Tips Pengurusan Kewangan Mudah
Tips pengurusan kewangan mudah merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu.
Ada yang tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan dengan baik.
Salah satu sebab ialah kurangnya kesedaran terhadap perkara ini terutama sekali kepada mereka yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan.
Tidak kiralah samada yang berpendapatan sederhana atau besar sekalipun.
Harian Metro melaporkan kira-kira separuh daripada rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Persoalannya, adakah golongan ini mahukan hidup yang sentiasa terhimpit dengan segala macam tekanan kos sara hidup (perumahan, makanan, penjagaan anak-anak, penjagaan kesihatan dan pendidikan) yang semakin meningkat?
Mungkin ada yang menganggap bahawa pendapatan mereka yang sederhana tidak mampu meraih keuntungan, jadi biarlah mereka menggunakan sahaja hasil tersebut untuk keperluan seharian asalkan gaji bulanan tetap diperolehi seperti biasa.
Ini adalah pemikiran yang kurang tepat dan perlu diperbaiki.
Oleh itu, perlu ada pengurusan kewangan merangkumi aset, pelaburan, simpanan dan perlindungan.
Aset
Aset perlu dimiliki oleh setiap orang. Untuk memilikinya, seseorang perlu ada perancangan kewangan yang tepat.
Ianya sangat berguna di saat kita memerlukannya.
Seseorang yang memiliki aset yang banyak tidak akan bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Misalnya apabila seseorang itu ditimpa musibah atau kemalangan, aset yang dimiliki itu tadi sedikit sebanyak boleh menampung kos perbelanjaan hospital yang mahal.
Mengumpul Aset Sesuatu Yang Sukar?
Tidak dinafikan, ia semua bergantung kepada pendapatan dan hasil-hasil lain seperti perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.
Semua ini mengambil masa yang lama untuk seseorang mengumpul aset.
Tambahan pula, nilai aset juga semakin bertambah setiap hari!
Pelaburan
Pelaburan juga salah satu kaedah pengurusan kewangan untuk menambah aset.
Banyak instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia.
Antaranya pelaburan unit amanah dan saham.
Banyak Penipuan Dalam Pelaburan?
Ya, memang betul, ramai yang telah tertipu dengan pelbagai skim penipuan pelaburan sehingga kerugian jutaan ringgit.
Jadi, bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada pelaburan yang dijalankan sah dari segi undang-undang?
Pelaburan unit amanah atau saham serta segala perkara yang berkaitan pelaburan perlulah melalui proses yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa dikawal selia agar tiada sebarang penipuan dilakukan terhadap pelabur.
Pelaburan Saham Perlu Modal Yang Besar?
Pelaburan jenis ini tidak perlu modal yang besar kerana ia bergantung kepada harga seunit saham yang dijual di Bursa Malaysia.
Contohnya, jika anda membeli 100 unit saham pada harga RM0.90 seunit bernilai RM90.
Selain modal yang rendah, anda perlulah mencari ilmu untuk berurusniaga saham dan memiliki ketekunan.
Perlu diingat, jangan sesekali melakukan pelaburan tanpa mengetahui risiko-risiko yang ada.
Labur atau lebur? Pilihan di tangan anda.
Simpanan
Simpanan juga perlu dijadikan prioriti.
Setelah memperolehi pendapatan, letakkan sejumlah wang di dalam akaun simpanan untuk kegunaan kecemasan atau peribadi.
Kemudian, barulah berbelanja untuk baki yang selebihnya.
Ingat! Simpan dahulu sebelum berbelanja!
Perlindungan
Perlindungan juga suatu keperluan kerana kita tidak dapat menjangka sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi.
Oleh itu, perlulah ada jaminan perlindungan sama ada dalam bentuk pampasan yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja atau melanggani mana-mana pakej takaful (bagi yang Muslims) dan Insurans (bagi yang Non-Muslims).
Jadilah pelanggan yang bijak dengan menilai setiap kelebihan dan kekurangan yang ditawarkan oleh syarikat Takaful dan Insurans tersebut.
Pengurusan Kewangan Mudah Dan Praktikal
Asas-asas yang dikongsikan ini sangat mudah dan praktikal.
Akhir kata, jangan berputus asa sekiranya anda ingin mengubah nasib dan tidak mahu berada dalam golongan berpendapatan rendah.
Belajarlah saham dengan beberapa langkah mudah sekarang.
Kami sedia bantu dan bimbing anda sehingga anda berjaya!
Comentarios