top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Ini cara berkesan untuk simpan 10% daripada pendapatan secara konsisten, setiap bulan.


Simpan duit sebenarnya lagi susah berbanding belanja duit.


Tok setuju dengan kenyataan Kevin O’Leary. Lebih-lebih untuk golongan bawah 35 tahun.

Golongan umur seperti ini lebih suka beli barang yang orang lain boleh nampak, dan beli barang yang menjadi idaman orang ramai.


Apabila kita simpan duit, kita tidak apa yang boleh ditunjuk. Mahu tunjuk disiplin? Mahu tunjuk pengorbanan? Ada sesiapa kisah?


Walaupun 10%…


Perkara paling susah adalah menyimpan 10% daripada jumlah pendapatan.

Kenapa susah?


Kerana kita rasa 10% ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang yang kita idamkan. Bukan untuk disimpan.


Orang yang menyimpan 10% daripada pendapatan mungkin tidak dapat beli gajet idaman mereka hari ini. Jauh sekali daripada makan di restoran mewah atau pergi bercuti sakan.

Namun menyimpan mendekatkan kita dengan tiga perkara ini: Kuasa, keselamatan, kebebasan.


Cara paling berkesan simpan 10% daripada pendapatan.


Lagi cepat kita bertindak untuk simpan minimum 10%, lagi cerah peluang kita untuk hidup bebas, selamat dan berkuasa.


Itu adalah duit kita.


Cara paling bijak untuk simpan duit ini secara konsisten (menurut Kevin O’Leary) adalah,

“Jangan bagitahu sesiapa pun!”

Lagi ramai orang tahu, lagi kuat keinginan kita untuk keluarkan duit itu.

Tabung simpanan 10% ini perlu kita jaga setiap masa daripada dikeluarkan.

Duit ini yang akan jadi tabung keselamatan apabila kita perlukan kelak. Sebelum belajar melabur, belajar menyimpan dahulu.

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page