BAGAIMANA CARA TINGKATKAN SKOR KREDIT YANG BURUK
- Norman Abdullah
- Jan 29, 2020
- 2 min read

Skor kredit merupakan sejenis gred yang mencerminkan maklumat kewangan anda. Ia menjadi penanda aras bagi bank atau pemberi pinjaman wang sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman atau tidak. Jika anda punyai skor kredit yang rendah atau buruk, besar kemungkinan pinjaman anda tidak akan diluluskan.
Perkara Yang Menyebabkan Skor Kredit Buruk
Terdapat beberapa perkara yang akan menyebabkan skor kredit anda menjadi buruk. Antaranya termasuk:
Tercicir dalam membayar apa-apa bil atau ansuran bulananBaki kredit anda, terutamanya baki kad kredit yang perlu dibayar di paras yang terlalu tinggiTerlalu kerap membuat pinjaman bank
Walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah memastikan yang anda membayar segala bil atau bayaran ansuran dan bulanan tepat pada masanya dalam jumlah yang mencukupi tanpa gagal. Ini termasuk bayaran rumah, pinjaman kereta, bayaran insuran, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi dan kad kredit.
Cara Tingkatkan Skor Kredit
Anda sudah terlepas beberapa bayaran dan pasti bahawa skor kredit anda buruk? Usah risau, kerana ada cara untuk memperbaikinya. Masalahnya, anda cuma tidak boleh memohon apa-apa pinjaman selama setahun atau setahun setengah sementara menunggu skor kredit anda kembali cantik. Ini kerana pihak Bank Negara Malaysia serta penilai kredit akan memantau aktiviti kewangan buat tempoh masa ini sebelum memberikan skor kredit yang lebih baik.
Untuk meningkatkan kembali skor kredit anda, pastikan anda buat yang berikut:
Sentiasa membayar apa-apa bil dan ansuran tepat pada masanya.Jika takut terlepas bayaran, pilih setting bayaran automatik daripada akaun bank anda terus kepada akaun-akaun pinjaman atau perkhidmatan di mana anda perlu membuat bayaranSeeloknya anda punyai pekerjaan bergaji yang bagus dengan pendapatan yang stabil. Namun, jika anda bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap, anda perlu buktikan bahawa anda punyai sejumlah pendapatan yang masuk ke akaun setiap bulanSementara itu, cuba untuk kurangkan hutang-hutang anda dan tidak membuat apa-apa pinjaman atau memohon kad kredit buat sementara waktu. Tumpukan dahulu kepada hutang-hutang yang sedang diservis sekarang.
Bagaimana Memohon Pinjaman Dengan Skor Kredit Yang Buruk
Anda masih boleh memohon pinjaman jika anda rasa skor kredit anda buruk. Namun, kebarangkalian ia akan diluluskan agak tipis. Jika diluluskan pun, mungkin jumlahnya sedikit sementara kadar faedahnya tinggi. Bagaimana pun, anda boleh cuba memohon dengan pemberi pinjam wang berlesen seperti Cashwagon, di mana ia mudah dan pantas kerana boleh dilakukan secara online atau atas talian. Cashwagon akan tolong semak kelayakan anda dan beritahu keputusannya secepat 24 jam.
Comments