top of page
Search

Perlindungan Pendapatan

  • Writer: Norman Abdullah
    Norman Abdullah
  • Jan 21, 2020
  • 2 min read

ree

PERLINDUNGAN PENDAPATAN . Sesuatu musibah tidak dapat dijangka dan tidak diketahui bila ia akan tiba. . Tidak ketinggalan musibah dalam pendapatan atau kewangan atau lebih tepat lagi adalah dalam aliran tunai kita . . Antara musibah di dalam kewangan yang membawa kesan kepada pendapatan kita adalah apabila berlaku 3D iaitu; a) Death (kematian) b) Disable (Kecacatan) c) Disease (Penyakit) . Saya huraikan satu persatu . . Apabila berlaku KEMATIAN , maka terputuslah pendapatan kita . Apabila berlaku KECACATAN maka terputuslah pendapatan asal (diberhentikan kerja) dan perlukan kewangan untuk menampung perbelanjaan bulanan serta membayar hutang (jika tiada takaful) . Apabila berlaku SAKIT terutamanya sakit kritikal tahap akhir maka terputuslah pendapatan (diberhentikan kerja), perlukan wang untuk menampung perbelanjaan bulanan serta membayar hutang ( jika tiada takaful atas hutang tersebut) dan perlu keluarkan sejumlah wang yang banyak untuk merawat kesihatan kita . . Dalam aliran tunai perkara yang selalu akan dikaitkan alah Pendapatan (-) Perbelanjaan= Lebihan . Pendapatan yang kita terima seperti gaji kerja tetap/ elaun /kerja sambilan (side income) akan di gunakan untuk membuat perbelanjaan. . Dalam perbelanjaan kita membayar sewa @ pinjaman rumah,pinjaman kereta, pinjaman peribadi , PTPTN , dan menggunakan duit tersebut untuk menyara keluarga terutamanya ketua isi rumah (SUAMI) . Dalam kesibukan mencari harta adakah kita pernah terfikir bekenaan musibah yanga kan berlaku kepada kita. . Antara persoalannya :_ A) Siapakah yang akan membayar semua pinjaman yang telah kita buat semasa hidup jika tiada takaful keatas pinjaman tersebut ? . B) Apakah yang kita tinggalkan untuk yang tersayang? . C) Apakah yang akan menggantikan pendapatan kita apabila sesuatu musibah berlaku dalam kewangan kita? . Oleh yang demikian, Takaful adalah salah satu instrumen perlindungan bagi menggantikan pendapatan jika kita menerima musibah dalam kewangan terutamanya dalam 3D diatas .

Takaful dapat menggantikan dalam tiga perkara iaitu a) Perlindungan Pendapatan (Income Protection) b) Pengekalan Aset (Asset Preservation) b) Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

 
 
 

Comments


Subscribe Form

Thanks for submitting!

60126755700

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

©2019 by LOAN BANK Xpress. Proudly created with Wix.com

bottom of page