Tertekan dan tidak tenang apabila setiap permohonan pinjaman anda yang kerap ditolak? Anda rasa seperti anda sudah layak untuk mendapatkan pinjaman yang anda inginkan tetapi akhirnya permohonan anda ditolak oleh pihak bank. Jadi artikel ini akan membincangkan bagaimana untuk mendapatkan pinjaman yang sukar diluluskan.
Kenapa Permohonan Pinjaman Anda Ditolak?
Anda telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan permohonan pinjaman anda tidak ditolak tetapi keputusan akhirnya masih negatif. Oleh itu anda perlulah mengetahui cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini daripada menganggu kehidupan anda. Bank ialah institut kewangan yang menerima deposit dari pelanggan dan menggunakan dana deposit untuk para peminjam melakukan pinjaman. Pihak bank juga menerima faedah bayaran daripada para peminjam dan juga terdedah kepada lebih banyak risiko.
Jadi mari kita lihat dengan lebih subjektif, jika anda seorang pemilik bank, adakah anda akan meminjamkan wang anda kepada individu yang berisiko seperti tidak menjelaskan hutang kad kredit dan tidak mempunyai wamg dalam bank simpanan. Sudah pasti jawapan tidak akan keluar dari mulut anda kepada individu seperti ini dan perkara ini juga sama jika diaplikasikan kepada pihak bank.
Menyelesaikan Masalah Permohonan Pinjaman Anda Sering Ditolak
Terdapat TIGA (3) perkara yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah permohonan pinjaman anda daripada sering ditolak.
#1 Jika Anda Meminjam Untuk Membuka Perniagaan
Cara mudah untuk mendapat kelulusan semasa memohon adalah untuk meningkatkan modal terlebih dahulu tanpa meminjam sebarang wang. Ini memberi jaminan kepada bank bahawa anda tidak akan melanggar perjanjian bank anda kerana pinjaman bank akan selalu dibayar terlebih dahulu sebelum ekuiti pemegang saham.
#2 Jika Anda Memohon Untuk Pinjaman Peribadi
Untuk memastikan pinjaman jenis ini diluluskan anda perlu pastikan yang status kewangan anda dikemaskini terlebih dahulu. Sebagai contoh:
Anda tidak mempunyai hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggiBaki akaun simpanan mestilah mempunyai sejumlah wangTidak mempunyai kredit hutang.
#3 Jika Anda Memohon Pinjaman Untuk Perniagaan Atau Pinjaman Peribadi
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, anda hendaklah memastikan anda telah mendapatkan nasihat kewangan daripada konsultan kewangan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa kadar pinjaman yang anda boleh lakukan. Selain itu, jika anda memperolehi nasihat untuk tidak membuat pinjaman terlebih dahulu jangan buang masa untuk mencuba dengan memohon pinjaman dari pihak bank yang lain. Ambil sedikit masa untuk anda menyimpan sedikit wang dan membina kerjaya anda terlebih dahulu.
Kesimpulannya, sebelum untuk memohon sebarang pinjaman anda perlu pastikan yang anda telah meneliti setiap terma dan syarat supaya anda tidak kecewa ketika permohonan pinjaman anda ditolak.
Sumber: comparehero.my
Comments