top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Bagaimana Coronavirus Mempengaruhi Pasaran Dunia

Sebarang acara ekonomi yang penting akan memberikan impak kepada pasaran matawang dan stok dunia. Walaupun twitter daripada Donald Trump juga mampu mempengaruhi pergerakan market.


Sama juga kepada penyebaran wabak maut yang tersebar di Asia. Penghujung 2019, saintis telah menjumpai sejenis selsema yang baru yang dikenali sebagai 2019-nCoV (yang kemudiannya dikenali sebagai COVID-19). Ianya juga dikenali sebagai “Wuhan Pneumonia” selepas ianya ditemui di Wuhan. Hari ini, ribuan mangsa telah dijangkiti. Ratusan pula dari pelbagai negara telah meninggal dunia.


Jelas menunjukkan perkara ini juga mampu memberi kesan kepada nilai pasaran matawang dan stok dunia. Reaksi Awal Kepada Coronavirus Pasaran dengan segera memberi respon apabila ianya bermula di China dan merebak ke negara-negara lain. Selepaspergerakan menaik yang kuat sebelum Christmas, stok China mula menjunam. Ini berlaku pada 13 Januari, sebaik sahaja penemuan rasmi COVID-19.


Ancaman semakin seris dan pasaran mula jatuh. Pada 21 Januari, saintis merekodkan kes pertama penularan dari individu ke individu yang lain. Ini menyebabkan berlakunya reaksi sehingga kepada pasaran Amerika dan Eropah. US Dollar semakin menguat disebabkan epidemik ini. Japan Yen juga semakin mengukuh, kerana ianya menjadi matawang pilihan dan perisai kepada pedagang Asia. Yang paling terkesan adalah pasaran minyak. Sejak penemuan virus pada malam tahun baru, harga berhenti meningkat dan menjunam.


Ini adalah kerana ketika itu, penggunaan minyak berkurangan yang juga menyebabkan penurunan harga minyak. Pengaruh Semasa Virus Kepada Pasaran Utama Coronavirus merebak dengan sangat pantas. Sehingga vaksin kepada penyakit ini dijumpai, halangan kepada sebarang acara umum akan dikuatkuasakan. Walaupun tanpa sebarang notis dan arahan berkurung, orang ramai secara sukarela tidak akan mengunjungi tempat-tempat sesak. Situasi ini mula memberi kesan kepada keuntungan syarikat-syarikat besar di negara Asia. Secara rasminya, tiga syarikat besar telah mengumumkan penurunan dalam keuntungan mereka: McDonalds Disney Starbucks Selain itu Coronavirus juga telah hampir menyebabkan penutupan beberapa kilang dan mempengaruhi gerak kerja syarikat besar seperti Apple dan Google. Coronavirus terus memberi kesan kepada harga minyak. Kerajaan menghadkan pergerakan kenderaan awam dan juga kenderaan persendirian.

Ianya memberi kesan kepada penjualan minyak. Pengeluar merancang untuk menurunkan jumlah pengeluaran untuk membuatkan harga minyak terus jatuh. Namun sehingga kini penurunan harga minyak masih terjadi Wuhan Pneumonia juga turut memberi kesan kepada nilau US Dollar.


Kesan utama telah terjadi namun Chairman Fed Jerome Powell berkata US masih aktif dalam memantau situasi virus tersebut. Oleh itu pedagang seharusnya memeriksa perkembangan terbaru penunjuk makro-ekonomi.


Apa Yang Perlu Dijangkakan Pada Masa Akan Datang


Jelasnya epidemik ini tidak mampu membuatkan pasaran hancur atau merosakkan sesebuah negara. Namun, bersama dengan petunjuk lain, coronavirus mampu memberi kesan kepada pasaran matawang dan juga stok. Sebagai contoh, epidemik ini, mengikut beberapa pendapat, akan menyebabkan penurunan GDP China sehingga 60%.


Pasaran stok akan terus turun dan juga keuntungan syarikat-syarikat besar akan menjadi malar dan masih kekal malar sehingga hari ini. Reaksi awal sudah berakhir. Semua pasaran termasuk pasaran matawang turut terkesan kepada epidemik ini.

Nilai CNY menurun berikutan kesan kepada pelancongan, pengangkutan dan pembuatan. Mungkin keadaan ini akan berubah apabila vaksin ditemui. Impak epidemik ini kepada emas dan Bitcoin mungkin lebih kepada jangka masa panjang. Ianya mungkin memberi kesan sehingga penghujung 2020, setidak-tidaknya. Tambahan pula, ianya seperti akan menguatkan Index US Dollar secara berterusan.


Bagaimana Untuk Menghadapi Coronavirus Coronavirus bukanlah epidemik pertama yang terjadi. Sejarah lalu mengesyorkan kita seharusnya mencari masa yang tepat untuk menghapuskan virus ini ketika virus ini menunjukkan kesan penurunan. Apabila epidemik ini mula terhapus, anda boleh mula untuk berfikir untuk membeli pasaran Eropah dan kemudian pasaran Asia pula.


Matawang juga dalam tahap lebihan jualan dan lebihan belian. Pada ketika ini anda boleh membuka posisi jangka masa pendek dan sederhana. Dalam kata lain, strategi anda ketika ini agak mudah. Anda perlu tunggu untuk epidemik ini beransur pulih dan buka dagangan melawan arah pasaran yang terkesan oleh Coronavirus.

9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page