top of page
Search

8 Cara Kreatif Untuk Menyimpan Wang Anda Pada Tahun 2020


Dengan perubahan harga yang turun naik menyebabkan anda terpaksa mengikat perut untuk menabung demi masa depan anda. Untuk menyimpan wang pada setiap bulan bukan perkara yang mudah tambahan pula yang individu yang boros dan tidak pandai menabung.


Jadi kami akan berkongsi LAPAN (8) cara kreatif yang dapat anda lakukan untuk menyimpan wang pada tahun 2020:


#1 RM1 Untuk Seminggu


Cara terbaik untuk merancang wang anda dengan mula pada jumlah RM1 dan anda boleh meningkat  kepada amaun yang berbeza pada minggu yang seterusnya. Misalnya jika anda berterusan menyimpan RM1 kemudian ke RM2 dan seterusnya ke RM3 selama 45 minggu, jumlah penyimpanan akan terkumpul sebanyak RM1,035. Jadi wang ini anda dapat simpan untuk waktu kecemasan atau tabung percutian anda.


#2 Bungkus Sahajalah


Apabila anda membeli belah, cuba merajinkan diri anda untuk membawa beg kanvas yang mudah dilipat dan dibawa. Dengan ini akan membuatkan anda tidak akan dicas untuk membeli plastik dari RM0.20 ke RM0.50 untuk satu beg. Selain itu anda juga boleh membawa bekas makanan anda sendiri semasa membungkus makanan dan berkemungkinan anda juga boleh mendapatkan diskaun untuk bekas makanan yang anda dibawa. Misalnya Starsbuck memberikan diskaun RM 2 kepada pelanggan yang membawa bekas minuman mereka sendiri.


#3 Pilihan Ringgit Yang Digemari


Mungkin cara ini nampak mudah dengan hanya memilih jumlah ringgit yang anda sukai dan jangan membelanjakan pada minggu tersebut tetapi dinasihatkan anda memilih kadar ringgit yang kecil. Hanya dengan disiplin yang tinggi dan amalkan sifat yang tidak boros dapat membuatkan anda menjadi individu yang bijak menyimpan wang.


#4 Saling Berkongsi Makanan


Pernah dengan tagline ‘sharing is caring’ ini juga boleh digunakan untuk menyimpan wang. Daripada anda membeli makanan untuk seorang makan anda boleh membeli makanan yang mempunyai bahagian yang lebih besar dan boleh berkongsi bersama rakan anda. Jadi akan dapat merapatkan hubungan dan menjimatkan wang anda.


#5 Sentiasa Memantau Sebarang Diskaun


Mungkin ada yang akan mengelar anda sebagai seorang haji bakhil tetapi demi masa depan anda abaikan sahaja pandangan orang lain. Hal ini kerana pada setiap hujung minggu akan ada pelbagai diskaun yang akan diberikan oleh para peniaga seperti mudah.my, fave atau banyak lagi. Hanya perlu fokus dan anda akan berjaya jimatkan wang dengan secara berhemah.


#6 Mengurangkan Penggunaan Telefon Bimbit



Wang anda sudah pasti sebahagiannya digunakan untuk membayar bil telefon bimbit pada setiap bulan bukan, jadi dengan mengurangkan penggunaan telefon bimbit dan amalkan konsep guna jika perlu dapat memudahkan anda merancang kewangan anda dengan lebih berhemah.


#7 Amalkan Pemakanan Yang Sihat


Anda sudah tentu tahu bahawa makanan yang berasaskan daging pastinya mempunyai kos yang tinggu berbanding sayuran. Jadi tunggu apa lagi amalkan cara luar biasa ini  dengan menukar gaya pemakanan yang suka memakan daging dan mulakan gaya hidup sihat dengan makan makanan daripada sumber yang sayuran. Cara ini juga secara tidak langsung akan memberikan tubuh badan serat yang mencukupi dan anda juga dapat menyimpan wang dengan mudah.


#8 Menggunakan Kad Kredit


Dengan memiliki pelbagai kad kredit dapat membantu anda mendapat pelbagai insentif dan diskaun percuma tetapi jangan terlalu kerap ‘swipe’ kad kredit anda. Anda perlu bijak menggunakan kad kredit kerana takut pada akhirnya anda akan berhutang dan mempunyai nilai faedah yang tinggi untuk dilunaskan.


Kesimpulannya berikut merupakan LAPAN (8) cara yang boleh lakukan untuk menyimpan wang anda dengan mudah dan kreatif. Akan tetapi jangan terlalu obses untuk menyimpan wang dan melupakan segala tanggungjawab anda serta selamat mencuba.


 
 
 

Commenti


Subscribe Form

Thanks for submitting!

60126755700

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

©2019 by LOAN BANK Xpress. Proudly created with Wix.com

bottom of page