top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

AMARAN! Jangan Percaya 5 Mitos Tentang Pinjaman Peribadi Ini!


Bila bercakap tentang pinjaman peribadi, ramai yang telah dengar desas-desus sama ada baik atau buruk tentangnya. Awas, jangan percaya sepenuhnya.  Di sini kami kongsikan LIMA (5) mitos mengenai pinjaman peribadi yang anda tak patut percaya.


#Mitos 1: “Ala tak apa, dia kan kawan/ahli keluarga”. Tiada masalah untuk buat pinjaman peribadi bagi pihak lain sama ada ahli keluarga atau rakan


Sebelum anda membuat keputusan untuk buat pinjaman semata-mata untuk meminjamkannya kepada orang lain, anda sepatutnya tahu mengapa ahli keluarga atau rakan anda tidak boleh membuat pinjaman  sendiri. Jadi, tiada masalah untuk buat pinjaman peribadi bagi pihak lain sama ada ahli keluarga atau rakan itu salah sama sekali.


Jika ia disebabkan kredit yang tidak baik, anda sepatutnya berhati-hati. Niat anda mungkin baik tetapi anda mungkin berdepan risiko berhutang pada masa hadapan. Bahkan, lebih merisaukan lagi apabila anda mungkin menghadapi kesulitan dalam proses pengambil alihan semula dalam bank. Pelbagai lagi masalah yang mungkin timbul seperti impaknya terhadap kredit skor anda yang menyukarkan anda untuk membuat pinjaman lain contohnya pinjaman rumah pada masa hadapan.


#Mitos 2: Pinjaman peribadi hanyalah untuk mereka yang mempunyai gaji tetap sahaja


Sebenarnya, terdapat banyak bank di Malaysia yang menyediakan pinjaman peribadi kepada orang awam daripada pelbagai jenis latar belakang pendapatan. Sesetengah bank bahkan menawarkan pinjaman yang menyediakan borang untuk penduduk tetap di Malaysia lengkapkan untuk membuat pinjaman peribadi.


#Mitos 3:  Hanya mereka yang Mempunyai Kredit Skor yang Baik Sahaja Layak Membuat Pinjaman Peribadi


Mempunyai kredit skor yang tidak baik tidak bermakna tiada harapan lagi untuk anda.  Mungkin kadarnya lebih tinggi daripada biasa tetapi masih ada lagi beberapa pilihan yang boleh anda pilih. Anda juga boleh cuba mendapatkan pinjaman yang memerlukan anda meletakkan apa-apa cagaran.


#Mitos 4: Mengambil pinjaman peribadi mungkin akan melibatkan kos yang banyak dalam jangka masa yang panjang


Membuat pinjaman peribadi sebenarnya memudahkan anda sekiranya anda memerlukan wang yang banyak dengan segera. Anda juga boleh menggunakan wang yang dipinjam untuk membayar hutang-hutang lain yang mempunyai kadar faedah yang tinggi. Dengan cara ini, hutang anda semakin berkurang dan anda boleh membayar balik pinjaman peribadi yang mempunyai  kadar yang lebih rendah.


#Mitos 5: Permohonan Pinjaman Peribadi Memakan Masa dan Merumitkan


Sebenarnya, anda boleh saja membuat permohonan pinjaman peribadi dengan selesa dan mudah hanya dari rumah melalui telefon pintar atau komputer riba anda. Apa yang anda perlukan hanyalah salinan dokumen wajib yang diperlukan dan lengkapkan borang permohonan di atas talian. Sesetengah pinjaman didatangkan dengan dasar tempoh kelulusan secepat 10 ke 15 minit.


Konklusinya, bahaya sebenarnya mendengar dan mempercayai cakap-cakap orang secara membuta tuli walaupun anda sering mendengar perkara yang sama diulang banyak kali. Biasakan diri untuk membuat kajian terperinci untuk memahami maklumat yang diperolehi supaya kebenaran dapat ditemui.


Sekiranya anda sedang mencari mana-mana tawaran bank untuk memohon pinjaman peribadi, anda boleh dapatkan promosi pinjaman peribadi yang sedang diadakan di Malaysia untuk membuat keputusan yang lebih tepat. Ingat! Sentiasa waspada dengan kesilapan biasa pinjaman peribadi untuk memastikan anda betul-betul faham tentangnya.

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page