top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Belanjawan 2020 | Bajet Kementerian Belia Dan Sukan


Semua orang mesti teruja kan nak tahu apa penambahbaikan bagi Bajet atau Belanjawan untuk tahun 2020 nanti. Yaya dengan kawan-kawan pun tak lepaskan peluang dengan kawan-kawan kat ofis sekali dengan bos pun pasang live dengar kat PC masing-masing (petang-petang macam ni semua kerja dah settle okay hihi). Pembetangan Belanjawan 2020 yang berlangsung pada petang Jumaat bertarikh 11/10/2019 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang bermula dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang telah memberi semangat dan nafas baru kepada semua rakyat Malaysia.


Jujurnya, Yaya memang fokus kepada Belanjawan untuk Kementeria Belia & Sukan kerana percaya dengan kewibaan Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman yang begitu nekad ingin mengubah nasib anak muda. Yaya sendiri teruja dengan pelbagai penambahbaikan dan peruntukan yang begitu banyak diberikan kepada semua golongan belia dan anak muda. Ini adalah satu langkah dan insisiatif yang amat baik bagi mengembalikan kesedaran kepada kerajaan bahawa anak muda dan belia masa kini adalah harapan dan tunggak utama negara demi kelangsungan negara maju dan berdaya saing. 


Bagi Belanjawan 2020 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1.2 Billion Peruntukan Keseluruhan KBSRingkasan jumlah belanjawan keseluruhan Kementerian Belia & Sukan bagi tahun 2020

PERUNTUKAN BAJET KBSRM1.2 BILLION*

Dalam mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 30) langkah-langkah teras telah dimasukan dalam Belanjawan 2020 sejajar dengan stategi tujuh (7) SPV30 yang telah digariskan menerusi YAB Perdana Menteri bagi tujuan tiada rakyat yang ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut:Perbelanjaan Pembanggunan BeliaPembangunan belia yang inklusif dengan peruntukan sebanyak RM138 Juta melalui program-program tersebut:

Youth Power Club (YP)Malaysia Future Leaders School (MFLS)Volunterism Initiatives

Malaysian@Works Hashtag Malaysia@KerjaMalaysian@Works merupakan insentif berupa gaji kepada pekerja dan majikan dimana inisiatif ini akan diseliaurus oleh kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan seterusnya akan dikemaskini melaluli Sistem Insurans Pekerja (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif Kos sebanyak 6.5 bilion dalam tempoh 5 tahun dalam mewujudkan 350000 peluar pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam mengurankan kebergantungan sebanyak 130000 pekerja asing Inisiatif Malaysian@Work Terbahagi kepada 4 iaitu :

Graduates@WorksApprentice@Works (TVET)Locals@WorksWomen@Works

Graduates@Work• Menganggur selama> 12 bulan• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun• Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun Apprentice@Work (TVET)• Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja Locals@Work• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun• Meningkatkan gaji minimum kepada RM200 di bandar-bandar utama dan RM100 luar bandar• Insentif sebanyak RM250 sebulan (selama 2 tahun sahaja) untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing Women@Work• Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif seperti berikut :• Dapat RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun• RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)

Mengarus Perdana TVET 2020 Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion

RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVETInstitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Tambah Baik Peralatan dan Upah Pengajar dari IndustriDana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.Meningkatkat keterlibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKAKerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendahTawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional dari rangkaian universiti-universiti teknikal di malaysia (MTUN)

Perbelanjaan Pembanggunan Sukan Pembangunan sukan negara amatlah penting dalam sesebuah negara, dengan itu beberapa peruntukan disediakan seperti berikut: Fasaliti & Sukan Untuk Wanita Sebanyak RM299 Juta untuk pembinaan fasiliti & Naik Taraf kemudahan sukan termasuk :

Kompleks Belia Dan SukanPusat Sukat NegeriSebanyak RM10 Juta bagi program sukan untuk wanita serta pasukan atau kelab yang libatkan wanita

Program Sukan Antarabangsa Peruntukan sebanyak 179 Juta untuk program antarabangsa seperti :

Sukan olimpik Tokyo 2020Sukan Sea Hano 2021Juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara

Program Pembangunan Bola Sepak

Peningkatan Peruntukan RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

Program Pembangunan E-Sukan

eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta bagi pembangunan e-sukan negara


So macam mana? Korang puas hati tak dengan Belanjawan 2020 terutama bagi Belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan? Tepuk dada tanya selera. Semoga dengan pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan untuk Belanjawan 2020 ini memberi kita kesedaran untuk terus memajukan diri dari segala aspek dalam kehidupan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Sesuai dengan Tema Belanjawan 2020 iaitu, ‘Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’ . Ayuh bangkit semua 😉


Untuk info dan matlumat lanjut :

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Website : www.kbs.gov.my Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia

Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PutrajayaPutrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570

#BelanjawanSukanNegara#Belanjawan2020#BelanjawanAnakMuda2020


Dipetik dari petikan blog Yaya Natsumi

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page