Tarikh Bayaran Bantuan Geran KHAS Prihatin GKP 2.0 untuk PKS Mikro – Berdasarkan kepada data yang diperolehi dan dikumpul oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak 512,000 permohonan telah diterima daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.
Untuk makluman, Geran GKP 2.0 merupakan satu bantuan dalam bentuk kewangan yang disalurkan secara one-off atau sekali beri kepada PKS Mikro yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Pemberian GKP 2.0 dengan jumlah RM3,000 ini diberikan bagi tujuan meringankan beban kewangan perniagaan yang dialami oleh mereka dalam masa yang sama dapat membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS Mikro.
Kepada PKS Mikro yang telah membuat permohonan pada bulan Oktober 2020 yang lalu, dan lulus permohonan, tarikh pembayaran GKP 2.0 (Fasa 2) dijangka akan disalurkan pada akhir bulan November 2020.
Tarikh Bayaran Bantuan Geran KHAS Prihatin GKP 2.0 untuk PKS Mikro
Sumber dari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan bahawa PKS mikro boleh menyemak status kelulusan permohonan masing-masing bermula pada tarikh 27 November 2020 bersamaan hari Jumaat di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). manakala tarikh pembayaran pula dijangka akan disalurkan mulai:
Tarikh bayaran GKP 2.0 bermula pada: 30 November 2020 (Isnin)
Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini demi kelangsungan perniagaan mereka, setiap permohonan yang diterima akan disemak silang atau verifikasi dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). Hal ini juga bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.
Jumlah permohonan dan kelulusan untuk GKP 2.0
Lebih 200,000 Permohonan Bantuan GKP 2.0 untuk PKS Mikro telah diluluskan – Berdasarkan jangkaan awal yang dibuat, bilangan yang akan diluluskan jauh melebihi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro
Sebab Utama Permohonan GKP Tidak Berjaya dan Ditolak.
Namun begitu masih terdapat permohonan yang diterima tetapi tidak akan diluluskan antara puncanya adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat dan kriteria PKS mikro seperti berikut:
1. Tiada lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2. Tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 3. Bilangan pekerja melebihi 5 orang.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya, termasuk PKS mikro. Oleh itu, GKP 2.0 ini adalah komitmen berterusan daripada kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi negara.
Ketika pelaksanaan GKP pertama, seramai 545,000 PKS mikro di seluruh negara sudah menerima manfaat ,emerusi GKP dengan membabitkan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion telah berjaya disalurkan.
Comentários