top of page
Search

Cara Mohon Pinjaman Wang Segera 24 Jam Tanpa Dokumen



Anda pasti tahu memohon pinjaman peribadi adalah jalan yang cepat dan segera untuk dapatkan wang segera. Ciri-ciri pinjaman wang segera ini seperti tidak perlu cagaran dan boleh dapat duit secepat 24 jam menjadikannya pilihan utama untuk individu yang ada kecemasan kewangan.

Jika anda sedang membaca artikel ini, anda semestinya berminat untuk mohon pinjaman wang segera secepat 24 jam tanpa dokumen kan?

Seperti yang anda tahu, dokumen seperti slip gaji & IC memang penting untuk dapatkan pinjaman peribadi di Malaysia. Jadi di sini, kami akan kongsikan macam mana anda boleh dapat mohon pinjaman wang segera secepat 24 jam walaupun tiada dokumen.


Apa itu Pinjaman Wang Segera 24 Jam Tanpa Dokumen


Pinjaman wang segera 24 jam tanpa dokumen adalah kemudahan kredit untuk dapat pinjam duit walaupun tiada dokumen seperti slip gaji, penyata bank, penyata KWSP, dan surat pengesahan majikan.

Walaupun anda boleh dapat pinjam duit secepat 24 jam daripada pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai, proses untuk dapatkan pinjaman bukannya setakat tekan-tekan butang di website atau aplikasi pinjaman dan terus dapat duit.

Anda memang kena sediakan dokumen peribadi sebagai sokongan penting untuk anda dapatkan pakej pinjaman seperti kadar faedah yang rendah, jumlah pinjaman yang tinggi daripada institusi kewangan seperti bank. 

Kami faham tak ramai individu yang ada dokumen lengkap seperti yang diperlukan oleh pihak bank jika anda nak mohon pinjaman wang segera 24 jam. Oleh itu, dengan adanya 4 cara untuk mohon pinjaman wang segera secepat 24 jam tanpa dokumen ini diharap dapat membantu anda dapakan wang secara sah dan selamat. Ingat, walaupun tengah urgent nak pinjam duit jangan sesekali mohon pinjaman daripada Ah Long!


Cara Mohon Pinjaman Wang Segera 24 Jam Tanpa Dokumen


Pinjam duit dengan keluarga atau kenalan


Jika anda memang perlukan duit dengan segera anda boleh cuba dulu untuk buat pinjaman dengan ahli keluarga atau kenalan terdekat. Tiada ahli keluarga yang sanggup tengok ahli keluarga lain kesusahan. Jika anda memang perlukan duit atas keperluan penting seperti nak bayar sewa rumah, bayar bil api/air atau nak pinjam duit untuk beli barang-barang dapur. Apa salahnya untuk approach keluarga dan kenalan terdekat dulu. Jelaskan betul-betul yang anda akan gunakan duit yang nak dipinjam tu atas keperluan bukan sebab yang tak penting. 

Mungkin anda tak dapat pinjam amaun yang besar kerana ahli keluarga dan kenalan anda juga mempunyai  tanggungjawab sendiri yang perlu dijaga dan dibereskan. Jika anda nak buat pinjaman RM500 atau RM300 dengan segera mungkin tiada masalah. Kalau sudah urgent, tak perlu malu untuk pinjam asalkan anda memang tepati janji untuk bayar balik pinjaman tersebut pada masa yang dipersetujui.


Buat cash advance dengan kad kredit


Mungkin ada yang masih tak tahu, kalau anda pengguna kad kredit anda boleh ‘pinjam duit’ terus daripada bank menggunakan kad kredit. Anda tak perlukan apa-apa dokumen selain kad kredit yang memang ada.

Cash advance ini apa? Ringkasnya, anda keluarkan sejumlah wang daripada kad kredit melalui mesin ATM. Perlu kami ingatkan, jika anda menggunakan Cash Advance ini pastikan anda mampu bayar balik tepat pada masa dan jangan biarkan baki kad kredit tertunggak pada masa yang lama. 

Hal ini kerana, kadar faedah yang dikenakan untuk Cash Advance memang mahal berbeza dengan kadar faedah kad kredit. Bila guna Cash Advance ini faedah harian akan dikenakan sehinggalah anda telah membuat bayaran penuh.

Anda boleh hubungi pihak bank untuk info lanjut cara mohon cash advance ini.

 

Pinjaman wang segera 24 Jam tanpa dokumen (kad ATM)


Tidak dinafikan Cash Advance akan jadi beban yang berat jika anda tidak tahu menggunakannya. Jadi, cara ketiga lebih mudah dan boleh dapatkan kadar faedah yang lebih murah. Jika anda perlukan pinjaman wang yang boleh lulus secepat 24 jam, anda boleh mohon pinjaman dengan syarikat kredit komuniti.

Anda boleh mohon amaun pinjaman yang lebih banyak dan tak perlu pening-pening untuk isi borang dan sediakan dokumen yang banyak. Dokumen penting yang diperlukan hanya IC, penyata bank, slip gaji dan penyata KWSP. Cara ini sangat sesuai untuk yang ada pendapatan tetap setiap bulan. 

Tak semestinya gaji tinggi, gaji rendah pun boleh mohon pinjaman peribadi dengan kredit komuniti. Apa yang penting syarikat kredit komuniti ini dikawal selia oleh KPKT jadi mereka tidak boleh sesuka hati mengenakan kadar faedah lebih daripada 18% setahun atau 1.5% sebulan. Anda juga kena tahu jika nak buat pinjaman peribadi di Malaysia, anda tak perlu bayar apa-apa wang deposit dan tidak perlu berikan kad ATM kepada pemberi pinjaman.

Jadi, jika anda perlukan pinjaman wang segera 24 Jam boleh mohon pinjaman peribadi di platform Direct Lending, untuk dapatkan pinjaman yang sah dan selamat.


Gadai barang kemas 


Selain itu, jika anda ada barang kemas atau aksesori mahal seperti jam bolehlah cuba untuk gadai buat sementara waktu untuk dapatkan pinjaman wang segera 24 jam. Selalunya anda tidak perlu sediakan dokumen jika anda memajak emas tersebut dengan ahli keluarga dan kenalan rapat. Tapi jika anda memajak barang kemas di kedai pajak gadai anda kena bawa surat atau dokumen yang boleh sahkan emas anda tu adalah emas asli. 

Anda perlu tahu, duit pajak yang anda terima selepas menggadai barang kemas tersebut adalah duit pinjaman yang perlu dibayar balik. Jadi kalau harga emas naik, anda mungkin perlu membayar balik harga emas mengikut harga terkini untuk menebus balik barang kemas tersebut.

Antara tips yang kami dapat daripada Hargaemas MY, sebelum memajak barang kemas adalah pilih masa yang sesuai untuk pajak barang kemas. Jadi, masa yang paling sesuai untuk pajak emas ialah bila harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau bila anda nak guna duit tersebut untuk rolling bisnes yang menguntungkan. 

Kalau anda nak gunakan duit pinjaman daripada pajak emas untuk perkara selain daripada pelaburan dan perniagaan, lebih baik jual terus atau lelong saja emas tersebut.


Infografik: Pinjaman Wang Segera 24 Jam Tanpa Slip Gaji



Pinjaman Segera RM1K Tanpa Perlu Kad ATM


Ramai yang memang urgent nak pakai duit tapi tak memerlukan amaun yang besar, seperti pinjaman segera RM1K sahaja. Kami faham kalau dah terdesak ada yang sampai tak perasan pinjaman yang dimohon tu pinjaman ahlong atau yang lagi teruk scammer pinjaman peribadi. 

Hal ini kerana, ramai yang terjerat dengan pinjaman ah long yang akan memegang kad ATM atau pun kad pengenalan. Anda perlu tahu, syarikat pinjaman wang berlesen yang sah tidak akan pegang kad ATM/IC dan tidak meminta apa-apa bayaran daripada anda.


 Oleh itu, jika anda mencari pinjaman segera sekecil RM1K sekali pun, pastikan anda memohon dengan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai. Buat semakan betul-betul sebelum nak mohon pinjaman.

Anda boleh pergi download aplikasi i-KrediKom untuk semak syarikat pinjaman wang itu betul-betul berlesen dan berdaftar di bawah KPKT ataupun tidak. Anda boleh minta no pendaftaran syarikat pemberi pinjaman tersebut dan buat semaka di aplikasi i-KrediKom. Jika syarikat tersebut tidak terdaftar di i-KrediKom, itu adalah ah long atau pun scammer.

Jika anda terlanjur berurusan dengan ah long atau pun scammer, terus block agent yang berurusan dengan anda. Jangan bayar apa-apa jenis bayaran pendahuluan pun dengan pihak mereka. Jika pihak mereka mengugut anda untuk saman kerana nak cancel pinjaman peribadi anda boleh terus buat laporan polis. Pastikan and menyimpan semua rekod conversation dengan loan agent tersebut sebagai bukti jika nak buat laporan polis.


Kesimpulan


Hakikatnya, kebanyakan pinjaman peribadi yang sah di Malaysia memang perlukan dokumen daripada anda. Tapi, tak semua dokumen ini susah dicari sebagai contoh anda memang sudah ada kad pengenalan (jika warganegara Malaysia), jika bekerja anda memang sudah ada slip gaji yang memang diberikan oleh majikan setiap bulan. Jika anda perlukan penyata bank dan penyata KWSP pula, anda hanya boleh download percuma daripada aplikasi atau online banking. 


Ada beberapa cara yang kami nyatakan di atas diharap dapat membantu anda untuk dapat pinjaman wang segera 24 jam tanpa dokumen yang banyak. Jika anda mencari platform pinjaman peribadi yang cepat dan dipercayai, bolehlah semak kelayakan dengan Loan Bank Centre untuk terima pinjaman yang selamat dan tidak membebankan.


30 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page