top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

(INFOGRAFIK) Penangguhan Pinjaman Automatik 6 Bulan


Berikutan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Untuk mengurangkan beban individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat pengumuman pada 25 Mac 2020 untuk membuat penangguhan terhadap semua pembayaran balik pinjaman secara automatik selama 6 bulan.


Berikut adalah infografik tentang pengumuman BNM dan soalan lazim yang berkaitan dengan pengumuman tersebut.


Tip: Ini adalah satu penangguhan, bukannya pembatalan. Jika anda mampu untuk membuat pembayaran, adalah dinasihatkan untuk meneruskan pembayaran balik seperti biasa. Faedah/bunga pinjaman masih akan dikenakan ke atas baki pinjaman dalam tempoh penangguhan ini.


Tetapi jika anda memilih penangguhan pembayaran pinjaman, gunakan wang tambahan tersebut dengan bijak. Pertama, pastikan keluarga anda mempunyai bekalan makanan serta keperluan asas yang mencukupi, dan sekiranya anda masih mempunyai wang tambahan, asingkan wang tersebut untuk membina dana kecemasan anda.


(UPDATE – Setakat 31 Mac 2020)

Coopbank Pertama (CBP): Moratorium akan diberikan secara automatik mulai 1 April 2020. Penangguhan pinjaman automatik ini adalah untuk individu yang tidak bertunggakan melebihi 90 hari. Sekiranya, anda tidak ingin menerima tawaran penangguhan secara automatik, sila emel ke moratorium@cbp.com.my


RCE (Yayasan Ihsan Rakyat) & (Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis) : Tiada penangguhan pinjaman secara automatik. Sekiranya, anda ingin membuat penangguhan untuk 6 bulan, permohonan moratorium boleh dibuat melalui penghantaran e-mel ke pertanyaan@yir.com.my pertanyaan@yyp.com.my. 


Ukhwah: Tiada penangguhan secara automatik. Sekiranya, anda ingin membuat penangguhan untuk 6 bulan ini, permohonan moratorium boleh dibuat melalui www.ukhwah.com.my/pembiayaan dan klik butang ‘Borang Moratorium’. Penangguhan bayaran pinjaman adalah 3 sehingga 6 bulan bergantung kepada kelulusan pihak koperasi. 


**Maklumat yang dinyatakan adalah tepat sewaktu masa penulisan.  

Ingat ya, jangan panik! Perdana Menteri kita akan mengadakan satu sidang media pada 27 Mac 2020 untuk membincangkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Diharapkan pakej tersebut boleh membantu individu yang memerlukan. Bacalah blog artikel kami tentang tips menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan.


20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page