top of page
Search
Writer's pictureNorman Abdullah

Tabiat baik untuk menguruskan kewangan anda


Falsafah saya adalah ‘pendapatan’ tolak ‘pelaburan’ dan yang selebihnya adalah untuk ‘perbelanjaan’.


Saya selalu cuba untuk mendapat pendidikan kewangan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.


Saya selalu menabung dalam produk kewangan yang baik.


Saya selalu menyemak penyata akaun saya.


Saya selalu memantau dan menkaji semula pelaburan saya.


Saya mempunyai jumlah kewangan yang mencukupi untuk sesuatu tempoh sebab keluarga saya bergantung dengan saya.


Saya berbelanja dengan mengambil kira matlamat masa depan saya dan perbelanjaan semasa.


Saya mengelakkan daripada memiliki terlalu banyak kad kredit dan menghadkan penggunaan kad kredit.


Saya tahu jumlah hutang saya dan membayarnya tepat pada masanya.


Saya merancang pendapatan dan perbelanjaan saya untuk 1 tahun yang akan datang dan memantau apa-apa perubahan.


Saya memfokuskan kepada nisbah risiko-pulangan apabila membuat pelaburan.


Saya menyimpan semua dokumen kewangan dengan selamat dan memaklumkan keluarga saya mengenainya.


Saya mempunyai pelan kewangan dan tujuan melabur.


1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page