Mengapa seseorang itu memilih untuk membuat pinjaman peribadi? Jawapan yang semestinya sudah jelas adalah kerana mereka memerlukan wang tunai yang tiada dalam simpanan. Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang ada memiliki wang tunai, tetapi masih memilih untuk membuat pinjaman.
Mengapa? Salah satu sebab mungkin kerana ianya lebih murah dan senang untuk mendapatkan bantuan kewangan melalui pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi daripada menukarkan aset mereka untuk mendapatkan wang yang mereka mahukan.
Sebab-sebab membuat pinjaman
Mari kita lihat antara sebab-sebab yang memerlukan anda untuk membuat pinjaman:
1. Kecemasan
Jika anda berada didalam situasi kecemasan dimana anda memerlukan wang dengan kadar yang pantas dan segera seperti untuk membayar bil perubatan, membaik pulih kereta atau untuk menampung keperluan harian disebabkan kehilangan pendapatan secara tiba-tiba, pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi yang sesuai dengan kemampuan anda boleh menjadi sumber sokongan kewangan yang utama.
Pinjaman koperasi adalah agak mudah untuk dipohon, walaupun untuk pemohon yang telah disenarai hitam di Malaysia sebab bayaran balik adalah melalui potongan gaji.
2. Melangsaikan Hutang
Pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi mungkin memberi manfaat kepada anda dengan mengurangkan beban hutang anda. Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yang belum dibayar dengan faedah sebanyak 18% setahun, anda boleh menggunakan pinjaman yang lebih murah untuk mengabungkan dan membayar hutang yang mahal ini.
Selain itu, ramai orang memohon pinjaman untuk membayar hutang tertunggak bagi menghapuskan rekod negatif CCRIS/CTOS dan seterusnya mempunyai taraf kewangan yang fleksibel.
3. Membeli Kenderaan
Pinjaman sewa beli konvensional mungkin tidak disediakan untuk kenderaan yang sudah melebihi had umur (10 tahun dan keatas) seperti kereta lama dan klasik.
Pembelian jenis ini boleh dikategorikan sebagai pelaburan kerana pada ketika inilah kereta akan diiktiraf nilainya. Dengan pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi, anda boleh memiliki kereta lama dan klasik idaman anda.
4. Untuk Perniagaan
Sekiranya anda mempunyai pelan perniagaan yang kukuh atau perniagaan anda semakin berkembang, tetapi anda tidak mempunyai pembiayaan yang diperlukan, anda akan memerlukan pembiayaan pihak ketiga. Mengambil pinjaman dengan kadar faedah yang rendah boleh membantu anda mengejar impian perniagaan anda. Anda boleh mula membayar pinjaman daripada pendapatan dan keuntungan perniagaan anda.
5. Pendidikan
Menaik taraf pengetahuan dan kemahiran anda dengan pergi ke kolej atau mengikuti kursus latihan adalah langkah bijak untuk memajukan prospek kerjaya anda. Malangnya, kursus tertiari dan latihan profesional dikenakan bayaran sehingga puluhan ribuan ringgit. Pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi dapat membantu anda menanggung kos program dan seterusnya membayar balik bakinya mengikut kemampuan anda.
6. Deposit Rumah Baharu
Masalah utama untuk memiliki rumah sendiri adalah anda perlu membuat bayaran pendahuluan untuk menjamin pembelian rumah. Walaupun ada yang menawarkan bayaran pendahuluan yang berkadar sifar, terdapat juga batasan-batasan tertentu seperti kadar faedah yang lebih tinggi dan margin pembiayaan yang lebih rendah yang mungkin menjadikan pinjaman jenis ini bukan lagi pilihan terbaik.
Jika berdepan dengan situasi seperti ini, anda boleh membuat pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan rumah dan kemudiannya membuat pinjaman rumah konvensional untuk membuat pembelian.
7. Perkahwinan
Bertemu dengan pasangan hidup dan berkahwin merupakan impian yang harus menjadi kenyataan untuk kebanyakan pasangan tetapi bagaimana untuk melaksanakannya jika tidak mempunyai kewangan yang kukuh? Membuat pinjaman kecil melalui pembayaran balik yang fleksibel dengan kadar faedah yang rendah dapat membantu anda merealisasikan impian tersebut tanpa perlu menanggung bebanan hutang yang berat.
8. Pengubahsuaian Semula
Rumah dan hartanah memerlukan penjagaan yang rapi untuk ia kekal berada di tahap terbaik dan juga menaikkan lagi nilai rumah tersebut. Namun, proses pengubahsuaian semula rumah menelan belanja yang sangat besar. Jika anda tidak mampu untuk membayar secara tunai, pinjaman peribadi atau pinjaman koperasi merupakan pilihan yang terbaik. Anda akan dapat mengubah suai rumah anda mengikut citarasa anda.
9. Percutian
Anda mempunyai rancangan percutian yang hebat namun tiada wang untuk merealisasikan impian tersebut? Pinjaman peribadi adalah idea yang terbaik. Dengan dana pinjaman ini, anda akan dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan dengan hanya perlu membayar nilai ansuran yang bersesuaian dengan kemampuan anda.
Sebelum Membuat Pinjaman
Antara peringatan penting sebelum anda memohon untuk membuat pinjaman:
Pilih jumlah pinjaman yang cukup dan memudahkan untuk anda membuat pembayaran semula.Ketahui syarat-syarat pinjaman anda seperti tempoh masa, fleksibiliti pembayaran balik serta tempoh masa anda boleh menerima kelulusan dan wang tunai.
Comments