top of page
Search

Kelebihan Memohon Pinjaman Peribadi Atas Jenis Pinjaman Lain

  • Writer: Norman Abdullah
    Norman Abdullah
  • Jan 15, 2020
  • 1 min read

Jika anda sedang cari sumber wang untuk membiayai sesuatu pembelanjaan, anda akan tahu bahawa terdapat beberapa jenis pinjaman yang boleh dipohon di negara kita ini. Pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjaman bercagar, pinjaman peribadi…semuanya ini merupakan pilihan yang sesuai bergantung kepada keperluan anda.

Jadi, mengapakah pinjaman peribadi boleh dikatakan untuk mempunyai kelebihan di atas pilihan pinjaman yang lain?


Pinjaman peribadi boleh diluluskan dengan cepat


Pinjaman peribadi merupakan jenis pinjaman yang paling ringkas sekali. Oleh kerana pinjaman peribadi biasanya diambil untuk jumlah yang lebih kecil, proses kelulusan pinjaman peribadi juga tidak akan serumit pinjaman lain. Pinjaman peribadi yang tidak memerlukan cagaran, jaminan, dokumen yang banyak, dan semakan latar belakang yang teliti boleh diluluskan dalam masa beberapa hari atau mungkin juga beberapa jam.


Pinjaman peribadi amat fleksibel


Berbanding dengan pinjaman lain yang hanya boleh diambil untuk pembelian kereta atau rumah dan sebagainya, pinjaman peribadi boleh digunakan untuk apa-apa sahaja. Apabila memohon pinjaman peribadi, anda tidak perlu memberikan penjelasan tentang penggunaan wang yang dipinjam. Oleh itu, anda bebas menggunakan duit itu untuk membiayai perkahwinan, perayaan, perlancongan, ataupun untuk menggantikan pinjaman lain, contohnya untuk beli kereta atau bayaran pendahuluan untuk rumah.


 
 
 

Comments


Subscribe Form

Thanks for submitting!

60126755700

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

©2019 by LOAN BANK Xpress. Proudly created with Wix.com

bottom of page