top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Cara untuk Membaiki Rekod Kredit Sebelum Membuat Pinjaman


Rekod Pinjaman: Mengapa ia penting


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sedang memikirkan untuk membuat pinjaman? Ini adalah satu tip untuk membaiki rekod kredit anda untuk menaikkan peluang anda mendapat kelulusan.


Kita semua tahu kepentingan skor kredit, skor CTOS dan rekod kredit yang baik dalam hal mendapatkan pinjaman. Pinjaman yang besar seperti loan rumah atau loan kereta semestinya akan menyebabkan bank meneliti rekod kredit dengan cermat dan memastikan kita seorang pembayar hutang yang berdisplin.


Apakah caranya untuk memastikan skor kredit dan rekod kredit kita cemerlang, atau setidak-tidaknya menunjukkan peningkatan, sebelum membuat sesuatu permohonan baru?

 

Bagaimana Bank Memperoleh Skor Kredit Anda


Pihak bank akan mendapatkan laporan kredit anda dari sistem CCRIS. Laporan ini, yang rata-ratanya lebih dikenali sebagai CCRIS Report, mengandungi pelbagai maklumat & sejarah kredit peminjam seperti berikut:


Semua jenis hutang rasmi di bawah nama anda (walaupun anda peminjam berkongsi) yang belum dibayar penuh (hutang Ah-Long tak masuk di dalam CCRIS report).Akaun-akaun yang di bawah pemerhatian khas mana-mana institusi-institusi kewangan.Permohonan kredit yang belum lulus atau baru diluluskan dalam tempoh 12 bulan ke belakang.

Apakah rupa CCRIS report ini? Lihat contoh CCRIS report di sini.

Melalui CCRIS report, bank boleh menilai jumlah kesemua pinjaman yang telah diambil dan sejarah pembayaran hutang — sama ada tepat pada masanya atau jika ada kelewatan (dan berapa kerap ini berlaku) — untuk setiap hutang yang anda miliki. Rekod pembayaran PTPTN juga tersenarai di dalam laporan kredit ini.


Selepas itu, bank akan mengambil kira jumlah bayaran bulanan ke atas semua hutang ini untuk dibandingkan dengan gaji bulanan anda. Jika nisbah bayaran bulanan hutang berbanding gaji anda mencecah 40%, skor kredit anda akan turun dan hal ini akan mempengaruhi peluang untuk mendapat kelulusan pinjaman baru.


Jadi, ada kemungkinan — walaupun anda sentiasa membayar hutang mengikut jadual—permohonan anda ditolak jika upamanya anda telah menggunakan kad kredit untuk membayar pakej percutian berjumlah RM5000 berdekatan dengan tarikh membuat permohonan pinjaman.


Apakah Cara Untuk Menaikkan Skor Kredit?


Sebagai kakitangan kerajaan, perkara asas yang perlu untuk menaikkan skor kredit ialah mengawal jumlah pinjaman dan memelihara sejarah pembayaran beberapa bulan sebelum membuat permohonan pinjaman yang baru.


Hal ini tentunya akan memastikan skor kredit anda berada di tahap yang lebih tinggi. Sejauh mana anda akan dapat mempengaruhi peningkatan skor ini bergantung kepada jumlah hutang yang masih ada.

Jika anda mempunyai beberapa kad kredit di mana caj interest bank adalah setinggi 15 atau 18 peratus, anda mungkin rasa tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban ini. Inilah sebenarnya masa terbaik untuk mempertimbangkan kemudahan pinjaman koperasi yang ditawarkan khusus untuk kakitangan awam seperti Koperasi Ukhwah, Koperasi Yayasan RCE, Koperasi Yayasan Ihsan Rakyat, dan lain-lain.

Pinjaman koperasi boleh digunakan untuk melangsaikan hutang kad kredit sepenuhnya (sangat baik untuk skor kredit anda) dalam satu langkah. Disebabkan kadar pinjaman loan koperasi adalah lebih rendah dari caj interest kad kredit yang dikenakan oleh bank, anda akan berjaya mengurangkan jumlah keseluruhan interest yang perlu dibayar.

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page