Bidang perniagaan kini semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia. Bagi yang berkemampuan, modal mungkin bukan masalah untuk mereka terus menjalankan perniagaan. Tetapi, ada sesetengah yang kurang berkemampuan dari segi modal seperti golongan belia yang baru menamatkan pelajaran namun berhasrat untuk menjalankan perniagaan. Mereka mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan modal untuk merealisasikan impian tersebut. Namun, sebenarnya, terdapat banyak geran dan pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk para usahawan memulakan/mengembangkan perniagaan. Antaranya adalah;
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Program ini diperkenalkan bagi membantu golongan belia khususnya golongan Bumiputera memulakan perniagaan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta. Ianya dikendalikan oleh SME Corp dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), melibatkan usahawan muda melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15000. Di bawah fasa ketiga, para peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari SME Corp selama 12 bulan. Ini merupakan satu nafas baru kepada usahawan-usahawan baharu yang memerlukan bimbingan dan latihan, bengkel perniagaan dan seterusnya pelaksanaan perniagaan.
Cradle Fund
Cradle Fund Sdn Bhd adalah di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia dan ia menganjurkan program dana Cradle Investment Fund sehingga RM150, 000 untuk anda membangunkan satu idea yang mungkin boleh dikomersilkan dengan program CIP150. Selepas projek pertama anda dibentangkan, pihak Cradle akan mempertimbangkan dana lanjutan untuk anda mengkomersilkan projek tersebut.
Program PUTRA
Program PUTRA adalah salah satu inisiatif MARA bagi melahirkan usahawan kecil dinamik dari golongan belia atau generasi muda terutamanya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang mahu memulakan perniagaan buat kali pertama. Pakej pembiayaan terdiri daripada pembelian asset perniagaan dan juga jumlah modal pusingan. Had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10, 000.00 tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan. Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan (Pembiayaan Tanpa Keuntungan)
Startup Work Pass kepada usahawan ekspatriat (dari luar negara,
melalui MaGIC)
selama setahun dengan kriteria khas iaitu syarikat mempunyai modal berbayar sebanyak RM75, 000.
Research Incentive Scheme for Enterprise
dengan peruntukan RM 10 juta untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi dan industri berasaskan pengetahuan.
Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK bersama Persatuan Francais Malaysia.
Skim pembiayaan TERAS
Skim ini adalah satu usahasama bersama TERAJU dalam menyediakan dana khusus untuk syarikat-syarikat Bumiputera dalam kategori Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di bawah program TERAS dan bukan TERAS. Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah Islam.
SME Investment Partner
menyediakan ‘startup’ fund untuk perniagaan-perniagaan baru. Dana permulaan berjumlah RM375 juta (RM250 juta dari SME Bank, selebihnya, RM125 juta dari syarikat-syarikat swasta) untuk lima tahun dan RM10 juta untuk “Business Accelerator Programme” (Program Pecutan Perniagaan) di bawah seliaan SME Corp.
RM100 juta geran pemadananan disediakan untuk ahli-ahli Lembaga Pertubuhan Peladang,
selain membuka 65 pasar tani dan 50 pasar ikan sepanjang tiga tahun 2015-2017, tambahan kepada 526 pasar tani dan 50 pasar ikan sedia ada.
Dana Pemerolehan Teknologi (TAF 2)
Dana ini disediakan bagi memberi pembiayaan kepada usahawan wanita untuk memperolehi peralatan dan jentera untuk meningkatkan kapasiti dan pemprosesan pengeluaran sedia ada. Tempoh pembiayaan maksimum adalah selama 2 tahun. Bagi syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh wanita, pembiayaan maksimum sehingga 50% atau RM500, 000 akan diberikan berdasarkan yang mana lebih rendah mengikut merit setiap permohonan. Untuk syarikat yang dimiliki oleh majoritinya wanita pula, pembiayaan maksimum sehingga 25% atau RM250, 000 akan diberikan berdasarkan yang mana lebih rendah, juga mengikut merit setiap permohonan.
MDeC
MDeC adalah sebuah syarikat yang bernaung di bawah MOSTI yang membiaya individu dan syarikat untuk program inovasi-inovasi yang boleh dikomersilkan di pasaran. Antara geran-geran yang boleh didapati adalah ICON yang bernilai RM200000, IPCC bernilai RM50000 dan MAC3 yang bernilai RM5 juta.
Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)
Skim ini menyediakan geran sehingga RM500000 untuk menyokong idea perniagaan bumiputera yang kreatif lagi inovatif. Ianya merupakan satu bentuk pembiayaan untuk membantu syarikat memulakan perniagaan dengan dana RM100 juta dalam tempoh masa 3 tahun. Sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2014. Program ini terbuka kepada bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat bumiputera yang beroperasi kurang daripada tempoh 3 tahun. Pemilihan usahawan yang berjaya akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang terdiri daripada panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.
Get Malaysian Business Online
Ia adalah satu inisiatif kerajaan bagi membantu 50000 usahawan mikro terutamanya kaum wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran sebanyak RM1000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Comments