(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 22 July 2017 dan dikemas kini pada 25 Februari 2020).
Dalam satu tinjauan oleh Hays Malaysia, sebanyak 46% rakyat Malaysia tidak puas hati dengan gaji mereka kerana mereka menjangkakan gaji yang lebih tinggi. Apabila individu yang aktif mencari kerja ditanya, seramai 52% mengatakan bahawa gaji adalah kriteria utama untuk mencari kerja.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, adalah mencabar untuk individu yang perlu menyara diri dan keluarga. Jadi, soalannya adalah “Bagaimana anda menghadapi situasi ini?” Jangan risau, kami ada beberapa tips untuk bantu membesarkan bajet anda!
Apakah yang Dikatakan sebagai Berpendapatan Rendah?
Mengikut laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, individu yang berpendapatan rendah memperoleh gaji pertengahan RM3,000 sebulan. Kumpulan ini juga dikenali sebagai B40 yang membentuk 40% isi rumah di Malaysia.
Kini, dengan kos purata hidup RM2,036 sebulan tidak termasuk kos perumahan, apabila anda mengambil kira faktor kos perumahan tersebut, anda tidak akan dapat menghasilkan lebihan wang simpanan.
Jadi, bagaimana anda menguruskan wang anda dan bertahan dengan faktor kewangan di kawasan bandar di mana perbelanjaan hariannya adalah sangat besar? Berikut adalah tujuh tips yang anda boleh aplikasikan untuk bantu mengurangkan kos kehidupan seharian.
1. Mula dengan Perancangan Belanjawan
Untuk memanfaatkan sepenuhnya wang yang anda ada, adalah penting untuk mengesan dan merancang perbelanjaan serta pendapatan. Senaraikan semua kos dan pendapatan bulanan anda. Jika pengeluaran wang adalah lebih besar daripada kemasukan wang, anda harus mengurangkan perbelanjaan anda. Bacalah artikel kami tentang peraturan belanjawan popular oleh Elizabeth Warren.
2. Jana Pendapatan Sampingan
Mempunyai wang tambahan hampir menjadi keperluan untuk terus bertahan tetapi berita baiknya adalah untuk memperoleh pendapatan sampingan bukanlah sesukar yang disangka. Kini terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan sampingan dengan kemajuan Intermet dan teknologi. Anda boleh mendapatkan lebih banyak pekerjaan yang fleksibel seperti menjadi pemandu Grab, terlibat dalam jualan atas talian atau dengan menggunakan bakat kreatif anda.
3. Potong Langganan Utiliti
Kami faham bahawa adalah susah jika anda memotong servis telefon dan Internet sepenuhnya. Teapi sebagai alternatif, anda boleh pilih untuk ‘downgrade’ langganan bulanan anda. Contohnya, anda boleh memilih pakej Netflix yang lebih murah iaitu RM17 daripada memilih Pakej Basic yang bernilai RM33. Atau, anda boleh pilih untuk tonton di iFlix secara percuma.
Secara amnya, buatlah pilihan yang bijak dengan mengurangkan atau memotong perkhidmatan yang tidak penting kepada anda. Ini akan membantu anda untuk menyimpan lebih banyak duit setiap bulan. Bil-bil ini boleh menambahkan kos kewangan anda tanpa membina kekayaan jangka panjang.
4. Penstrukturan Pinjaman
Jika anda sedang berusaha untuk memenuhi pembayaran ansuran bulanan anda, pertimbangkan untuk berunding dengan pihak bank untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda. Dengan mengeluarkan bayaran balik, anda sepatutnya membayar ansuran bulanan anda dengan lebih murah.
Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa ini akan meningkatkan jumlah kos faedah anda dalam jangka panjang, tetapi ia masih merupakan pilihan yang lebih baik daripada gagal untuk membayar pinjaman anda. Sekiranya anda menghadapi masalah menguruskan hutang, hubungi Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk mendapatkan bantuan.
5. Kurang Makan Minum di Luar
Walaupun makan di luar adalah lebih mudah tetapi ia juga lebih mahal terutamanya ketika makan di rangkaian makanan segera dan restoran. Memasak di rumah boleh membantu menjimatkan kos makanan. Lebih-lebih lagi jika anda memasak untuk keluarga kerana ini akan mengambil kira kos bahan-bahan dan perbelanjaan makan yang rendah untuk setiap orang.
6. Tumpang Kereta
Apabila anda mengambil kira kos petrol, tol, ansuran bulanan kereta, penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans kereta, adalah tidak menghairankan jika anda akan menggunakan sepenuhnya gaji anda.
Lebih bagus jika anda dapat mempertimbangkan untuk bergilir memberi tumpang kereta kepada rakan-rakan untuk pergi bekerja berbanding menggunakan kereta seorang diri. Dengan cara ini, anda boleh berkongsi kos pengangkutan harian dalam kalangan rakan sekerja yang tinggal berdekatan dan menjimatkan perbelanjaan kereta anda.
7. Sewakan Bilik
Menyimpan wang bukan sahaja melibatkan pemotongan perbelanjaan, malah anda juga boleh menyimpan secara tidak langsung dengan membawa masuk wang tunai ke dalam simpanan anda. Sebagai contoh, pertimbangkan untuk mengurangkan ansuran pinjaman rumah atau kos sewa dengan menyewakan bilik di rumah anda. Ianya tidak sukar untuk mencari penyewa yang baik dengan mengunjungi laman-laman seperti Airbnb atau Homestay. Sebagai alternatif, anda juga boleh mencari penyewa jangka panjang untuk menyewa bilik dan mengurangkan kos perumahan anda sendiri dalam proses tersebut.
Suka baca artikel kewangan seperti ini? Ikutilah kami di blog and Facebook untuk dapatkan lebih banyak tips kewangan and topik berkaitan dengan pinjaman. Jika anda perlukan sedikit wang tunai untuk membantu menguruskan perbelanjaan, anda boleh mempertimbangkan untuk mohon Pinjaman Koperasi yang berkonsep Syariah. Mohon percuma – kami menawarkan kadar yang berpatutan dan kelulusan secepat dua hari bekerja.
Comments