Kita sudah hampir separuh daripada 2018, adakah anda mengurus kewangan anda dengan baik? Sekiranya jawapan anda adalah ya, anda sudah berjaya menempuhinya walaupun ia bukanlah perkara yang mudah.
Namun, jika anda tidak melakukannya dengan baik, jangan risau! Berikut adalah cara untuk mencapai matlamat wang anda untuk separuh tahun akan datang!
#1 Matlamat Simpanan Anda
Jika anda tidak dapat mencapai target simpanan yang anda harapkan pada pertengahan tahun ini, jangan mengalah! Sekarang adalah masa untuk mencerminkan dan mengetahui apa yang salah dan bagaimana anda dapat kembali ke landasan sepatutnya.
Adakah anda menetapkan target simpanan terlalu tinggi atau mempunyai situasi wang yang tidak dijangka? Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah kembali pada asas dan cuba hanya mengambil 10% daripada pendapatan anda setiap bulan. Jika anda tidak mampu melakukannya, buka akaun simpanan lain dan buat arahan tetap untuk potongan wang pada hari pertama gaji anda masuk.
Selain itu, cuba fikir tentang mempelbagaikan simpanan anda. Sebagai contoh, pertimbangkan untuk meletakkan wang anda dalam akaun Deposit Tetap dengan faedah yang tinggi untuk pulangan yang lebih baik.
#2 Matlamat Perniagaan Sampingan Anda
Hampir semua orang memerlukan pendapatan sampingan! Jika anda merancang untuk memulakan perniagaan – bagaimana ia berjalan setakat ini? Jika jawapan anda – “Saya tidak memulakannya lagi” – apa salahnya jika anda mulakan dari sekarang!
Cuba cari masa pada hujung minggu untuk melakukan kerja sampingan dan lihat kemajuan dalam tempoh 30 hari ini.
Anda juga boleh memulakan perniagaan antarabangsa dan ini adalah idea yang benar-benar baik! Ini kerana, secara ekonomi, mata wang kita tidak begitu baik berbanding USD atau GBP. Jadi jika anda mahu mendapatkan lebih banyak wang, sudah tiba masanya untuk berfikir ke arah global!
Kenal pasti bahagian-bahagian aktiviti perniagaan anda yang boleh dilakukan dengan peningkatan dan membuat perubahan yang diperlukan. Adakah anda perlu bertindak balas dengan lebih cepat, mendapatkan lebih ramai pelanggan atau mencari kaedah yang lebih baik dan kos efektif untuk menerima pembayaran? Luangkan masa untuk menangani isu tersebut untuk memajukan perniagaan anda!
#3 Matlamat Perancangan Persaraan
Jangan biarkan matlamat ini berada jauh dibelakang kerana anda merasakan ia lambat lagi. Masa berjalan dan walaupun anda sudah mempunyai simpanan melalui KWSP anda, itu tidak mencukupi.
Jika anda berumur antara 20-30 tahun, cuba untuk kerja keras dan buat simpanan dari pendapatan anda kerana waktu ini anda masih muda dan masih bertenaga serta semangat. Tetapi, ingat! jangan terlebih kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.
Sekiranya anda bersikap baik dan mengekalkan objektif perancangan persaraan anda, anda sudah berjaya melakukannya. Selain itu, fikirkan juga tentang perlindungan insurans kesihatan anda. Anda tidak tahu keadaan anda selepas 10 20 tahun akan datang, bukan?
Di samping itu, anda juga mungkin dapat melihat perkembangan akaun KWSP anda lebih lanjut melalui Skim Pelaburan Ahli.
#4 Matlamat Pembayaran Balik
Terdapat beberapa kaedah dan pilihan untuk membayar balik hutang anda. Tetapi sudah tentu, jika mereka tidak sesuai dengan keupayaan pendapatan atau gaya perbelanjaan, kemungkinan besar gagal.
Jadi langkah pertama adalah untuk mengetahui jika anda lebih memilih untuk membersihkan hutang yang sama ada yang lebih kecil terlebih dahulu atau yang lebih besar.
Kedua-dua kaedah mempunyai kelebihannya. Sekiranya anda menjelaskan hutang lebih ringan terlebih dahulu, anda akan mempunyai lebih sedikit hutang terkumpul dan anda akan dapat menyalurkan wang anda ke arah menghapuskan hutang yang lebih besar, dengan lebih cekap kemudian.
Sebaliknya, jika anda lebih suka mengatasi hutang paling berat terlebih dahulu, anda akan mempunyai peluang untuk menjimatkan lebih banyak kos faedah. Sekiranya anda telah mencuba sendiri dan tidak dapat lari dari hutang, sekarang adalah masa untuk mencari bantuan, sebelum keadaan menjadi buruk.
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), boleh membantu menyusun semula pinjaman anda dan mendaftarkan anda dalam Program Pengurusan Hutang.
Sumber : RinggitPlus.com
Comments