Anda semestinya pernah terdengar tentang skim persaraan swasta. Tetapi adakah anda tahu tentang skim ini? Berikut merupakan soalan-soalan lazim tentang Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme yang sering dikemukakan oleh orang awam.
Apakah PRS?
PRS ialah skim pelaburan jangka masa panjang yang direka untuk membantu individu mengumpul simpanan untuk persaraan. PRS mencari pilihan-pilihan yang ada untuk semua rakyat Malaysia, samada bekerja atapun bekerja sendiri supaya dapat membantu mereka mengumpul simpanan persaraan dalam keadaan yang terkawal, berstruktur dan selamat.
Siapakah yang layak menyertai PRS?
Mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun boleh membuat tabungan di bawah PRS. PRS ini ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
Bagimanakah cara untuk menyumbang dalam PRS?
Anda boleh menyumbang secara kerap seperti bulanan atau mingguan, atau secara sekali gus. Terdapat beberapa perbezaan dalam jumlah minimum dalam bayaran permulaan dan bayaran seterusnya dan jumlah ini jugak berbeza mengikut Penyedia PRS.
Di manakah saya boleh buka akaun PRS?
Anda boleh membuka akaun PRS melalui Penyedia PRS atau mana-mana pengedar PRS.
Apakah insentif yang disediakan kerajaan kepada sumbangan PRS?
Pelepasan cukai tahunan sebanyak RM3,000 pada tahun taksiran 2012 hingga 2021Insentif kerajaan sebanyak sekali berjumlah RM1,000 untuk warganegara Malaysia berumur 20-30 tahun yang telah menyumbang sebanyak minimum RM1,000 kepada satu tabung persaraan dalam tempoh 2017-2018.Potongan 19% dalam percukaian syarikat
Bagimanakah cara untuk saya memantau akaun saya?
Setelah anda membuka akaun PRS dengan penyedia, anda telah didaftarkan sebagai ahli PPA secara automatik. Ahli PPA akan diberikan akaun atas talian yang membolehkan anda melihat maklumat pelaburan, memeriksa transaksi dan mempunyai akses kepada laporan 24 jam sehari.
Terdapat pelbagai bank yang menawarkan skim persaraan swasta ini. Jangan malu-malu untuk bertanya lebih lanjut mengenai skim persaraan swasta yang ditawarkan oleh bank-bank tersebut.
Kredit: iMoney
Comments