(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 15 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 5 Februari 2020).
Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang menetap di kawasan bandar, lazimnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Adalah wajar untuk disimpulkan bahawa sebab utama untuk memiliki kenderaan sendiri adalah untuk memudahkan urusan perjalanan. Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah.
Kebanyakan kereta di negara ini agak mahal, terutamanya kereta import yang memerlukan pembayaran pelbagai cukai tambahan. Jadi, anda tentu tertanya-tanya sama ada beli Kereta Baru lebih bernilai untuk wang anda ataupun Kereta Terpakai. Jawapannya bergantung pada situasi anda. Berikut adalah antara soalan-soalan penting yang patut anda tanya pada diri sendiri sebelum membeli kereta:
Apakah bajet keseluruhan saya untuk sebuah kereta?Adakah saya mampu bayar 10% bayaran pendahuluan untuk kereta tersebut?Adakah saya layak untuk mohon pinjaman sewa beli (termasuk pinjaman yang sedia ada)?Adakah saya mampu bayar insurans dan cukai jalan tahunan?Berapakah lama saya ingin simpan kereta tersebut?Apakah tujuan saya memiliki kereta ini?
Soalan-soalan ini adalah penting. Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan kesilapan yang besar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda mungkin ingin cari kereta yang lebih besar seperti sebuah SUV, MPV atau sebagainya.
Akan tetapi, jika anda seorang yang suka mengubahsuai atau ‘modify’ kereta, anda lebih sesuai membeli Kereta Terpakai kerana tidak perlu berasa bersalah atau sayang untuk menggantikan bahagian-bahagian kereta tersebut. Mari kita melihat perbandingan Kereta Baru dan Terpakai dari segi harga, kos penyelenggaraan, pinjaman dan cukai jalan dan insurans.
1. Harga
Kereta Terpakai secara amnya lebih murah berbanding Kereta Baru. Harga Kereta Baru menyusut dengan cepat dan boleh mencapai 50% nilai asal kereta dalam masa 5 tahun sahaja. Marilah kita lihat perbandingan antara Kereta Baru dan Terpakai. Kami akan memilih jenama dan model kereta yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sebagai contoh.
**Harga adalah tepat pada masa penulisan.
2. Kos Penyelenggaraan
Untuk kereta yang melebihi 5 tahun umurnya, kos penyelenggaraan dijangka meningkat. Secara puratanya, jangka hayat kereta adalah sekitar 12 tahun mengikuti kajian pada tahun 2018. Ini bermaksud kereta yang lebih tua daripada 12 tahun akan kerap mempunyai isu teknikal yang perlu ditangani dan ini akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kos penyelenggaraan.
Tambahan pula, kebanyakan penjual kereta di Malaysia hanya menawarkan servis warranti perlindungan asas untuk kereta baru selama 5 tahun atau 100,000 km servis waranti. Sebagai contoh, Honda menawarkan 5 tahun servis waranti untuk model terbaru mereka. Jadi kesemua kos pembaikan atau penyelenggaraan selepas tempoh ini terpaksa anda tanggung sendiri.
3. Pinjaman
Kereta yang bernilai kurang daripada RM10,000 kemungkinan boleh dibeli dengan tunai dan anda tidak perlu mengambil pinjaman sewa beli daripada bank. Pinjaman yang diambil untuk Kereta Terpakai biasanya mengenakan faedah yang lebih tinggi, sekitar 3.3 – 4.6%* manakala pinjaman untuk Kereta Baru mengenakan faedah serendah rendah iaitu 2.5%* setahun. **Kadar faedah tepat pada masa penulisan.
Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada anda mampu mengambil pinjaman kereta kerana bayaran bulanan (apabila ditambah dengan bayaran bulanan pinjaman lain) tidak sepatutnya melebihi satu pertiga daripada pendapatan anda.
4. Cukai Jalan dan Insurans
Di samping pinjaman yang mungkin anda perlukan, anda perlu juga berfikir sama ada anda mampu membayar cukai jalan dan insurans kereta yang anda beli itu. Insurans dan cukai jalan biasanya bertambah jika adalah Kereta Baru atau kereta import manakala Kereta Terpakai biasanya mempunyai insurans dan cukai jalan yang lebih rendah.
Berikut merupakan jadual perbandingan tahap insurans berdasarkan umur kereta dan model. Anggaran dibuat berdasarkan liputan komprehensif yang standard tanpa polisi tambahan lain (lokasi: Semenanjung, tiada diskaun NCD) dengan penggunaan kalkulator CarBase.
**Harga adalah tepat pada masa penulisan.
Untuk cukai jalan, bayaran adalah sama untuk kedua-dua Kereta Baru dan Kereta Terpakai. Untuk kenderaan 1.0cc di Semenanjung Malaysia, bayaran setahun adalah RM55 manakala untuk kenderaan 1.5cc adalah RM90.
Patutkah Saya Membeli Kereta Baru ataupun Kereta Terpakai?
Kedua-dua Kereta Baru dan Terpakai mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kereta Baru biasanya dapat reputasi buruk kerana harga mereka menyusut dengan cepat tidak seperti rumah atau harta benda lain. Tetapi Kereta Baru dapat berfungsi lebih lama berbanding dengan Kereta Terpakai.
Selain itu, Kereta Terpakai adalah lebih murah dari segi harga di mana anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta dengan tunai. Beli Kereta Terpakai jika anda tidak kisah untuk memandu kereta model yang lebih lama dan tidak mahu menghabiskan masa dan wang untuk jaga kereta. Anda juga tidak perlu risau jika nilai kereta akan susut.
Comentarios