top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Apa Nak Buat Jika Pulangan ASB Lebih Rendah Daripada Ansuran ASB Financing?


2, 3 hari ini ramai dah duk tanya, kalau pulangan ASB lebih rendah daripada ansuran ASBF, apa nak buat?


Berdasarkan iklim ekonomi semasa, dijangka pulangan ASB tahun ini akan menyusut berbanding yang lepas-lepas.


Pelabur ASBF akan terkena tempiasnya.


Sepatutnya soalan tersebut ditanya masa awal-awal melanggan produk ASB Financing. Pelabur merangkap peminjam ASBF perlu bersedia sedari awal perkara ini.


Rujuk balik “gameplan” yang dirangka dan dirancang sedari awal.


Pilihan yang ada:

1. Terus bayar macam biasa. 2. Berhenti. Stop loss.

Mana-mana pelaburan pasti akan ada risiko sebegini. Tidak terkecuali ASB Financing atau ASB Loan ini.

Sebab itu saya tak prefer gunakan istilah “force saving” dalam konteks ASBF, sebab ia bukan simpanan tapi pelaburan.

Apabila berkaitan dengan pelaburan, ia pasti ada RISIKO dan KOS yang terlibat. Pelaburan, mesti untuk jangka masa panjang. Jangan bergantung kepada satu jenis sahaja, pelbagaikan.

IKLAN: ASB Financing-I paling murah di dunia. Rate 4.8%, 35 tahun. Islamic Bank. No locking period.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page