sebelum ini telah menerangkan beberapa perkara mengenai pemilihan pinjaman bagi perniagaan kecil. Untuk langkah seterusnya anda perlulah mengetahui cara terbaik bagi memudahkan kelulusan pinjaman perniagaan anda.
#1 Pengurusan Penyata Kewangan Dan Dokumen
Pertama sekali, pastikan semua penyata kewangan dan dokumen undang-undang anda teratur. Langkah pertama bank sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda adalah untuk menilai akaun anda dan dokumen kewangan lain untuk memastikan perniagaan anda berada dalam keadaan yang stabil. Ini memberi keyakinan kepada mereka bahawa anda mampu membayarnya kembali.
#2 Simpan Resit Pembayaran Cukai Anda
Kedua, membayar cukai yang dikenakan adalah sangat penting. Inilah penanda aras bank bagi pendapatan tahunan anda. Pastikan semua resit cukai anda disimpan kerana resit tersebut penting untuk menyokong akaun anda.
#3 Berlaku Jujur
Sekiranya terdapat sebarang isu atau kes terhadap syarikat anda, jujur dan mendedahkannya dengan alasan yang betul untuk memberi inspirasi kepada syarikat bahawa pengurusannya mengendalikan semua isu dengan tepat dan betul.
Tidak ada gunanya untuk menyembunyikan maklumat kerana bank akan mencari jarum di jerami. Ia akan menimbulkan masalah dalam penilaian kerana ketidakjujuran anda boleh mempengaruhi persepsi bank.
Sumber : RinggitPlus.com
Comments