Kita sering kali didedahkan dengan istilah CCRIS dan CTOS ketika pengurusan permohonan pembiayaan serta pinjaman. Namun begitu, adakah kita maklum dengan perbezaan antara kedua-dua laporan ini?
Central Credit Reporting System atau CCRIS adalah laporan kredit yang dikeluarkan oleh Biro Kredit, Bank Negara Malaysia. CCRIS berperanan untuk menunjukkan corak pembiayaan kita selama 12 bulan hasil maklumat yang disalurkan oleh institusi kewangan.
Segala maklumat berkaitan bayaran yang tertunggak, akaun dalam perhatian serta status permohonan pinjaman yang telah dibuat akan dilaporkan dalam CCRIS.
Manakala Credit Tip-Off Service atau CTOS pula berperanan untuk mengumpul maklumat berkaitan kredit seperti status muflis, tindakan undang-undang serta status kes yang dibicarakan. Laporan ini juga menunjukkan pemilikan dan penglibatan seseorang individu dalam syarikat. Pendek kata, CTOS menyediakan maklumat tambahan yang tidak dapat ditunjukkan oleh CCRIS.
Comments