top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

7 Cara Untuk Membayar Pinjaman Rumah Dengan Lebih Rendah


Pembayaran balik pinjaman rumah kadang-kadang sangat tinggi dan berterusan pada jangka masa yang lama. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk membayar pinjaman rumah.  Dengan pengenalan  SST, kerajaan menjangkakan harga baru pembelian rumah akan lebih rendah. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi TUJUH (7) cara bagaimana anda dapat membayar pinjaman rumah dengan lebih rendah:


#1 Meletakkan Deposit Yang Lebih Tinggi


Dengan pendepositan yang lebih tinggi sebanyak 20% ke 30% harga pembelian, anda juga akan dapat meminjam dengan nilai yang lebih sedikit dan membayar kadar faedah yang lebih kurang.  Namun begitu, untuk mengeluarkan deposit yang besar bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu anda boleh mengunakan alternatif lain seperti  mengambil sedikit wang deposit EPF, wang insurans atau pinjaman kadar rendah daripada saudara atau majikan anda. Oleh itu, anda akan dapat mengeluarkan wang yang lebih besar untuk didepositkan untuk pembelian rumah.


#2 Pertimbangkan Tempoh Bayaran Balik


Tempoh pembayaran balik pinjaman rumah di Malaysia sehingga 30-35 tahun sebelum calon mencecah umur 65-70 tahun. Anda boleh memanipulasikan jadual pembayaran balik dengan pembayaran yang lebih kecil pada setiap bulan atau membayar kadar faedah yang lebih kurang. Namun begitu, jika anda memanjangkan tempoh bayaran balik maka faedah pinjaman akan lebih tinggi. Oleh itu jika anda berfikir sebaliknya anda boleh membayar kadar faedah yang lebih kurang dengan mengurangkan bayaran bulanan dengan memanjangkan wang ansuran.


Namun begitu, ia akan meningkatkan kadar kos faedah dan memanjangkan terma pinjaman. Tetapi ada juga individu yang ingin membayar ansuran dengan lebih rendah dengan memanjangkan tempoh pinjaman. Ia bergantung kepada pilihan masing dan bajet kewangan anda.


#3 Membuat Kajian Pasaran


Membeli rumah merupakan satu pelaburan yang bijak, jadi anda perlu melakukan pelbagai kajian dan kerja rumah untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Apabila anda ingin membuat pilihan, anda perlu sedar tidak semua produk pinjaman adalah sama. Misalnya, terdapat pinjaman rumah yang lebih rendah, kadar faedah yang lebih menarik dan fleksibel.


Dengan mempunyai pelbagai maklumat tentang pembelian rumah anda boleh berbincang dengan pihak pemaju untuk merundingkan harga pembelian.


#4 Merunding Harga


Jika anda tidak puas hati dengan kadar yang ditawarkan oleh bank, anda boleh berunding untuk mendapatkan pakej yang lebih berbaloi. Jangan hanya memohon pinjaman dari sebuah bank, pelbagai pilihan tersedia untuk anda memperoleh harga yang lebih rendah.

Satu cara lain yang anda boleh lakukan ialah berjumpa dengan pengawai bank yang terlibat dengan hal pinjaman untuk mengetahui berapa permohonan yang anda layak dan kadar pinjaman yang lebih sesuai.


#5 Membayar Wang Ansuran Tepat Pada Masa


Jika anda mempunyai masalah untuk membayar tepat pada waktu, anda mungkin akan dikenakan yuran penalti yang menyebabkan wang ansuran yang lebih banyak daripada kadar yang biasa. Langkah yang anda boleh lakukan ialah dengan melakukan potongan gaji anda secara terus pada setiap bulan supaya anda tidak akan terlepas untuk membayar pinjaman rumah anda. Selain itu jika anda mengalami kesukaran untuk membayar wang pinjaman rumah anda pada bulan tertentu, segerakan langkah anda untuk menelefon pihak bank untuk memaklumkan kepada mereka. Jika anda masih mempunyai masalah seperti ini, anda boleh berjumpa dengan Kaunseling Kredit dan Agensi Pengurusan Hutang untuk meminta bantuan.


#6 Mengambil Insurans Takaful Jika Perlu


Apabila membeli rumah dengan menggunakan pinjaman bank, anda akan disuruh untuk membeli insurans atau skim pelindungan takaful. A Mortgage Reducing Term Assurance atau Takaful (MRTA/MRTT) adalah bersamaan dengan produk untuk anda pastikan pinjaman anda masih akan dibayar jika terdapat apa-apa terjadi kepada diri anda.


Perlindungan ini juga mestilah termasuk dengan faktor kerosakan secara menyeluruh. Anda juga boleh memilih untuk bayaran insurans premium/ sumbangan takaful dimasukkan dalam pinjaman anda. Untuk menjimatkan anda daripada kadar faedah yang tinggi anda boleh membayar insurans secara tunai jika anda mempunyai wang. Hal ini kerana jika anda memasukkan bayaran insurans bersama pinjaman anda, ia akan menyebabkan kos faedah pembayaran rumah anda lebih tinggi.


#7 Pembiayaan Semula


Anda perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kadar anda selepas pinjaman anda telah diterima dengan pembiayaan semula.


Sebagai contoh, jika anda mengetahui terdapat pihak bank yang menawarkan kadar yang lebih rendah atau pakej yang lebih menarik anda boleh memilih untuk pembiayaan semula pinjaman anda.  Pembiayaan semula dapat  membuatkan anda mengambil keluar pinjaman yang baru untuk membayar pinjaman terdahulu.

Namun begitu, jenis pinjaman baru mestilah kurang dan terma syarat haruslah menjimatkan wang anda untuk mengurangkan faedah dan lebih fleksibel.

Jadi setelah mengetahui cara mudah untuk membayar kadar pinjaman dengan lebih rendah, sudah tiba masa anda untuk mengetahui pilihan mana yang sesuai anda mohon untuk pembelian rumah anda.


Sumber: gobear.com

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page