top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Bagaimanakah Cara Untuk Memilih Penasihat Kewangan Terbaik Untuk Diri Anda Dan Keluarga?


Profesion penasihat kewangan memang tidak dinafikan sangat penting terutamanya dalam perancangan kewangan  peribadi anda yang melibatkan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang. Mendapatkan khidmat profesional membantu dalam mendapatkan nasihat-nasihat berharga yang mungkin anda terlepas pandang dalam merancang kewangan anda sebelum ini. Tetapi, dalam merancang aspek yang sangat penting dalam kehidupan anda, anda perlu betul-betul memilih penasihat yang boleh dipercayai. Bagaimanakah anda mahu menentukan seseorang penasihat kewangan  itu terbaik untuk anda?


1. Pakar dalam Perancangan Kewangan Peribadi


Anda perlu dapatkan seorang pakar yang berpengalaman dalam bidang ini. Penasihat anda perlu memahami latak belakang, matlamat, dan impian anda. Dapatkan penasihat yang ibarat kata pepatah cakap serupa bikin untuk memastikan wang yang dibayar berbaloi dengan khidmat dan nasihat yang diberikan. Pastikan penasihat anda tidak hanya menjaga hati semata-mata tetapi memberikan nasihat yang ikhlas dan konsultansi yang mengikut keperluan anda.


Beberapa aspek soalan yang anda perlu kemukakan kepada calon-calon penasihat kewangan peribadi anda termasuklah:-


Pengalaman dalam merancang kewangan peribadiPengalaman sendiri sebagai pelabur, perancang kewangan peribadi sendiri dan sebagainyaLatar belakang pendidikan dan kelayakan profesionalSoalan-soalan rawak seperti bagaimanakah cara anda membeli rumah?


2. Cemerlang dalam perkhidmatannya


Penasihat anda perlulah sentiasa memberikan khidmat yang cemerlang. Penasihat anda perlu bijak mengutamakan keperluan anda terutamanya dalam perkara yang anda tidak tahu langsung. Usaha yang berterusan serta kegigihan untuk memberikan khidmat terbaik adalah kredit penting dalam pemilihan ini. Jangan utamakan penasihat yang popular kerana sekiranya anda pelanggan yang keseribu, beliau mungkin tidak mampu fokus kepada pelanggannya yang berprofail sederhana.


3. Beretika


Percaya atau tidak, inilah ciri yang paling penting yang perlu anda pertimbangkan. Kejujuran dan integriti adalah aspek yang penting dalam memilih penasihat kewangan peribadi. Hal ini kerana maklumat sulit kewangan ada dalam tangan mereka. Sekiranya anda ragu-ragu dengan penasihat anda sekarang, tukar dengan penasihat baru. Pemilihan penasihat yang salah boleh merugikan anda dalam pelbagai cara; mental dan fizikal. Sekiranya anda berasa kurang selesa dengan pendekatan penasihat anda, jangan pernah teragak-agak untuk tukar.


Kredit: MyPF

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page