis menerusi platform atas talian? Daftarlah sebagai pekerja bebas di platform seperti Upwork, Freelancer or Fiverr.


2. Adakah anda mempunyai sifat kreatif dan cenderung menulis artikel, mereka bentuk atau merakam video? Lihatlah Contently untuk kerja-kerja kreatif.


3. Adakah anda merupakan pereka bentuk kreatif? Daftar di 99Designs untuk pelbagai kerja bebas yang melibatkan reka bentuk logo, pembungkusan, kulit buku, kemeja-t dan kad perniagaan.



4. Anda merasakan diri anda bijak? Lihat laman web Amazon’s Mechanical Turk Worker dan ambil penilaian HIT. Ianya bukan album penyanyi P. Ramlee, tetapi merupakan Penilaian Kepintaran Manusia. Contoh penilaian individu terdiri daripada penyertaan ujian kebolehgunaan laman web atau ujian permainan video untuk menyalin video bagi memasukkan petunjuk perkataan atau mengkaji transkripsi bagi melihat ketepatannya. Beberapa jenis tugasan turut memerlukan kelayakan Sarjana untuk menyiapkannya. Pastinya petunjuk yang jelas ialah pekerja bebas merupakan individu yang bijak-bijak belaka.


Dengan pilihan-pilihan platform ini, anda boleh bekerja dari rumah, secara atas talian dan berdasarkan masa anda sendiri. Kelebihan pilihan-pilihan ini apabila anda mendapat tugasan daripada luar negara dan dibayar dengan matawang Dolar Amerika ataupun Euro.

Pendapatan sampingan anda juga pastinya meningkat apabila ditukarkan dengan matawang MYR. Pepatah ada mengatakan, ‘apabila diberi racun, jadikanlah ianya madu’.

Tidak berminat untuk menghadap komputer semasa waktu lapang? Jangan bimbang. Terdapat lebih banyak cadangan untuk menjana pendapatan sampingan seperti di bawah:


5. Anda pasti tahu tentang pekerjaan sebagai pemandu di Grab or MyCar. Pernahkah anda mendengar tentang goget.my? Daftarlah sekarang untuk menjadi pembantu peribadi dan membuat pekerjaan orang lain berdasarkan upah. Anda mungkin perlu mengambil pakaian di kedai dobi atau mengambil dan menghantar makanan tengah hari.


6. Adakah keluarga anda sering berleter supaya anda membuang semua barangan lama sedangkan ianya masih boleh digunakan lagi? Kemas rumah anda dan jualkan apa sahaja barangan terpakai seperti barangan bayi, telefon bimbit, buku dan banyak lagi. Ambil gambar yang anda hendak jual ini dan siarkannya menerusi telefon pintar anda di laman web jual beli seperti Carousell, Lelong atau eBay Malaysia.


7. Adakah anda mempunyai hobi yang boleh menjana pendapatan? Terdapat beberapa komuniti wanita yang membolehkan mereka jana pendapatan dengan kemahiran masing-masing. Sebagai contoh, organisasi ‘Women of Will’ melancarkan satu dapur komuniti demi mengalakkan wanita kategori B40 untuk melatihkan kemahiran mereka i.e. ‘baking’ supaya dapat menjana pendapatan pada masa hadapan. Inisiatif ini membayar wanita pada upah setiap jam, dengan pendapatan sehingga RM1,500 sebulan.


Selain itu, terdapat juga kommuniti di Facebook seperti ‘Jobs for Caring MOMS Malaysia’ ‘Persatuan Kelab Tukang Jahit Seluruh Malaysia’ yang mungkin boleh menarik minat anda.


Komuniti-komuniti ini merupakan rangkaian wanita berdasarkan minat masing-masing. Ia juga membolehkan para wanita untuk berminat menjahit, mengajar dan mengasuh untuk menjana pendapatan sampingan. Semuanya ada disitu!


Semua cadangan di atas masih merupakan penjana pendapatan yang aktif. Apa yang ideal adalah dengan menjana pendapatan pasif dengan tenaga yang sedikit. Pertimbangkan untuk mengasingkan sebahagian daripada hasil pendapatan anda untuk melabur supaya dapat mencipta satu aliran pendapatan pasif. Semuanya harus bermula daripada asas seperti kata pepatah, ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Sempena tahun baru yang bakal menjelma, bacalah artikel kami tentang ‘7 Cara untuk Capai Matlamat Kewangan pada Tahun 2020’.

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page