Setiap individu pasti akan merasa lega apabila telah berjaya menyelesaikan hutang yang mengambil masa selama bertahun seperti pinjaman kereta, rumah, kad kredit mahupun pinjaman pendidikan. Sudah pasti pelbagai perancangan telah dilakukan untuk menggunakan duit tambahan yang selama ini diperuntukkan untuk pembayaran hutang.
Namun begitu ramai masih gagal untuk kekal bebas hutang apabila masih lagi dibelenggu dengan pusingan hutang akibat kecuaian atau perancangan yang kurang bijak. Oleh itu, terdapat EMPAT (4) langkah mudah yang boleh diikuti untuk kekal bebas hutang selepas selesai melunaskan segala hutang.
Rancang Perbelanjaan Kewangan
Setelah selesai melunaskan hutang pastinya pelbagai keinginan yang timbul untuk digunakan daripada wang lebihan yang selama ini diperuntukkan untuk pembayaran hutang. Oleh itu, kita hendaklah merancang perbelanjaan kewangan dengan bijak untuk mengelakkan dari terus berhutang untuk kali kedua. Dengan ini kita hendaklah mengikuti perancangan kewangan kita dengan teliti dan duit lebihan yang ada mestilah dimasukkan ke dalam bank simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan atau rancangan percutian.
Berbelanja Mengikut Keperluan
Setelah mempunyai perancangan kewangan bulanan yang teliti, kita mestilah merancang perbelanjaan kita mengikut keperluan dan elakkan berbelanja mengikut kemahuan. Selain itu elakkan daripada mengunakan wang diluar kemampuan dan akhirnya kita akan terperangkap dalam dilema hutang. Misalnya jika kita mahukan telefon bimbit yang berharga RM2000 sebuah, lalu mulakan menabung dengan RM500 sebulan. Apabila cukup 4 bulan, kita akan berupaya untuk membeli telefon bimbit tersebut dengan harga tunai daripada mengunakan pembayaran kad kredit. Dengan ini kita tidak akan terikat dengan dilema hutang dan ia juga menunjukkan kita seorang yang berdisiplin dalam pengurusan kewangan.
Elakkan Pembaziran
Sentiasa bertanya kepada diri kita satu soalan adakah kita perlukan barangan atau servis ini sebelum merancang untuk berbelanja. Oleh itu, kita akan dapat mengelakkan berlakunya pembaziran secara tidak sengaja. Sebagai contoh daripada sering makan di luar, apa salahnya kita belajar memasak dirumah. Dengan ini kita bukan sahaja boleh belajar skill memasak dan menambah pendapatan secara tidak langsung tetapi kesihatan kita juga akan lebih terjamin.
Mulakan Pelaburan Yang Bijak
Sebagai satu langkah yang bijak untuk menngelakkan berhutang dan menyimpan wang dengan bijak, kita boleh melaburkan wang ke pelaburan yang dipercayai dan lengkap dengan unit amanah serta premium insurans. Namun begitu hendaklah mendapatkan konsultan atau nasihat dari pakar kewangan terlebih dahulu sebelum melaburkan wang dalam sesuatu pelaburan. Misalnya, kita boleh memilih pelaburan jangka rendah yang mempunyai deposit tetap sebanyak 4% kadar kenaikan dan akan bertambah dalam beberapa tahun yang akan datang. Dengan ini, kita akan dapat menyimpan wang dan mendapat keuntungan pada masa yang sama untuk kegunaan pada masa depan.
Mempunyai perancangan kewangan adalah penting untuk setiap individu di luar sana untuk mengelakkan kita dibelenggu dilema hutang selepas selesai melunaskan hutang. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jadi kita hendaklah bijak berbelanja dan elakkan diri daripada terus berada dalam dilema hutang.
Sumber: gobear.com
Comments