top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Asas Pengurusan Kewangan


Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepanjang melakukan perniagaan. Seseorang pemilik perniagaan WAJIB ambil tahu tentang pengurusan wang sekalipun tugas ini digalas oleh perkerja bawahan.


Bagi sesebuah syarikat yang kecil atau baru bermula, cukup untuk memahami perkara-perkara asas mengenai pengurusan kewangan supaya tidak timbul permasalahan di kemudian hari atau masalah dapat diselesaikan sebaiknya.


1. Transaksi bank. 


Perniagaan yang baik perlu ada transaksi antara syarikat dan bank. Setiap duit jualan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank samada setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan mengikut keselesaan. Ini akan meningkatkan kepercayaan pihak bank terhadap syarikat.

2. Guna akaun SEMASA syarikat, bukan akaun SIMPANAN peribadi.


Setiap perniagaan perlu membuka akaun SEMASA, bukannya akaun SIMPANAN atau akaun SEMASA PERIBADI. Segala perbelanjaan dan simpanan syarikat perlu menggunakan akaun SEMASA. Ramai antara perniaga peniaga kecil yang mengunakan akaun SIMPANAN yang bersifat PERIBADI untuk menyimpan wang perniagaan. Akaun anda berkemungkinan akan di sekat untuk seketika waktu sekiranya terdapat lebih daripada 10 transaksi yang berlaku dalam sehari.


3. ‘Declare’ pendapatan


‘Declare’ pendapatan boleh dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). ‘Declare’ pendapatan syarikat bukan bererti perlu bayar cukai. Ia bertujuan untuk mengesahkan aliran wang keluar masuk syarikat dari segi pendapatan, perbelanjaan, dan kos syarikat.


4. Pemfailan dokumen


Pemfailan setiap dokumen perbelanjaan syarikat adalah perlu sebagai bukti deklarasi pendapatan. Deklarasi pendapatan yang dibuat perlu disokong oleh dokumen-dokumen seperti berikut dan perlu berada dalam simpanan syarikat dalam tempoh masa 7 tahun.


a. Baucar pembayaran (payment voucher)


Setiap wang yang dikeluarkan daripada akaun syarikat perlu disertakan dengan baucar pembayaran bagi setiap transaksi dan dinyatakan tujuan pembayaran. Ia perlu disokong oleh inbois dan resit rasmi sebagai bukti transaksi. Baucar pembayaran secara tunai dan cek perlu diasingkan dan amaun haruslah sama seperti di dalam penyata bank.

b. Petty cash


Petty cash adalah sebahagian wang yang dikeluarkan daripada akaun bank untuk kegunaan harian. Setiap perbelanjaan daripada petty cash perlu direkodkan dan disimpan resit pembelian.


c. Inbois (invoice)


Inbois adalah dokumen yang dikeluarkan oleh penjual sebelum syarikat membuat pembayaran. Selepas pembayaran dibuat, inbois perlu disokong oleh resit sebagai bukti pembayaran telah dibuat.

Apabila inbois dikeluarkan, urusan jual beli dikira telah berlaku dan perlu di diklarasi pada tahun semasa. Syarikat dikira berhutang selagi mana pembayaran belum dibuat.


d. Penyata bank (bank statement)


Penyata wang keluar masuk daripada akaun semasa syarikat. Penyata bank perlu disimpan dalam fail syarikat pada setiap bulan


e. Penyata pendapatan


Setiap pendapatan yang diperolehi mestilah disimpan penyata pendapatan dan direkodkan. Terdapat pendapatan yang dikenakan cukai dan ada juga yang tidak dikenakan cukai. Pendapatan yang dikenakan cukai adalah seperti jualan dan dividen manakala pendapatan ang tidak dikenakan cukai adalah seperti dana, sumbangan, deposit, dan pinjaman. Setiap perolehan atau keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu perniagaan akan dikenakan cukai.


Perkara-perkara di atas adalah asas kepada pengurusan kewangan. Apabila sesuatu perniagaan berkembang maju, terdapat banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititikberatkan. Apa yang penting adalah apabila sesuatu syarikat menjana keuntungan dengan baik, wang tersebut haruslah diurus, dilindungi dan dilaburkan dengan baik.

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page