top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

APA ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM MEMOHON PINJAMAN


Jika berdepan dengan kecemasan yang memerlukan sejumlah wang dengan segera, satu-satunya penyelesaian paling cepat adalah dengan membuat pinjaman wang. Biasanya ada beberapa pihak yang boleh anda hampiri untuk memohon pinjaman wang. Antara pihak-pihak yang boleh meminjamkan wang adalah seperti berikut:


Jenis-jenis Pemberi Pinjam Wang


Ahli keluargaRakan-rakanMajikan anda (dengan memberi pendahuluan gaji bulanan)Pihak bankPemberi pinjaman wang berlesenPemberi pinjaman wang tidak berlesen (yang patut anda hindari atau elakkan)Syarikat pajak gadaiPemberi pinjaman wang berlesen atas talianPengeluar kad kredit


Jika anda tidak dapat memohon pinjaman daripada ahli keluarga, kawan-kawan atau pihak majikan, maka anda terpaksa membuat permohonan pinjaman daripada syarikat pemberi pinjam wang berlesen atau pihak bank.


Untuk membuat permohonan pinjaman daripada mana-mana bank atau syarikat pinjaman wang berlesen, biasanya ada beberapa dokumen yang perlu anda sediakan. Dokumen yang perlu anda kemukakan adalah seperti berikut:


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Pinjaman Kewangan


Kad pengenalan dan salinan kad pengenalanPenyata bank terkiniSlip gaji untuk 3 bulan terkiniLaporan kreditCagaran (untuk sesetengah jenis pinjaman)Bukti alamat rumah terkini (seperti bil elektrik atau air dan resit pembayaran)


Selain daripada perlukan dokumen-dokumen seperti yang tersenarai, latar belakang kredit anda juga akan disemak oleh pihak pemberi pinjam wang. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa anda akan mampu untuk membuat bayaran balik secara bulanan atau sebelum tamat tempoh bayaran. Para peminjam wang perlu kepastian bahawa mereka akan dapat semula wang yang dipinjamkan bersama dengan sedikit faedah ataupun bayaran upah.


Pinjaman Kewangan Atas Talian Dengan Dokumen Minima


Walau bagaimanapun, jika anda memohon untuk membuat pinjaman dengan pemberi pinjaman online yang berlesen dan diiktiraf, biasanya prosesnya lebih mudah dan cepat.


Contohnya seperti di CASHWAGON (MY) SDN BHD, langkah pertama anda cuma perlu ke laman web mereka dan masukkan butiran nama anda mengikut kad pengenalan, nombor telefon serta jumlah wang yang ingin dipohon pinjaman.


Dalam beberapa jam, anda akan dihubungi oleh wakil Cashwagon yang akan datang bertemu anda untuk selesaikan proses permohonan dan anda boleh mendapat wang yang dipohon masuk ke akaun anda secepat 24 jam.


Cara ini merupakan antara cara yang paling tepat dan tidak memerlukan banyak dokumen sebelum mengemukakan permohonan.


3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page