top of page
Search

Pengetahuan Asas Kewangan Yang WAJIB Anda Ketahui


Apakah pengetahuan yang wajib anda ketahui bagi memastikan kewangan anda stabil? Jangan ambil risiko yang tidak diperlukan. Timba ilmu sekarang dan rancanglah masa depan anda.

Kita se

mua ialah individu yang berbeza dan unik serta datang dari latar belakang yang berbeza. Apa yang sama antara kita semua ialah kewarganegaraan (contohnya, warganegara Malaysia) dan kita seharusnya memastikan kewangan kita dalam keadaan yang stabil. Dalam peringkat kehidupan yang berbeza, kita mempunyai keutamaan yang berbeza. Berikut merupakan panduan dalam pengetahuan kewangan yang perlu anda tahu sepanjang anda menempuhi liku-liku kehidupan


Remaja (Bawah 20 tahun)


Seorang remaja seharusnya mula belajar ilmu kewangan dan mempunyai sikap tanggungjawab ke atas diri sendiri. Adalah disarankan kepada ibu bapa untuk menyediakan elaun tetap kepada anak-anak remaja mereka supaya mereka belajar cara menguruskan bajet dan perbelanjaan harian. Asas pengetahuan kewangan peribadi yang perlu diketahui oleh remaja berdasarkan umur dan kematangan adalah seperti berikut:


Membuat suatu bajet yang mudah dan menguruskan perbelanjaan harianMembuat simpanan dan pelaburan dalam tabung simpanan bank anak-anakMenetapkan tujuan menyimpan dan berjimat cermat untuk membeli kehendakBelajar kemahiran keusahawanan untuk memperoleh pengalaman dan pendapatan tambahanMemahami insuran perlindungan kesihatan untuk mengurangkan beban ibu bapa bagi isu kesihatan

Belia (20-an)


Sama ada sedang sambung pelajaran ataupun sudah bekerja selepas habis belajar, belia ialah seorang yang berdikari. Tanggungjawab belia mestilah termasuk menguruskan kewangan peribadi mereka. Sangat penting bagi seorang belia untuk mengamalkan tabiat baik kewangan peribadi dan belajar compounding asset. Perkara-perkara utama yang penting untuk benar-benar memahami dan menguruskan kewangan peribadi dengan baik adalah seperti berikut;


Lihat semula status kewangan peribadi dengan kerap iaitu pada setiap enam bulan sebagai pengurusan peribadi untuk mendapatkan bajet, simpanan, pelaburan, dan sumber perbelanjaan. Ini termasuklah risiko-risko kewangan dan perancangan pada masa hadapan untuk mencapai kebebasan kewangan.Pastikan aliran tunai setiap bulan adalah positif demi memastikan kecairan tunai, penyimpanan yang kerap dan tidak berhutang berlebih-lebihan.Buat simpanan kecemasan dengan jumlah gaji minimum tiga hingga ke enam bulan.Secepat yang mungkin, labur/simpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan (RM12,000 setiap tahun) supaya dapat mengumpul harta dan pendapatan pasif pada masa akan datang.


Anda bakal perlukan pelan kebebasan kewangan, matlamat-matlamat pelaburan dan bentuk pelan pelaburan peribadi anda untuk mencapai matlamat kewangan anda.Rancang risiko untuk menggantikan pendapatan gantian sekiranya perkara yang tidak baik berlaku seperti kecacatan, atau sakit yang kritikal dan pembatalan hutang sekiranya kematian atau hilang punca pendapatan berlaku..Perancangan asas estet dengan menulis surat wasiat yang mudah dengan harga boleh didapati  daripada RM500 untuk memastikan aset anda dapat diwarisi oleh waris layak yang anda mahukan dan tidak dibekukan sekiranya anda meninggal dunia.


Dewasa (30-40an)


Lebih ramai pasangan masa kini yang merancang untuk menimang cahaya mata lebih lambat untuk memastikan mereka dapat menyediakan persiapan secukupnya untuk anak-anak mereka dalam dunia moden ini. Anak-anak merupakan keutamaan nombor satu bagi ibu bapa di samping mereka mempertimbangkan sama ada untuk menyediakan kehidupan yang selesa ataupun menyediakan telur sarang untuk persaraan. Kepada mereka yang masih bujang dan tidak mempunyai anak, tahun-tahun ini juga penting dan anda mungkin mahu mempertimbangkan peristiwa-peristiwa lain yang penting dalam hidup seperti pertukaran karier. Berikut merupakan kunci-kunci fokus untuk pembinaan harta dan perancangan kewangan peribadi sebagai seorang dewasa.


Jejaki pertumbuhan nilai anda pada setiap tahun dengan matlamat nilai yang sihat pada +20% nilai per setahun melalui simpanan dan pelaburan. Belum terlambat untuk anda mula serius dengan simpanan peribadi anda namun cepatkan langkah anda kerana masa itu emas dan anda perlu kejar mereka yang sudah berada di hadapan dengans segera.Gaya hidup, ahli keluarga dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain semakin naik harganya pada setiap hari. Anda hendaklah pastikan bahawa aliran tunai anda kekal positif dan komited mengasingkan RM1,000 pada setiap bulan untuk pelaburan dan membina kekayaan. Anda perlu mempelbagaikan portfolio pelaburan anda supaya tidak menerima impak yang besar sekiranya sesetengah pelaburan tidak berhasil. Anda perlu tahu berapa banyak wang simpanan persaraan yang akan anda peroleh setelah anda bersara dan berapa banyak yang perlu anda laburkan dan capai untuk tabungan persaraan anda.Anda perlu pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan bernilai jumlah perbelanjaan anda untuk enam bulan supaya anda dapat gunakannya untuk menghadapi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Untuk anak-anak, anda perlu merancang dengan lebih awal terutamanya dalam tabung pendidikan mereka sama ada dalam ataupun luar negara dan jangkaan kosnya sambil mengambil kira faktor inflasi. Anak-anak anda juga memerlukan perlindungan insurans seperti insurans perubatan dan penyakit kritikal.Berdasarkan saiz aset anda, anda juga perlu memastikan anda mempunyai wasiat bertulis dan perkara-perkara asas berkenaan amanah.


Pastikan tabung simpanan persaraan anda, insuran dan pelaburan turut dinyatakan.

Jika anda mempunyai anak-anak yang masih berusia di bawah umur, anda juga perlu mengkhususkan penjaga mereka sebagai persediaan sekiranya anda meninggal dunia.Simpan segala dokumen kewangan anda di lokasi yang selamat dan boleh diakses oleh orang yang dipercayai sebagai persediaan sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


Pesara (50-60an dan ke atas)



69 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page