Aset digital seperti mata wang kripto, akaun perdagangan atas talian, e-dompet, dan akaun cloud storage kini boleh diwasiatkan, kata pengurus pengarah Rockwills International Group, Saw Leong Aun.
Menurut Saw, Rockwills sudah merangka beberapa klausa yang dapat membantu klien untuk mewasiatkan aset digital mereka kepada penerima serta arahan tentang pengurusan aset digital mereka.
Beliau berkata lagi, aset digital terbahagi kepada dua kategori; aset kewangan seperti akaun perdagangan atas talian, e-dompet dan poin perjalanan syarikat penerbangan, dan nilai emosional atau sentimental seperti gambar-gambar di media sosial dan lagu-lagu yang dicipta sendiri dan disimpan di akaun cloud storage.
“Kesemua akaun ini memerlukan kod atau kata laluan”
Tanpa arahan yang spesifik seperti yang tertera dalam wasiat, ahli keluarga tidak boleh mengakses akaun digital tersebut, sambungnya.
Saw berkata jumlah klien yang bertanya tentang cara-cara untuk memasukkan aset digital dalam wasiat mereka semakin meningkat dari sehari ke sehari yang mana juga merupakan trend di seluruh dunia.
“Statistik kami menunjukkan bahawa majoriti klien adalah mereka dari generasi X berumur 31 hingga 50 tahun”
Beliau turut menambah generasi ini mempunyai kesedaran yang tinggi tentang media sosial termasuk keluarga muda yang mempunyai rumah dan cenderung untuk mengendalikan perniagaan sampingan ataupun menceburkan diri dalam perdagangan atas talian.
“Kedua-dua aset fizikal dan digital boleh diwasiatkan” katanya dalam sebuah wawancara di Kota Kinabalu, Sabah.
Tambahan lagi, Saw berkata Rockwills juga telah merangka Memorandum Aset Digital yang merupakan senarai berasingan tentang klien akaun atas talian seperti PayPal atau iCloud.
“Setelah klien meninggal dunia, pelaksana wasiat perlu merujuk pada senarai tersebut dan mendapatkan kembali aset tersebut”
Beliau turut berkata bahawa Rockwills adalah entiti pertama yang menggariskan klausa aset digital untuk wasiat yang diperkenalkan pada April tahun ini.
Ditubuhkan 23 tahun yang lalu, Rockwills telah membantu mengendalikan lebih 200,000 wasiat untuk klien di Malaysia.
Saw turut menyebut bahawa kesedaran mengenai keperluan untuk menulis wasiat agak rendah tetapi sudah semakin meningkat sejak belakangan ini.
Di samping itu, Saw turut menyatakan bahawa estet yang tidak dituntut di Malaysia telah mencecah RM60 billion dua tahun lalu, satu peningkatan daripada RM40 billion pada tahun 2007.
Turut hadir dalam sesi wawancara tersebut merupakan penasihat Rockwills Corporation Sdn. Bhd, Low Wan Gem.
Kredit: The Borneo Post
Comments