Aset dan liabiliti merupakan perkara asas yang wajib diketahui bukan sahaja golongan profesioanl pengurusan, tetapi mereka yang menguruskan kewangan sendiri. Apakah aset? Apakah liabiliti? Apakah hubungan kedua-duanya?
Apakah aset?
Aset adalah sumber ketara dan tidak ketara yang dimiliki oleh perniagaan, yang boleh menyediakan anda keuntungan ekonomi pada masa depan. Ia boleh menambah nilai kepada perniagaan anda, membantu anda menjalankan komitmen dan meningkatkan ekuiti anda.
Apakah liabiliti?
Liabiliti ialah hutan perniagaan atau tanggungjawab yang anda perlu penuhkan pada masa hadapan. Ini merupakan wang yang perlu anda pulangkan, barangan yang perlu anda sediakan, ataupun perkhidmatan yang perlu anda persembahkan. Tanggungjawab ini datang dari transaksi lepas dan perlu dilunaskan menggunakan aset syarikat.
Kedua-dua aset dan liabiliti dilaporkan dalam imbangan duga syarikat. Aset boleh mengalami susut nilai tetapi liabiliti tidak.
Terdapat dua kategori besar liabiliti . Bergantung kepada kematangannya, liabiliti boleh jadi semasa atau bukan semasa.
Liabiliti semasa ialah liabiliti yang perlu diselesaikan dalam perakaunan tahunan semasa seperti
- overdraf bank
- akaun hutang
- cukai jualan
- cukai gaji
- cukai pendapatan
- pinjaman jangka masa pendek
- perbelanjaan terkumpul
Liabiliti bukan semasa ialah kewajipan kewangan yang tidak perlu dilangsaikan dalam tempoh setahun daripada perjalanan perniaagan yang normal. Juga dikenali sebagai liabiliti jangka masa panjang, ia meliputi
- bon yang perlu dibayar
- pajakan modal
- hutang gadai janji
- liabiliti pencen
- pendapatan tertunda dan cukai
- keselamatan
Anda perlu mengambil berat perihal aset dan liabiliti untuk memastikan keadaan kewangan perniagaan dipaparkan sepenuhnya dalam laporan akaun.
Kredit: nibusinessinfo.co.uk
Comments