top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

AMARAN: Cerita Benar Scam..Jangan Jadi Mangsa!


Beberapa hari lalu, kami di IPP menerima khabar bahawa terdapat sesuatu syarikat yang menjalankan scam dekat pengguna platform kami. Kami ingin berkongsi cerita tersebut di sini supaya anda semua dapat belajar macam mana nak mengenal pasti scam dan mengelakkan ia terjadi kepada anda. Beginilah ceritanya:


Saya mohon pinjaman dengan syarikat ini sebanyak rm10k. Setelah permohonan berjaya dan lulus, saya terpaksa menyediakan rm780 sebagai duit bagi mengelakkan pelanggan lari jika permohonan yang lulus tidak diambil pelanggan. Sebabnya boleh merugikan kos kepada syarikat ni. Tetapi duit ini akan dipulangkan kembali bersama duit pinjaman.


Kemudian selesai bayaran rm780, saya terpaksa menyediakan pula rm2k untuk menunjukkn ada duit simpanan dalam akaun bank saya. Diminta skrinshot dahulu dan tunjukkan kepada syarikat ni. Tapi duit itu dipindahkan pula kepada akaun syarikat ni. Katanya duit ini akan dibayar semula bersama pinjaman tadi.


Masalah lain pula timbul kononnya ketiadaan akaun semasa bank.

Akaun semasa bank perlu dibuka terlebih dahulu dengan deposit sebanyak rm3k. Syarikat ini katanya boleh membantu membuka akaun tersebut, maka rm3k ni dipindahkan ke akaun syarikat ini.


Katanya duit rm3k ini akan dikembalikan juga bersama pinjaman nanti.

Selesai dengan pembukaan akaun semasa bank, cek berpalang dikeluarkan dengan tertera jumlah pinjaman rm10k dan 5780.


Malangnya, cek ini tak dapat dibank inkan lagi dengan syarat saya perlu sediakan rm3126 iaitu 20% daripada jumlah pinjaman tu. Bila ditanya untuk apa, katanya bayaran ni tidak ada apa2.


Jika selesai buat bayaran rm3126 itu, baru cek akan dibank inkan.

Tetapi duit tersebut katanya akan dibayar kembali selepas selesai tandatangan borang perjanjian yang akan dipos ke alamat rumah dalam tempoh 10 hari menerima borang tersebut.


Oleh sebab saya terpaksa perlu sediakan rm3126 itu, maka saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu dan minta nasihat dan pandangan rakan- rakan sahabat handai.


Jadi, bagaimanakah kita boleh mengenal pasti syarikat ini memang scammer?


Syarikat pinjaman berlesen yang sah tidak akan meminta bayaran apa-apa sebelum masukkan duit ke dalam akaun anda.Syarikat pinjaman berlesen akan menjalankan background check dengan sempurna sebelum meluluskan loan anda, bukan minta bukti duit simpanan setelah loan diluluskan. Anda tidak akan diminta membuka akaun baru dengan baki minima sebelum diberi duit pinjamanSetiap caj yang dikenakan mesti ada tujuannya, tiada caj yang dikenakan dengan “tidak ada apa2”.


Jika ini telah berlaku kepada anda, sila serta-merta buat aduan dengan KPKT pada link ini: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Untuk mengelakkan situasi ini pada masa depan, lebih selamat jika anda memohon loan daripada syarikat yang dianugerahkan lencana “Disahkan Oleh IPP”, dan jangan teruskan lagi proses loan tersebut jika ada apa-apa yang mencurigakan. Pastikan anda sendiri lawat pejabat syarikat tersebut – mereka mesti ada signboard yang tertera dengan nombor lesen. Akhirnya, confirm balik dengan pejabat syarikat tersebut bahawa orang yang tengah handle aplikasi anda memang sah seorang staf kat syarikat tersebut (terdapat banyak kes di mana ejen berpura-pura sebagai staf syarikat yang sah, dan menggunakan nama syarikat & nombor lesen untuk menjalankan scam.

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page